Sejarah Sabak Bernam & Kampung Kota

Fakta menarik mengenai sejarah Sabak Bernam boleh didapati didalam Portal Rasmi Pejabat Daerah Sabak Bernam

Saya dapati cerita didalam portal ini ada sedikit perbezaan dengan apa yang telah tertera di mural Pengkalan Sabak Bernam. Antara perbezaannya ialah

  1. Orang “Berenam” yang diceritakan didalam portal terdiri dari 4 lelaki dan 2 wanita. Manakala mural pula ialah 5 lelaki dan 1 wanita
  2. Di dalam portal, nama Raja yang meemerintah adalah Onus manakala di mural adalah Unos
  3. Rakan Raja Unos/Onus adalah dikenali sebagai Haji Ali diportal dan dimural pula dikenali sebagai Raja Ali

Antara fakta menarik ialah:-

  1. Sabak Bernam satu ketika dulu adalah dibawah pemerintahan Perak
  2. Sabak Bernam diperintah ibarat sebuah negeri sehinggalah British memujuk Raja Hitam menyerahkan kuasa kepada Sultan Selangor dengan pelbagai janji kemewahan dan kesenangan. Begitu mudah seorang raja menyerahkan rakyatnya kepada orang putih!

Image

Kayuhan yang telah dibuat dari Sabak Bernam ke Teluk Intan dan balik pada 27 – 28 Oktober 2012 (sempena cuti Hari Raya Aidil Adha). Mengambil kesempatan cuti panjang, kami telah melakukan kayuhan sejauh 120km selama 2 hari 1 malam.

Image

Pengkalan ini pada suatu masa dahulu sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk menjadi laluan utama untuk penduduk dari Kampung Kota, Perak berulang alik ke Sabak Bernam. Kini, ianya tidak lagi penting dan hanya bot-bot kecil yang tinggal. Untuk keseberang, kami perlu melaung kepada orang diseberang (Kampung Kota)

ImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Kampung yang dahulunya merupakan sebuah kota kini hanyalah sebuah pekan kecil.

Image

Terima kasih kepada pendayung sampan ini yang juga merupakan pemilik rumah-rumah kedai lama diatas. Beliau juga telah menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Kampung Kota. Dibelakang Wak, merupakan bekas kota lama yang diperbuat dari kayu dan buluh. Kini telah tiada dan dijadikan sebagai tapak masjid dan tanah perkuburan.

Image

Sayang banyak peninggalan sejarah tidak dikekalkan. Semuanya hilang bersama arus pembangunan.

Advertisements

6 responses to “Sejarah Sabak Bernam & Kampung Kota

  1. teruskan usaha yang baik ini..supaya generasi akan datang tahu sejarah nenek moyang dia..generasi sekarang ramai yang tak tahu psl sejarah atau mmg tak mahu tahu…

  2. fakta yang tepat,nama benarnya adalah raja yunos bin raja usoh ibni sultan ibrahim…dan raja ali bin raja salim…british memujuk raja hitam bin raja yunos kerana arahan dari sultan abdul samad..lagi pun raja hitam adalah anak saudara kepada sultan abdul samad…dahulu makam raja sabak bernam terletak di sebelah sabak. tapi dah dipindahkan ke kampung kota.tapi tak semua di pindahkan.tapak lama tu ada dekat tepi sungai dan dijadikan tempat bomba bantuan.

    • ada kemungkinankah Saudara Raja Zulkarnain ni keturunan dari raja-raja yg memerintah Sabak Bernam? Saya amat tertarik untuk mengetahui sejarah yg lebih mendalam dan tepat. Tapak lama tu masih ada kesan ke?

  3. memang sedih dan orang lama yang tinggal di kampong kota sudah hampir tinggalkan sejarah, generasi kini boleh dikatakan tidak begitu tahu tentang sejarah antara sabak bernam dengan kg.kota.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s