Kayuhan Danau Toba – Day 2 (12 Dec 2012) : Kota Tanjung Balai – Perkampungan Banjabi, Pematang Kerasaan (106KM)

Untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Kota Tanjung Balai, kami mengambil keputusan untuk keluar seawal pagi yang mungkin (6.00 pagi waktu tempatan). Pagi itu hujan telah turun dengan lebatnya. Kami mengambil keputusan untuk meredah sahaja hujan kerana ianya kelihatan seakan tidak akan berhenti. Ternyata perkiraan kami tepat, hujan hanya berhenti menjelang tengah hari.

Perjalanan hari ini bergantung kepada kemampuan keadaan. Mengikut perancangan asal, kami akan berkayuh sehingga ke Limapuluh sahaja iaitu sekitar 70km. Pada mulanya memang agak cemas melalui Aliran Lintas Sumatra (ALS) ini kerana ternyata banyak kenderaan berat dan keadaan jalan yang kurang baik dan sempit. Tapi lama kelamaan sesudah menyesuaikan diri, kami merasa agak selamat kerana sebelum memotong, mereka akan membunyikan. Bila memotong, mereka akan memberikan ruangan yang secukupnya, tidak sekali pun saya dihimpit sepanjang kayuhan saya di Sumatra ini. Di Malaysia sendiri, banyak kali saya dihimpit dan dipotong secara tiba-tiba.

ImageImageImage

Kami berhenti bersarapan di kedai makcik ni. Lontong sayur 2 (lauk rendang daging) dan air masak (free flow) semuanya cuma 10,000 IR iaitu lebih kurang RM3.20. Ketika ini masih hujan renyai-renyai. Kami gagahkan juga kayuhan.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Sebaik sahaja sampai ke Batu Bara, hujan mulai reda. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat aktiviti harian penduduk termasuklah kenduri kematian. Selain jenazah ditalkin kan di perkuburan, imam juga menyampaikan ceramah kepada tetamu yang datang menziarah.

ImageImage

Sempat juga kami beramah mesra dengan penduduk tempatan disini. Kami berhenti sebentar bagi menghormati upacara tersebut. Kami dihidangkan teh manis dan roti sambil berbual-bual dengan mereka mengenai adat-adat Melayu yang meraka amalkan. Sebenarnya ramai orang-orang Batu Bara telah membuka tanah di Malaysia pada zaman dahulu termasuklah Padang Jawa. Saya fikirkan disekitar ini lah Batu Bara, ternyata saya silap. Nanti akan saya ceritakan lebih lanjut mengenai Batu Bara pada hari terakhir saya di Sumatra ini nanti.

Bermula disini, jalan sudah mulai naik turun. Ada sekitar 20km lagi untuk sampai ke simpang Limapuluh. Jalan mulai sibuk dengan kenderaan-kenderaan berat dan pengangkutan awam.

ImageImageImageImageImage

Disini juga terdapat adengan “tol” tak rasmi. Gambar diatas menunjukkan beberapa orang perempuan memungut derma untuk pembinaan masjid. Selain dari itu mereka juga memungut wang “tol” bagi tujuan membaiki jalan. Tiada paksaan, semuanya atas dasar keikhlasan pengguna jalan raya itu sendiri.

ImageImage

Akhirnya kami sampai ke persimpangan Lima Puluh – Perdagangan pada jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Kami singgah disebuah kedai makan Nasi Padang.

ImageImageImageImageImage

Kami dihampiri oleh abang ini yang amat berminat dengan tujuan kami berbasikal di kawasan ini. Isterinya sanggup tunggu sehingga kami habis makan untuk melihat kami mengayuh basikal! Abang ini adalah seorang wartawan dan sempat juga menemuramah kami. Tak pastilah keluar ‘koran’ atau tidak.

