Kayuhan Danau Toba : Day 4 (14 Dec 2012) – Pematang Siantar – Parapat (48.1km)

Sebelum berpisah dengan Robinson pada malam sebelumnya, beliau menyatakan hasrat untuk memberi saya kain tradisi kaum Batak sebagai menghormati dan merai kedatangan kami. Kain Ulos adalah hasil kerjatangan orang Batak. Menurut beliau, Ulos untuk lelaki berwarna agak gelap, manakala untuk wanita ianya berwarna terang seperti merah.

Beliau telah datang seawal jam 6.00 pagi waktu tempatan kerana telah saya maklumkan kepadanya yang kami ingin bergerak awal.

Image

Kualiti gambar kurang jelas kerana Robinson mengenakan jeket ber”reflector”. Selepas menerima kain Ulos yang istimewa ini, kami pun meneruskan perjalanan. Tetapi sebelum itu, kami ingin melawat makam Raja Simalungun dan tapak istananya. Robinson telah menunjukkan kami kami ketempat tersebut.

ImageImageImageImageImageImageImage

Berdekatan dengan makam ini juga terdapat kolam renang dimana sumber airnya adalah dari sungai berdekatan. Agak deras dan besar sungai tersebut dan ia terlihat amat bersih dan dingin. Pematang Siantar ini bila dilihat melalui google map (satellite), ianya akan kelihatan biru seperti digenangi air. Saya tidak pasti kenapa, puas saya mencari maklumat tapi tiada.

Image

Sempat juga kami berbual-bual dengan pemandu beca BSA yang berada disekitar kawasan tersebut.

ImageImage

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Parapat. Banyak kisah yang kami dengar dari penduduk tempatan yang mengatakan jalan ini “menanjak terus!”. Kami juga dinasihatkan untuk mengambil kenderaan angkut sahaja. Melalui pembacaan saya, jarak pendakian curam adalah sejauh 40km dimana 8km terakhirnya adalah penurunan terus ke Parapat.

ImageImage

Kami singgah bersarapan di kedai ini. Amat sukar untuk mencari sarapan pagi yang ringan-ringan sepanjang kayuhan kami. Ini kerana masyarakat mereka mengambil nasi sebagai menu utama bersarapan pagi. Jadi janganlah cuba-cuba mencari mee goreng atau roti canai! Pakcik-pakcik dan abang-abang ini merasa teruja bila mendengar kami mahu berkayuh ke Parapat dan Tele. Pelbagai cerita mengenai Tele diceritakan kepada kami. Diantaranya, sebulan yang lalu sepasang suami isteri telah naik ke Tele. Kereta mereka mengalami kerosakan ‘gear’ dan telah mengakibatkan kereta mereka mengundur dan terus masuk gaung. Menurut mereka juga, kalau ada sakit jantung, jangan sesekali memandang kebawah kerana bisa kena serangan jantung! Kalau lemah semangat, mau tidak kami teruskan kayuhan ini!

Sebelum mereka cerita lebih banyak dan membuat saya bertukar fikiran, kami pun segera beredar. Walaupun jarak perjalanan cuma 48km tetapi pendakian terus menerus sedikit menggentarkan saya.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Amat penting memakai vest disini memandangkan jalan yang sempit dan agak sibuk. Ianya juga memudahkan kita melihat rakan yang tertinggal dibelakang atau berada jauh dihadapan. Vest ini telah diubahsuai oleh Wak agar kelihatan “menarik” sedikit dari biasa.

Image

Boleh dikatakan kami berhenti rehat setiap 5km. Bila berhenti, ada sahaja orang tempatan yang sudi berbual dengan kami. Lelaki didalam gambar diatas adalah berbangsa Batak Toba. Entah apa aksi yang beliau buat tidak pula saya ingat. Beliau menceritakan sedikit sebanyak mengenai kaum Batak dan juga sistem Marga yang masih diamalkan sehingga sekarang. Dihujung ‘entry’ ini nanti akan saya ceritakan lebih lanjut mengenai Kaum-kaum Batak yang terdapat di Danau Toba dan sekitarnya.

Image

Letih fizikal dan mental!

ImageImageImageImage

Ada saja yang berminat dengan kehadiran kami. Abang berbaju kelabu ini adalah seorang polis yang bertugas di balai polis berdekatan dengan tempat kami berehat. Beliau pada mulanya kurang mesra melihat kehadiran kami disitu lebih-lebih lagi bila mengetahui kami dari Malaysia. Media Indonesia yang sentiasa memutarkan sentimen anti Malaysia telah menyebabkan beliau mempunyai persepsi buruk terhadap kami. Keras sahaja beliau menanyakan beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan termasuklah isu penyokong bola sepak Malaysia dan juga Manohara(!). Tapi lama kelamaan setelah kami terangkan satu persatu, beliau menjadi mesra dan minta untuk diphoto bersama.

