Pencarian FMSR (The Federated Malays States Railways) di Telok Intan

Teluk Intan pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Teluk Mak Intan dan kemudiannya ditukar oleh penjajah kepada Teluk Anson. Selepas kemerdekaan namanya ditukar kembali ke Teluk Intan. “Mak” telah digugurkan dari nama asal. Tidak pasti sebabnya.

Perasaan ingin tahu mengenai FMSR telah membawa kami menjelajah berbasikal ke Teluk Intan pada hari ke2 Hari Raya Korban yang lepas iaitu pada 27 October 2012.

Sebaik saja sampai di Teluk Intan, kami mula mencari kesan-kesan peninggalan FMSR ini. Antara yang masih kelihatan ialah rumah-rumah pekerja (kuarters) yang diperbuat dari bata merah.

ImageRumah ini kelihatan menarik dan mempunyai serombong asap (chimney) yang comel. Mungkin pada masa itu, memasak masih menggunakan kayu api. Penggunaan bata merah menambahkan lagi rupa seni beni yang klasik. Sedang kami meninjau-ninjau, seorang lelaki India yang keluar dari selah sebuah rumah itu telah menyapa kami.

Image

Namanya Uncle Bala. Menurut beliau, bapanya dulu adalah pekerja FMSR dan kemudiannya KTM. Kemudian abangnya telah mengikut jejak tersebut dan juga telah bekerja di KTM. Kedua-dua merak sudah meninggal dunia. Beliau telah tinggal di kuarters itu semenjak kecil hinggalah sekarang. Menurut beliau, KTMB telah menyewakan kuaters itu kepada orang awam dengan kadar sewa sebanyak RM150 sebulan.

Beliau menawarkan dirinya untuk menjadi pemandu pelancong kami untuk melihat kesan-kesan peninggalan satu sistem keretapi terawal dan terpenting pada suatu ketika dahulu.

Image

Tempat pertama yang beliau bawa kami ialah tempat diatas! Wah…. tempat apakah ini? Kata saya didalam hati. Menurut beliau, ini adalah WHARF Teluk Anson. Ianya telah bertukar menjadi “yard” kerja-kerja “dredging”. Dibawah adalah gambar lama yang menunjukkan rupa asal “wharf” tersebut.

Image

Sedihnya tiada apa yang tinggal. Tiada tanda atau kesan. Sekiranya orang seperti Uncle Bala telah tiada, siapa yang tahu dimana tapak asal ‘wharf” ini.

Image

Berdekatan dengan “wharf” adalah gudang lama KTM untuk menyimpan barang-barang yang akan dibawa keluar melalui jalan sungai.

Image

Siapa sangka bangunan ini dulu adalah Stesen Keretapi Teluk Anson! Sila perhatikan gambar lama dibawah

Image

Hanya beberapa bahagian sahaja yang masih kekal. Selebihnya telah tiada. Landasan ini telah tiada langsung! Mengapa kita langsung tidak mengekalkan kesan sejarah yang ada? Sedangkan pembinaannya dulu menggunakan duit kerajaan negeri Perak. Penjajah yang reka, luluskan dan dibina dengan duit rakyat tanah melayu dan digunakan untuk mengangkut hasil kekayaan bumi Perak (hasil perlombongan di Larut) ke luar.

ImageImage

Struktur asal. Sekarang bangunan ini telah menjadi sekolah memandu. Sebenarnya “platform” keretapi masih ada lagi disitu. Saya ada ternampak, saya sangkakan ianya binaan baru. Kesal rasanya tidak mengambil gambar tersebut.

Kami kemudiannya dibawa melawat ke pintu kawalan berpagar landasan keretapi.

ImageImageIni sahajalah kesan yang ditinggalkan. Menurut Uncle Bala, sebelum ini ada beberapa pintu tapi hanya ini sahajalah yang tinggal sekarang. Kemudian Uncle Bala membawa kami melawat jambatan keretapi lama pula.

Image

ImageImage

Pada asalnya jambatan keretapi ini tidak diturap. Ianya juga merupakan laluan utama penduduk di Sungai Manik untuk ke Teluk Intan. Kereta, motorsikal dan basikal berkongsi menggunakannya dengan keretapi. Setelah perkhidmatan keretapi diberhentikan pada 1991, dan jambatan baru telah dibina, jambatan ini telah diturap dan hanya boleh digunakan olleh kenderaan sikal.

Menurut orang-orang dahulu, pernah terjadi peristiwa berdarah di jambatan ini semasa zaman 13 Mei 1969. Orang tempatan yang rata-ratanya orang Banjar memanggil jambatan ini sebagai Jambatan Geretak kerana bunyi yang dihasilkan apabila keretapi lama melaluinya. Uncle Bala mengajak kami ke Tapah pula, tapi kami terpaksa menolak kerana pengembaraan kami kali ini hanya tertumpu di Teluk Intan.

Antara fakta menarik tentang sistem keretapi di Teluk intan ialah:

  • Trek keretapi ini adalah sepanjang 29.1km merangkumi : Tapah Road 0.0km – Changkat Petai 5.5km – Degong 10.4km – Chikus 13.0km – Sungai Tukang Sidin 16.6km – Permatang 19.0km – Sungai Kerawi 22.2km – Teluk Intan 26.8km – Teluk Intan Wharf 29.1km
  • Dibuka dengan rasminya pada 6 February 1893 oleh Archibald Edward Hurbord Anson yang merupakan Lieutenant Gabenor Pulau Pinang yang terakhir. Beliaulah yang telah menukar Teluk Intan menjadi Teluk Anson sempena namanya sendiri (!!)
  • Pada 1894 telah berlaku kemalangan keretapi dimana seekor gajah telah melanggar lokomotif kerana membalas dendam terhadap kematian ahlinya.

Mungkin akan datang saya akan melakukan jelajah laluan keretapi ini ataupun laluan keretapi lain seperti Taiping – Kuala Sepetang (Port Weld).

Advertisements

14 responses to “Pencarian FMSR (The Federated Malays States Railways) di Telok Intan

  1. Slm. Saya baru terjumpa blog saudara dan kagum dgn minat, usaha dan prihatin sudara terhadap peninggalan sejarah lama khususnya diruang ini menjejaki sejarah lingkaran kedua landasan keretapi di tanah melayu selepas Taiping -Port Weld….saya adalah budak keretapi dilandasan ini sekitar tahun 1970an hingga tahun 1980an.

    • terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Saya dan beberapa rakan lain ada melakukan bbrp penjelajahan lain dlm usaha mencari laluan keretapi lama termasuklah dari Klanh ke Kuala Selangor. Nanti saya akan berikan link blog kawan yg menceritakan penjelajahan tersebut.
      Diharap saudara dpt tinggalkan nombor atau fb atau email utk saya hubungi. Mungkin saya memeroukan bbrp petunjuk memandangakan saudara sendiri adalah org keretapi yg punya banyak maklumat utk dikongsikan 😀

  2. Tahniah. Seronok mbaca blog saudara. Sy amat meminati sejarah terutama sejarah brkenaan landasan keretapi & lokomotif WAP FMSR. Teruja bila melihat kesan tinggalan yg brsejarah & sentimental. Keep it up & teruskn usaha anda. Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s