Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai

Kayuhan ini langsung tidak dirancang! Wak secara tiba-tiba melahirkan keinginan untuk berkayuh ke Danau Toba melalui Tanjung Balai. Saya agak skeptikal pada mulanya kerana banyak blog-blog memberi review agak negatif mengenai pengalaman meraka berkayuh di Sumatra terutamanya di Aliran Lintas Sumatra (ALS) iaitu sistem jalan raya yang menghubungkan Sumatra Utara dan Selatan. Jalan tersebut terlalu sibuk, kecil dan rosak-rosak. Pengalaman sendiri ketika di Medan juga agak kurang menyenangkan saya.

Tetapi entah macam mana, hati ini terbuka pula untuk mengenepikan segala review negatif tersebut dan merasai sendiri pengalaman berkayuh di Sumatra. Dengan bantuan google map dan merujuk kepada 2 blog iaitu Blog Haji Meli  dan juga pesikal Singapore, crazyguyonbike.

Setelah melihat kedua-dua catatan, saya mengambil keputusan untuk menggunakan route tersebut:-

Tanjung Balai – Limapuluh – Pematang Siantar – Parapat – Samosir – Siborong Borong – Porsea – Bandar Pulau – Tanjung Balai (500++KM). Berbekalkan Google map yang telah saya print, pengembaraan kami pun bermula.

ImageImage

Kami telah membeli tiket sehari awal di ASA Ferry Terminal ini. Setiap tiket pergi balik adalah berharga RM200 (termasuk Caj Terminal ASA RM20). Pagi itu, Sharil (rakan kayuhan) telah mengambil kami dirumah seawal jam 7.30 pagi. Kami perlu bersedia untuk check-in pada 9.00am. Rakan kayuhan lain juga sudi datang ke terminal untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami. Mereka ialah Kudean dan Raja Hassan.

Segala urusan check-in berjalan lancar kecuali berlaku salah faham antara pengusaha feri dan pihak ASA Niaga. Untuk tidak memburukkan keadaan, kami bersetuju untuk “check-in” basikal kami melalui terminal bagasi ASA. Pada mulanya mereka hendak mengecaj kami sebanyak RM50 untuk sebuah basikal (sedangkan kami kayuh sendiri basikal ke feri). Setelah berbincang dengan pihak pengurusan ASA, mereka bersetuju untuk mengenakan caj RM30 untuk setiap basikal. Kemudian kami dikenakan caj lagi sebanyak RM20 untuk setiap basikal + beg oleh porter sebagai upah mengangkat masuk basikal + beg kami keatas feri. Puas hati atau tidak, terpaksa kami telan saja.

Image

Agak sibuk suasana semasa hendak menaiki feri ini. Saya rasa seperti ada pakatan diantara Pengawal Keselamatan ASA dengan porter-porter disini. Seboleh-bolehnya si Pengawal tersebut tidak membenarkan “hand carry” bagasi mereka. Bila tidak boleh, penumpang terpaksa membayar RM10 kepada porter untuk meletakkan beg mereka diruangan bagasi.

ImageKami sempat berkenalana dengan pemuda berbaju hijau ini. Dia adalah rakyat Indonesia yang berkerja di sini. Beliau amat tertarik melihat kami dan sentiasa mengekori kami dari proses check-in sehinggalah kedalam feri. Beliau juga telah belanja kami mee instan dan juga SIM kad Indonesia untuk Wak. Setelah megetahui route laluan kami adalah ke Pematang Siantar melalui Limapuluh, terus beliau menawarkan kami untuk tidur dirumahnya yang terletak 25KM dari Limapuluh.

ImageImage

Makanan ini diberi percuma bersama air mineral kepada semua penumpang. Sedap juga ataupun sebenarnya saya lapar? Feri bergerak meninggalkan pelabuhan pada jam 11.30 pagi.

