Dirt Trail Ride in Laos (Luang Prabang – Hongsa – Nam Ngeun)

23 December 2011

Selepas di”tinggalkan” oleh Ding di Luang Prabang, kami mengambil keputusan untuk meneruskan plan asal iaitu menggunakan ‘dirt trail’ dari Luang Prabang ke sempadan Thailand, Nan. Berpandukan dari sedikit ride report di GT-Rider  forum dan peta yg ditunjukkan oleh tuan rumah penginapan, kami bertiga (saya, Wak & Meor) nekad untuk meneruskan perjalanan menggunakan ‘trail’ ini

Image

Jeti ferri di Luang Prabang untuk ke seberang sungai. Beroperasi setiap satu jam satu dan hanya boleh mengangkut sebuah kereta/lori kecil dan beberapa bauh motor didalam satu-satu masa. Maaf saya telah lupa nama tempat ferry landing itu. Bayaran untuk ferri ini adalah 10,000 kips bagi motor orang tempatan dan kami dikenakan bayaran sebanyak 2 kali ganda dengan alasan motor kami besar.

ImageImageImageImageImage

Satu diantara 9 sungai yang kami perlu seberangi. Air sungai agak cetek pada musim sejuk dan kering ini. Sekiranya musim hujan, kebanyakan sungai tidak boleh diseberangi. Jalan yang sama ini sekiranya dilalui pada bulan February, sungai yang tinggal hanyalah 5 hingga 6 batang sungai sahaja.

Image

Image

ImageImage

Setiba di Hongsa, kami fikir jalan akan menjadi lebih mudah. Ternyata meleset apabila jalan tersebut sdg rancak dibina bersama-sama dengan pembinaan Hongsa Power Plant dan Empangan. Terlalu berdebu dan licin. Tetapi ianya tidak memutuskan semangat kami untuk tiba di check point sempadan Thailand sblm ianya ditutup pada pukul 4.00 petang waktu tempatan.

ImageImage

Pengalaman ride ini adalah yang paling menyeronokkan dan “thrill” selama kami terlibat didalam dunia permotoran. Tiada ayat yang tepat untuk menggambarkan perasan kami sebaik sahaja menghabiskan trail sejauh 150km ini.

Saya pasti akan datang, jalan-jalan seperti ini sudah tiada ditelan arus kemodenan. Terima kasih kepada Meor kerana tetap bersama kami – through thick and thin!

Advertisements

2 responses to “Dirt Trail Ride in Laos (Luang Prabang – Hongsa – Nam Ngeun)

    • we purposely look for this route. bit nervous bcos not much info on this route. the only review that we have is in Korean. after that there was one Malaysian group contacted me to follow this route. After doing it, they said will never do it again! hahahha but tell u what, i love it!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s