Bukit Melawati, Kuala Selangor

Kayuhan 2 hari 1 malam dari Perepat, Klang ke Kuala Selangor pada 17 – 18 November 2012

Image

Kuala Selangor yang penuh dgn mistik (?)

Kuala Selangor, Bukit Melawati khasnya mempunyai banyak kesan-kesan sejarah zaman kesultanan pada kurun ke18 (sekitar tahun 1782). Tapi sayangnya kebanyakan tapak-tapak sejarah tersebut tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik. Seperti biasa, peninggalan istana/kota lama zaman kesultanan Melayu telah dimusnahkan dan digantikan dengan kota-kota yang dibina oleh penjajah. Salah satu kota yang dirampas dan dijadikan kota penjajah adalah Kota Tanjung Keramat atau lebih dikenali olej orang tempatan sebagai Bukit Belanda. Didalam sejarah, ianya dikenali sebagai “Kota Utrecht”.

ImageImageImageImage

Berdasar pada cerita yang tertulis di papan kenyataan itu, kami pun mula mencari Makam Anak Dara. Tiada tanda arah langsung untuk kami mencarinya. Mujur pencarian kami ditemani rakan kayuhan yang merupakan anak jati Kuala Selangor yang dikenali dengan nama FB beliau – Melati. Antara ingat-ingat lupa, beliau membawa kami kesatu kawasan yang tidak kurang menariknya.

Image

Diseberang tasik itu adalah Kota Tanjung Keramat. Manakala Makan Anak Dara terletak disebuah bukit kecil disebelah kanan. Telah terpisah oleh tasik ini hasil dari kerja-kerja kuari yang dijalankan. Saya percaya menurut dari cerita orang-orang tempatan, kuari ini beroperasi pada tahun 1960an. Pada mulanya tiada tasik disini tetapi telah wujud satu mata air dan telah menjadikan kawasan ini sebuah tasik.Image

Makcik ini telah tinggal di tanah TOL ini semenjak kecil lagi. Telah lama keluaranya tinggal disini. Makcik ini mengaku sebagai keturunan ke-6 Hang Nadim. Siapa Hang Nadim? Masihkah ingat kisah Singapura dilanggar todak? Hang Nadim merupakan kanak-kanak berumur 10 tahun yang telah memberi akal kepada raja untuk menanam batang pisang sekitar Singapura bagi menghalang serangan todak. Pembesar-pembesar istana yang irihati terhadap perhatian Sultan pada beliau telah menghasut Sultan untuk menghapuskan Hang Nadim kononnya bimbang kebijaksanaannya akan menjatuhkan Sultan. Termakan hasutan, Sultan telah menghukum beliau dengan mencampaknya ke laut dan menyumpah keturunan Hang Nadim tidak boleh menjejak bumi Singapura.

Menurut makcik ini, kesan dari itu, seluruh keturunannya tidak boleh ke Johor dan Singapura. Bila disana mereka akan jatuh sakit. Cucunya yang merupakan keturunan ke-7 tidak menerima apa-apa kesan bila berada disana. Wallahua’lam.

Makam Anak Dara terletak betul-betul dibelakang rumah makcik ini

ImageImageImageImageImageImage

Terdapat usaha-usaha untuk mencari artifek-artifek di Kota lama tersebut, tapi menurut penduduk tempatan, ianya terbengkalai kerana tiada orang yang berani untuk melakukannya kerana terdapat gangguan-gangguan halus seperti hantu jepun tidak berkepala dan sebagainya. Untuk pengetahuan, kota tersebut pernah menjadi tempat latihan peperangan tentera Jepun.

Ada juga penduduk tempatan disitu percaya sekiranya kita rajin melawat dan bertafakur dimakam ini, kita akan berpeluang untuk berjumpa dangan Siti Aishah (Anak Dara) itu. Mereka juga percaya, sekiranya sebotol air ditinggalkan semalaman di makam ini, air tersebut boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Wallahua’lam

Selepas puas kami beredar untuk melawat sekitar kawasan kaki bukit Bukit Melawati seperti Telaga Tujuh (belakang Pejabat Pos), Tangga Seratus dan bangunan-bangunan lama.

ImageImageImage

Tangga Seratus

ImageImageImage

Selepas itu kami mendaki Bukit Melawati untuk melawat Perigi Beracun dan Batu Hampar

ImageImageImageImageImageImage

Selepas itu kami pergi pula ke Taman Alam untuk menjelajah alam melalui jalan-jalan denai hutan.

ImageImageImageImageImageImage

Keadaan taman ini boleh dikatakan tidak terurus dengan baik. Mungkin tiada peruntukan untuk penyelenggaraan kerana taman ini dibawah jagaan WWF.

Setelah puas berbasikal secara “off-raod” kami kemudiannya telah pergi keTaman Ikan Air Tawar terletak bersebelahan dengan Taman Alam.

Image

Setelah berehat seketika disitu kami meneruskan perjalanan ke Pasir Penambang, sebelum itu kami singgah sebentar dikawasan yang dahulunya adalah sebua esplanade di tepi jambatan Kuala Selangor ini. Tiada apa yang tinggal. Sekali lagi, PBT suka membina tapi tidak diselenggara.

ImageImageImage

Pasir Penambang

ImageImageImageImage

Tepat jam 2.30 tamatlah pengembaraan kami di Kuala Selangor. Mula berkayuh balik ke Peretpat, Klang dan sampai dirumah jam 5.00 petang dengan hati yang puas 🙂

10 responses to “Bukit Melawati, Kuala Selangor

  1. Pingback: 15 Tempat Menarik Di Kuala Selangor | Jom Bercuti Ke Bandar Indah & Bersejarah - Etvii Daily·

Leave a reply to Ija Zahri Cancel reply