Sesampai sahaja disana, urusan pemeriksaan imigresen dan kastam berjalan dengan lancar

ImageSampai sahaja diluar terminal ini, kami mula dikerumuni orang-orang tempatan yang merasa pelik dengan kehadiran kami dengan basikal (speda = basikal, kereta = motorsikal, motor = kereta) disitu. Ada seorang lelaki tua, ketawa besar apabila saya katakan kami hendak berbasikal dari Tanjung Balai ke Parapat.

Tidak lama kemudain, kawan Wak, Indra pun sampai untuk menjemput kami. Wak telah lama kenal dengan Indra yang sering berulang alik ke Malaysia atas urusan perniagaan. Kami berkayuh mengekori beliau ke rumah bapa saudaranya, Pak Erwin.

ImageImageImageImageImageImageImage

Indra (kiri) dan bapa saudaranya Pak Erwin. Penduduk Tanjung Balai kebanyakannya terdiri dari orang-orang Melayu. Bahasa pertuturan mereka mirip loghat Negeri Sembilan. Menurutnya, mereka masih lagi mengamalkan budaya-budaya melayu terutama didalam adat-adat perkahwinan. Pak Erwin juga merupakan ahli kepada sebuah persatuan yang aktif iaitu Majlis Melayu Indonesia.

ImageImage

Kami kemudiannya telah dibawa ke rumah Indra di Kota Tanjung Balai yang terletak kira-kira 7km dari Teluk Nibong. Pada malam tersebut kami dibawa sekitar Kota Tanjung Balai untuk menikmati Nasi Uduk.

ImageImageImageImageImageImage

Untuk Kisah seterusnya sila klik pautan dibawah

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

Advertisements

19 responses to “Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai

  1. Taniah Ija dan suami………rasanya tak akan jemu baca, walaupun berkali2……….terpegun ngan semangat yang kental kamu……

  2. hohohoh….thanks sis…ada jugak nama dalam ini…mmg best view danau toba ini bila tgk…rasa nak kayuh je….bila la nak pergi lagi….

    • hahahah, kenalah acknowledge. susah payah kayuh just to say goodbye dan selamat. macam ada rancangan nak repeat cuti sekolah akhir bulan 5 nanti. kami cuba organize bawah Det-C. bukak untuk minimum 6 peserta, maximum 12. Baru peringkat rancangan pun… hehehe

  3. Bacalah pula kayuhan saya dari Hanoi ke Semenyih, mungkin boleh dapat idea untuk kayuhan seterusnya.Sekurang-kurangnya dari tempat tuan ke Bangkok atau ke Phnom Penh. Saya bercadang untuk berkayuh di Sulawesi pula kalau diizinkan oleh Allah.

  4. salam bro saya nak tahu lokasi bundle di tanjung balai.Di daerah mana tempat yang bro pos gambar tu?Macam mana nak ke tempat tu?memerlukan bantuan tuan

    • Saya tak ingat exactly nama tempat tu kerana rakan Indonesia saya yg telah membawa kami kesitu. Tapi saya rasa kalau bertanya pada org tempatan “pasar moja” saya pasti mereka tahu. Ia terletak mungkin 10km dari Kota Tanjung Balai (outskirt). Setibanya di Tg Balai Asahan (Pelabuhan Teluk Nibong), ambil sahaja beca speda motor dan minta dibawa ke “pasar moja”.

  5. assalamualaikum tuan, sy berminat utk jalankan projek utk syarikat utk kayuhan ke danau toba atau kayuhan dr melaka ke dumai atau kayuhan dari johor ke bintan. sy sedang mencari ejen yang boleh uruskan pengangkutan dan tempat tinggal dan penunjuk arah kami untuk berbasikal di negara org. kami perlu

  6. disebabkan projek ini melibatkan ceo syarikat adalah perlu utk sy sediakan jadual, costing dll utk present kpd dato. sekiranya tuan ada mengenali ejen2 yg berbasikal di kepulauan tersebut sudilah kiranya tuan reply emel saya. sekian jutaan terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s