ImageImage

Wak teringin untuk merasa buah durian Indonesia yang kebetulannya tengah musim. Sepanjang jalan, banyak terdapat gerai-gerai menjual buah durian. Kami memilih untuk berhenti disalah sebuah gerai tersebut. Gerai tersebut dimiliki oleh seorang wanita Batak Toba yang tinggal bersendirian. Suaminya telah lama meninggal dunia dan dia hanya memiliki seorang anak lelaki berusia 24 tahun. Anaknya itu telah berkerja di Medan dan hanya akan pulang apabila ada cuti kelepasan am. Apabila tahu kami akan berkayuh terus ke Parapat dan akan cuba mendaki Tele, terus beliau bersuara dengan agak keras “Teruskan usaha biar sampai tercapai mimpinya!!”. Menurut beliau, orang Bataka memang keras suaranya bila bercakap, tetapi mempunyai hati yang jujur. Mereka memang terkenal dengan sikap menentang secara terbuka dan lantang berkata-kata bila tidak bersetuju. Tetapi tiada dendam didalam hati mereka.ImageImageMakcik ini juga menjual Nira dari pokok kabung. Disepanjang jalan ke Parapat ini, kita boleh lihat susunan botol-botol ini. Setiap botol dicampurkan dengan sedikit kulit kayu bagi mengurangkan rasa manis nira itu. Kulit kayu ini memberi rasa pahit pada nira. Menurut beliau air nira amat bagus untuk kesihatan buah pinggang. Beliau memberi kami segelas air nira segar untuk dicuba. “Supaya cergas dan pantas kayuhnya!” kata beliau.

ImageImageImageImageImage

Image

Kemudian kami mula memasuki kawasan yang penuh dengan pokok rhu. Suhu mulai sejuk dan telinga berdengung. Kami telah sampai ke pendakian tertinggi iaitu 1200m dari paras laut. Untuk maklumat, Pematang Siantar adalah terletak 400m dari paras laut. Oleh itu jumpah pendakian adalah 800m. Tiada jalan menurun dan ia adalah pendakian terus menerus sejauh 40km!

ImageImageImage

Tidak berhenti untuk makan tengah hari. Inilah penambah tenaga saya. Setiap kali lepas makan terasa bertenaga semula untuk mengayuh!

ImageImage

Sebaik sahaja sampai disini, dapat saya rasakan, pendakian saya bakal berakhir!

Image

Maka bermulalah “downhill” yang paling mengujakan pernah saya rasa sejauh 8km! dan pemandangan yang indah-indah mula tersaji didepan mata. Hilang segala keletihan!

ImageImageImageImageImageImageImageSetelah puas mencuci mata dan memandangkan hari masih awal, kami terus mencari terminal feri Tigaraja untuk ke Pulau Samosir. Terdapat 2 terminal utama iaitu Ajibata dan Tigaraja. Ajibata adalah terminal terbesar yang boleh membawa kereta dan kenderaan berat dan akan berlabuh di terminal feri Tomok. Jadual perjalanan feri adalah terhad. Manakala terminal feri Tigaraja adalah feri penumpang yang hanya boleh membawa basikal dan motorsikal ke Tuktuk. Ia akan berhenti dimana-mana hotel/chalet/resort yang kita kehendaki.

Image

Kami sampai di terminal feri Tigaraja pada jam 4.15 petang (waktu tempatan). Feri akan bertolak pada jam 4.30 petang. Tambang yang dikenakan cuma 30,000 IR untuk kami berdua dan 2 basikal. Murah bukan?

ImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Kami memilih untuk menginap di Samasor Cottage yang mendapat review baik dikalangan pelancong asing. Dimasa yang sama saya juga telah terjumpa dengan Mr Bloom (Pengurus) semasa berhenti rehat didalam perjalanan ke Perepat. Beliau telah berikan kad nama beliau kepada saya. Walaupun kami akan menginap pada hari Jumaat dan Sabtu, kadar sewa bilik adalah pada 100,000 IR semalam. Kemudahan WIFI disediakan dilobi resort. Ketibaan kami di resort ini disambut sendiri oleh Mr Bloom yang fasih berbahasa English dan mempunyai loghat “rasta”. Beliau adalah anak jati Danau Toba.

Tuktuk merupakan tempat tertumpunya guesthouse dan resort kecil. Tiada apa tempat ini melainkan tempat untuk menginap, kedai makan, bar & pub, kedai runcit dan pharmacy. Tiada masalah untuk mencari makanan halal disini kerana tak sampai 300m dari Samosir Cottage ada sebuah kedai makan minang yang menghidangkan makanan halal.

