Kayuhan Danau Toba – Day 3 (13 Dec 2012) : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar (27km)

Kami mulakan kayuhan agak lewat hari ini (sekitar jam 8.00 pagi waktu tempatan) kerana kami hanya akan mengayuh sejauh 27km ke Pematang Siantar. Kami akan berehat secukupnya di PS kerana kami tahu perjalanan keesokan harinya bakal menguji kekuatan mental dan fizikal kami.

Image

Keluarga Didik, dari kiri, bapanya, Didik, Ibu Didik mendukung anak buah didik dan Kakak Didik. Beliau merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik. Dia sendiri sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia 1 bulan yang tinggal dengan ibu bapanya di kampung berdekatan. Layanan mereka sungguh baik dan saya merasa sungguh bertuah dapat bertemu dengan Didik dan keluarganya. Kalau boleh mereka suruh tidur lagi satu malam, tapi terpaksa kami tolak dengan baik.

Ayah didik berasal dari Tanah Jawa dan sudah pastinya dia berbangsa Jawa. Semasa mudanya telah mengambil tawaran kerajaan yang menawarkan penduduk Tanah Jawa untuk meneroka tanah di Sumatra. In bertujuan untuk mengurangkan populasi di Jawa. Beliau telah mengambil kesempatan itu untuk merantau dan membuka tanah sawah di Sumatra ini.

Image

Rumah ini terletak berhadapan dengan rumah Didik. Pemiliknya pernah bekerja di Malaysia. Dengan hasil bekerja di Malaysia, beliau telah membeli sebuah van untuk dijadikan kenderaan angkut. Kehidupannya agak senang sekarang.Image

ImagePemandangan disekitar kampung yang aman damai ini, akan kekal dalam ingatanku. Kami meninggalkan kampung ini untuk meneruskan perjalanan ke Pematang Siantar.

ImageImageImage

Sebelum jalan masuk ke kampung Didik, terdapat satu runtuhan tanah yang dasyat berlaku. Pihak pengusaha ladang kelapa sawit ini telah melebarkan parit yang sedia ada untuk menghalang ternakan orang kampung dari memasuki ladang. Akibatnya tanah runtuh yang teruk telah berlaku. Semasa melalui jalan ini sekali lagi untuk balik ke Tanjung Balai (kira-kira seminggu selepas gambar ini diambil) jalan ini sudah runtuh terus. Lencongan kedalam ladang telah dibuat sejauh hampir 10km. Berita mengenai runtuhan ini juga telah dilaporkan diakhbar-akhbar mereka. Menurut kajian ahli geologi, seluruh perkampungan dan estet ini boleh tenggelam sekiranya tiada tindakan segera diambil.

ImageImageImage

Semasa berhenti untuk bergambar disini, berlaku satu kemalangan kecil disebalik tugu ini. Sebuah van telah melanggar motor penjual bakso bakar. Habis berterabur jualannya di jalan raya.

ImageImageImage

Berehat seketika tak kira dimana jua. Kayuhan mendaki terus menerus ini cepat membuatkan saya keletihan. Tempat rehat saya ini adalah sebenarnya kubur orang Batak. Adalah kebiasaan bagi mereka untuk mengkebumi jenazah ahli keluarga mereka dikebun atau ladang-ladang. Antara tujuannya ialah semoga roh simati dapat menjaga ladang mereka.

Banyak kali saya dengar orang tempatan menyebut PAS – Pemandian Air Sejuk berhampiran Pematang Siantar. Sebaik sahaja saya lihat papan tandanya, terus saya belok ke kiri dan bertanyakan jarak PAS dari jalan besar. Menurut mereka 5KM. OK, tak jauh sangat, bolehlah pergi melawat!

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Rupa-rupanya 5km itu adalah “off-road”! Seksa sungguh rasanya untuk sampai ke tempat ini. Rupa-rupanya ia adalah kawasan air sungai yang ditadah kedalam kolam-kolam buatan dan ada terdapat sedikit alat-alat permainan air ala Sunway Lagoon. Kalau dikutkan tiada yang istimewa! Tetapi pemandangan dan gelagat anak-anak Batak meredakan perasaan terkilan itu. Perjalanan keluar dari PAS adalah mendaki!

