Ayutthaya Historical Park, Thailand (UNESCO World Heritage)

Image

Hari ini tiba-tiba saya teringatkan kembara bermotorsikal yang telah kami lakukan pada bulan December 2011. Perjalanan sejuah 7000km dari Malaysia – Thailand – Laos – Thailand – Malaysia selama 15 hari membawa kami kesalah satu Tapak Warisan Dunia yang terkenal iaitu Ayutthaya Historical Park.

Nama penuh Ayutthaya ialah Phra Nakhon Si Ayuttahaya yang terletak di wilayah Ayutthaya di Lembah Chao Phraya. Ayutthaya ditemui oleh Raja U Thong ketika beliau melarikan diri dari wabak penyakit “smallpox” yang pada ketika itu telah menyerang Lopburi. Ayutthaya merupakan ibu negara Siam (Thailand) yang kedua selepas Sukhotai. Bangkok merupakan ibu negara Thailand selepas Ayutthaya.

Ayutthaya pada zaman kegemilangannya (sekitar tahun 1700) telah mencapai lepadatan penduduk seramai 1,000,000 orang menjadikannya antara bandar terbesar di dunia pada masa itu. Antara negeri-negeri di Malaysia yang membayar ufti kepada Raja Siam pada ketika itu ialah Pahang, Perak, Kedah dan Melaka.

Pada tahun 1765, Ayutthaya mula diserang oleh tentera Burma seramai 40,000 orang. Akhirnya pada April 1767 bandar ini jatuh ke tangan tentera Burma. Tentera Burma telah memusnahkan bandar tersebut dengan membakar bangunan, memusnahkan patung-patung buddha, hasil seni, perpustakaan dan bilik menyimpan hasil tulisan mengenai sejarah raja siam. Rakyat Ayutthaya pada masa itu telah dibunuh, dirogol dan dijadikan hamba.

ImageImageImageImage

Wak menunjukkan paras air banjir besar yang telah melanda Thailand pada tahun 2011.

ImageImageImageImage

Kesan-kesan kemusnahan masih boleh dilihat. Patung-patung ini telah dipenggal kepalanya. Menurut penduduk tempatan, tentera Burma telah memenggal kepala-kepala patung tersebut kerana ianya mempunyai ciri-ciri seni ukiran yang didakwa milik mereka. Pada masa itu sememangnya kebanyakan ukiran patung dilakukan oleh buruh/hamba orang-orang Burma. Patung-patung ini juga ada yang disalut dengan emas. Ianya telah dibakar untuk meleburkan emas dan dicuri.

ImageImageImageImageImageImageImageImage

Pelbagai kisah mengenai kepala Buddha yang terlekat diakar pokok ini. Ada 3 teori semuanya.

  1. Semasa peperangan, kepala-kepala patung telah dipenggal termasuk lah kepala buddha ini. Ianya telah dibiarkan berteraburan. Salah satunya telah tercampak dipangkal pokok ini dan akar-akar telah tumbunh mengelilinginya
  2. Semasa/selepas peperangan, terdapat cubaan untuk mencuri kepala-kepala Budhha ini. Kemungkinan kepala Budhha ini telah disorokkan dipangkal pokok ini sebelum diseludup keluar. Kemungkinan pencuri tersebut telah terlupa akan salah satu kepala ini maka ianya telah terus ditumbuhi akar pokok hingga sekarang
  3. Menurut seorang penduduk tempatan, yang juga merupakan “tour guide” bidan terjun kami, ini adalah salah satu tindakan tentera Burma bagi tujuan memalukan Kerajaan Siam pada ketika itu.

Terpulanglah pada teori mana yang anda ingin percaya. Namun begitu, kepala Buddha ini telah menjadi salah satu tarikan di Wat Maha That ini. Ianya dijaga oleh pegawai keselamatan yang sentiasa duduk berhampiran kepala patung itu dan anda dikehendaki tunduk dan duduk semasa menghampirinya. Tetapi semasa kami disana, tiada penjaga dan saya dengan selambanya berjalan-jalan dihadapannya tanpa tunduk atau duduk ketika mengambil gambar-gambar ini.

ImageImage

Dan dibawah ini pula, wat terakhir yang diserang. Tetapi terselamat dari kemusnahan akinat kesilapan teknikal seperti yang tertulis dipapan kenyataan.

ImageImageImage

(Gambar diatas kredit kepada Meor Zahrin)

Image

Patung dibawah ini adalah hadiah dari kerajaan Sri Lanka purba. Ianya besar, lihat saja saiznya berbanding sami yang duduk sisebelahnya. Bagaimanalah orang zaman dahulu membawanya turun naik kapal dan pasang disini. Pintu masuk ke wat ini juga diukir halus.

ImageImage

(Gambar diatas kredit kepada Meor Zahrin)

Image

And last but not least, pemandu pelancong kami (sukarela) pasangan suami isteri. Nama lelaki tersebut Ali, bangsa Thai beragama Islam. Mereka amat perihatin dengan kebersihan kawasan wat. Beliau akan kutip mana-mana sampah yang dijumpai dan simpan dalam poket sehingga beliau jumpa tong sampah. Ini saya perhatikan bukan sahaja diamalkan oleh beliau malah oleh rata-rata rakyat Thai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s