Malam itu kami hanya bersantai disekitar lobi untuk mengemaskini status kami diFacebook.

Sedikit sebanyak mengenai bangsa Batak di Toba.

Terdapat 6 suku Batak terbesar di sekitar Toba iaitu Toba, Karo, Pakpak, Simalungun, Angkola dan Mandailing. Batak Toba adalah majoriti dan bangga dengan bangsa mereka dan memang mahu dikenali sebagai Batak. Majority atau boleh dikatakan semua mereka beragama Christian. Manakala Mandailing pula majoritinya beragama Islam. Mereka dikatakan enggan dilabelkan sebagai Batak dan lebih suka dikenali sebagai Melayu Mandailing dan sudah menolak sistem Marga.

Setiap suku batak ini mengamalkan Marga ataupun nama keluarga yang dibawa oleh anak lelaki. Contoh nama-nama marga yang banyak terdapat disini ialah Nasution, Siregar, Rawo, Sitompol dan banyak lagi. Perkahwinan satu marga adalah dilarang kerana dibimbangi masih ada pertalian darah. Setiap keluarga menyimpan salasilah keluarga mereka dan akan digunakan sebagai rujukan sebelum suatu perkahwinan dilangsungkan.

Sepanjang disana Wak dan saya merasa amat pelik kenapa Belanda sampai menjajah Toba, Samosir khasnya. Jika dilihat tiada kelebihan baik dari segi geografinya maupun hasil buminya. Ianya juga terletak ditanah tinggi tidak terbayang bagaimana orang zaman dahulu hendak sampai ke sini. Wak berpendapat mungkin tujuan sebenar adalah untuk mengembangkan agama Christian.

Saya cuba mencari maklumat lanjut mengenai hal ini diinternet. Tidak banyak maklumat yang dapat dikumpulkan dari internet. Data di atas mengenai Batak di Toba juga adalah hasil temuramah kami dengan penduduk tempatan dan sedikit dari internet. Daripada sumber-sumber yang ada dapatlah saya merumuskan bahawa teori Wak itu betul.

Semasa awal penjajahan Belanda sekitar mereka langsung tidak berminat dengan Toba. Tetapi pada tahun 1345 Ibn Battuta telah menawan persisir pantai Utara Sumatra dan mengislamkan raja-raja mereka. Kawasan ini merupakan pusat dagangan yang penting di Sumatra. Dengan itu, Belanda merasakan Toba sesuai dijadikan sebagai zon penampan kebangkitan Islam (yang menentang kuat Belanda) di Sumatra Utara dan kerajaan Minangkabau. Bermulalah usaha menghantar mubaligh-mubaligh ke Toba sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1824 dan 1834.

Kunjungan kali kedua tidak diterima secara baik oleh orang-orang Batak. Ini adalah kerana pengembangan agama Islam telah dilakukan secara kekerasan dimana sekiranya mereka enggan menerima Islam, perkampungan mereka akan dibakar. Kerana itulah usaha missionari pada tahun 1834 berakhir dengan tregedi dimana mubaligh-mubaligh itu telah dibunuh dan dimakan oleh pahlawan Batak yang menyangka penyebaran agama Christian akan dilakukan secara paksaan.

Maka, pada tahun 1850 sebuah buku tatabahasa dan kamus Belanda – Batak telah diterbitkan bagi membantu mubaligh-mubaligh didalam usaha mereka menybarkan agama Christian. Atas usaha ini, agama Christian telah diterima dan mendapat sambutan dikalangan bangsa Batak terutamanya suku Toba dan Simalungun. Tetapi pada awal abad ke19 penentangan terhadap Belanda mula tercetus. Sering terdapat pertempuran didalam usaha mereka mengusir Belanda dari Samosir. Akhirnya peperangan tamat pada tahun 1907 dengan kematian raja terakhir mereka iaitu Raja Sisingamangaraja XII yang dianggap sebagai pahlawan. Menurut cerita orang tempatan, Raja Sisingamangraja adalah kebal dan sukar untuk Belanda membunuh beliau. Tetapi terdapat pembelot dikalangan orang Batak sendiri telah memberitahu kelemahan raja mereka iaitu kekebalannya akan hilang apabila terkena darah. Belanda telah menembak puteri kesayangannya. Apabila terlihat puterinya ditembak, beliau terus memangku si puteri. Maka terkenalah darah puterinya dan Belanda terus menembak mati Raja Sisingamangaraja.

Untuk kisah-kisah sebelumnya sila klik pautan dibawah

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Untuk kisah-kisah hari seterusnya sila klik pautan dibawah

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

 

Advertisements

5 responses to “Kayuhan Danau Toba : Day 4 (14 Dec 2012) – Pematang Siantar – Parapat (48.1km)

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai « Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s