Memandangkan hari masih awal dan saya merasa masih bertenaga setelah mengharungi perjalanan sejauh 70km, kami memutuskan untuk meneruskan kayuhan. Kami menelefon Didik (pemuda yang kami temui diatas feri) untuk memaklumkan kepadanya yang kami akan kerumahnya. Jarak kayuhan adalah 25km untuk sampai ke sebuah kilang sawit yang mana jalannya telah runtuh akibat dari hakisan. Pada fikiran saya, baiklah, cuma 25km. Ok! maka kami pun meneruskan perjalanan.

Image

Servis senapang anyone?

ImageImageImageImage

74074_4985969575669_1831960415_n

Air kelapa + susu + cincau. Memang menyegarkan! Kami berhenti rehat di Jalan Perdagangan. Jalan disini sudah mulai mendaki. Limapuluh terletak 200m dari paras laut manakala Pematang Siantar ialah 400m dari paras laut. Pendakian sudahpun bermula! 25km amat memeritkan untuk saya lalui. Kami telah berhenti rehat banyak kali! Pada 5km terakhir saya hampir putus asa dan akan berhenti rehat tak kira dimana pun. Atas jambatan atas jalan, saya rasa hendak lemparkan sahaja basikal jauh-jauh. Wak terus memberikan semangat pada saya. Tiba-tiba, Didik muncul! Semangat saya kembali!

Image

Didik mengajak kami berehat dahulu diwarung berdekatan sambil menikmati Bakso. Saya tanyakan pada dia, dekat dah kan rumah awak? Jawapannya melemahkan semangat – 1km lagi kak dari sini, kemudian 5km kedalam. Jalan tidak rata dan berbatu-batu. Aduh! 6km lagi! Telan air liur perlahan-lahan sambil membayangkan 5km off-road.

ImageImage

5km dengan jalan yang begini! seksa tu seksa, tapi pemandangan buat kita alpa. memang betul-betul kampung! Untuk sampai kesini, kami perlu melalui ladang kelapa sawit sejauh 3km.

ImageImage

Penduduk kampung sedang mengadakan sukaneka. Pemuda-pemuda ini semuanya bercita-cita untuk ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan. Sebaik saja sampai dirumah Didik, kami disambut oleh keluarganya. Sebelum maghrib, kami melawat kawasan rumah Didik.

ImageImageImageImageImageImageImage

Kebanyakan penduduk mengusahakan ladang dan sawah padi. Pemuda berbaju hijau merupakan model pemuda kampung ini. Beliau pernah bekerja di Malaysia. Hasil bekerja di Malaysia, beliau telah membeli beberapa ekar tanah (1 ekar Indonesia bersamaan 3 ekar di Malaysia – tak pasti kenapa), lembu & kambing. Sekarang beliau sedang mengusahakan pembenihan ikan keli. Boleh dikatakan dia amat berjaya.

ImageImageImage

Kami dijamu makan malam dengan nasi dari beras yang ditanam sendiri oleh ayah Didik. Amat berlainan sekali rasanya kerana berkanji dan melekit. Ibunya juga telah memasakkan kami lauk-lauk tradisi seperti ayam masak ungkep dan tahu masak lemak. Cukup menyelerakan! Disamping itu, air minuman pula adalah air mineral yang diperolehi dari bawah tanah yang telah digali agak jauh kedalam tanah semenjak 10 tahun yang lalu. Jangan katakan minum, mandi pun kami guna air mineral!

Malam itu kami tidur nyenyak setelah keletihan dan kemudiannya kekenyangan! Tarasa amat nyaman tidur kami disebuah perkampungan di Sumatra. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

 

Untuk kisah sebelumnya sila klik pautan dibawah

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

 

Untuk kisah hari-hari seterusnya sila klik dibawah

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

 

Advertisements

5 responses to “Kayuhan Danau Toba – Day 2 (12 Dec 2012) : Kota Tanjung Balai – Perkampungan Banjabi, Pematang Kerasaan (106KM)

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai « Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s