ImageImageImageImage

Kami meneruskan baki perjalanan ke Permatang Siantar. Perjalanan semakin mendaki! tiada yang menurun tetapi mendaki terus! walaupun tidak curam (sekitar 2% gradient secara purata), tapi agak menyeksakan bila melakukannya pada jarak yang agak jauh.

ImageImageImageImage

Akhirnya kami sampai di Pematang Siantar kira-kira jam 12.00 tengah hari (waktu tempatan). Masih awal untuk kami mencari tempat untuk menginap. Maka kami berkayuh dahulu sekitar kota sambil mencari hotel/motel untuk berehat.

ImageImageImageImage

Suatu yang istimewanya Pematang Siantar ini adalah penggunaan motorsikal klasik berkuasa tinggi BSA sebagai beca. Menurut pembawa beca ini, pada asalnya terdapat 1000 unit BSA dibawa masuk ke Pematang Siantar. Sebelum itu, pelbagai jenis motorsikal telah dibawa masuk seperti Norton & Triumph tetapi hanya enjin BSA sahaja yang mampu mendaki permukaan bentuk muka bumi Permatang Siantar yang mendaki dan curam ini. Sekarang hanya terdapat 400 unit yang tinggal.

Komuniti mereka ingin mengekalkan identiti ini dan berusaha untuk tidak menjualnya keluar. Alat ganti bagi BSA ini dibuat sendiri oleh penduduk tempatan Pematang Siantar. Hebat bukan? Di sini, harga motor BSA ini amat murah iaitu sekitar RM6,000. Jika di Malaysia, senang-senang mencapai harga puluhan ribu ringgit!

Berpusing-pusing mencari hotel, kami terlihat sebuah bangunan yang agak menarik lalu singgah. Rupa-rupanya ia adalah sebuah muzium menempatkan artifek-artifek masyarakat Simalungun dahulu kala. Muzium ini pada mulanya tidak mendapat biaya kerajaan dan terpaksa bergantung kepada wang sumbangan pengunjung. Tetapi baru-baru ini, ianya telah mendapat peruntukan bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf dari kerajaan. Muzium ini telah dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada 10 April 1939. Ianya dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah Belanda pada masa itu.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Ija Zahri and Wak was here!! Saya sempat mendaftarkan nama kami serta sedikit sumbagan ke Buku Pelawat mereka. Damanik adalah keturunan pemerintah yang memerintah Simalungun pada zaman penjajahan Belanda dulu. Jika dilihat pada buku pendaftaran ini, masih ada keturunan mereka. Kaum Batak Simalungun terbahagi kepada 4 suku. Setiap suku mempunyai “Marga” atau nama keluarga mereka sendiri. Marga dibawa oleh orang lelaki dan perkahwinan tidak boleh terjadi sesama marga. Sebelum berkahwin, mereka perlu menunjukkan salasilah keluarga mereka bagi mengelakkan perkahwinan sesama marga ini.

Setelah puas melawat muzium ini, kami pun meneruskan misi mencari hotel. Kami memgambil keputusan untuk menginap disebuah hotel – City Hotel dengan kadar 109,000 IR satu malam. Biliknya mempunyai kemudahan basic dan tiada alat penghawa dingin dan pemanas air. Apa yang penting, kami dibenarkan membawa basikal masuk ke bilik.

ImageImage

Malas untuk keluar mencari makan malam (kami skip lunch!), kami mengambil keputusan untuk memasak sendiri. Menu malam itu, paste rendang dicampur serunding daging dan nasi impit.

Malam itu juga kami dikunjungi oleh rakan bikers yang saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pematang Siantar dan laluan-laluannya. Terima kasih kepada Robinson, Sawal dan rakan kerana sudi menjenguk kami.

ImageImageImageImage

Untuk kisah-kisah sebelumnya sila klik pautan dibawah:

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Untuk kisah-kisah hari seterusnya sila klik pautan dibawah:

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

One response to “Kayuhan Danau Toba – Day 3 (13 Dec 2012) : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar (27km)

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai « Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s