Kayuhan Danau Toba : Day 5 (15 Dec 2013) – Pulau Samosir

Hari ini merupakan hari cuti berkayuh buat kami!! Pagi itu kami bermalas-malasan dan hanya bangun untuk bersarapan pagi pada jam 8.00 pagi waktu tempatan. Kami hanya memanaskan roti dan rendang untuk sarapan pagi.

Suasana pagi disekitar Samosir Cottage.

ImageImageImage

Kami menyewa sebuah motorsikal dengan harga 100,000 IR sehari (perlu dikembalikan pada jam 6 pm) dengan minyak siap diisi penuh. Berbekalkan peta yang disediakan oleh pihak pengurusan penginapan, kami pun memulakan perjalanan menuju ke tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Samosir ini.

Image

Tempat pertama yang saya tuju ialah Ambarita di mana terdapatnya “Stone Chair of King Siallagan” ataupun Kerusi Batu Raja Siallagan. Tak sampai pun 2km kami ternampak rumah tradisi orang Batak iaitu rumah bolon. Kami berhenti untuk mengambil gambar dan tiba-tiba disapa oleh orang tempatan. Gentar juga saya kerana mukanya agak grang dan suara agak keras. Namun seperti biasa, orang Batak sememangnya begitu, setelah kami ceritakan hasrat kami, terus sahaja mereka berbual-bual mesra dengan kami.

ImageImage

Lelaki berjeket disebelah Wak adalah tuan punya rumah Bolon yang kami ambil gambarnya dibawah ini dan lelaki berbaju putih diatas adalah keturunan Raja Siallagan yang telah menghadiahkan wak Topi Ulos, topi tradisi Batak Toba.

ImageImageImage

Jika diperhatikan, rumah-rumah bolon mempunyai pintu yang kecil dan terletak dibawah rumah seperti gambar di atas. Ianya sengaja dibina begitu bagi “memaksa” tetamu yang datang untuk tunduk semasa memasuki rumah sebagai tanda menghormati tuan rumah.

ImageImage

Setiap rumah bolon mempunyai galang-galang atau pagar-pagar dibawah rumah sperti gambar diatas, Ianya untuk menyimpan binatang ternakan seperti kerbau, kambing dan babi. Wak sedang menggayakan tukang kebun dan pahlawan Batak Toba!

Setelah Wak puas beraksi, kami pun merneruskan perjalanan kami ke Ambarita.

ImageImageImage

Raja Siallagan akan duduk dikerusi ini untuk mendengar masalah-masalah rakyatnya dan juga tempat baginda mengadakan perbicaraan hukum terhadap orang yang tertuduh. Sebagai raja yang mempunyai kuasa sakti, baginda akan tahu samada sitertuduh itu benar-benar bersalah ataupun tidak. Keputusan untuk menjatuhkan hukum akan dilakukan disini. Sementara menunggu dibicarakan dan semasa perbicaraan sedang dijalankan, sitertuduh akan dipasung dibawah rumah raja berhadapan dengan kerusi-kerusi ini. Rumah raja bukanlah istana, malah sama sahaja besarnya dengan rumah-rumah yang lain. Raja Siallagan adalah raja yang adil dan disayangi oleh rakyatnya.

ImageImage

Sekiranya didapati bersalah dan dijatuhi hukum bunuh, Raja dan ahli sidangnya beserta pesalah akan dibawa ke tempat ini untuk menjalankan hukuman. Semuanya dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh rakyat.

ImageImageImage

Diatas batu empat segi inilah, pesalah akan dipenggal kepalanya dan diletakkan di meja bulat manakala badannya akan dilapah. Si Raja akan memohon maaf dan restu dari alam dan memakan sipesalah sebagai tindakan menakut-nakutkan rakyatnya untuk tidak melakukan jenayah.

ImageImage

Image

ImageImageImageImageImageImage

Orang Batak mempunyai bahasa dan tulisan mereka sendiri. Buku yang ditunjukkan kepada kami ini adalah ditulis tangan diatas kulit kayu. Didalam buku ini terdapat kalender, jampi-jampi perubatan dan juga tilik nasib. Saya tanyakan pada mereka, apakah mereka masih boleh membaca tulisan batak? Ternyata generasi sekarang tidak ramai yang tahu dan sudah melupakan tulisan asal nenek moyang mereka. Ianya juga tidak diajar disekolah-sekolah. Alangkah ruginya generasi akan datang sekiranya tulisan ini pupus dan hanya boleh dilihat dimuzium-muzium. Lihatlah apa yang terjadi kepada huruf-huruf melayu kuno – RENCONG yang telahpun pupus.

Image

Jeti ini terletak di Simanindo. Satu ketika dahulu merupakan jeti utama dari Ajibata, Parapat ke Samosir. Sekarang menjadi tempat penduduk sekitar mandi. Kelihatan seorang gadis sedang mandi dan terus mengenakan pakian sekolahnya di hujung jeti ini. Pemandangan biasa disini. Simanindo merupakan kawasan dimana persembahan kebudayaan seperti tarian Sigale-gale akan diadakan. Pelancong-pelancong dari Malaysia kebanyakannya tidak akan menginap di Samosir. Mereka akan menginap di Parapat dan kemudiannya menaiki feri ke Simanindo untuk menyaksikan tarian kebudayaan ini dan dibawa ke lain-lain tempat menarik seperti kerusi batu di Ambarita dan juga Muzium Batak di Tomok. Pemandangan dari jeti ini sangat indah dan melekakan.ImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Image

Sampan atau kolek tradisi orang Batak yang sisebut sebagai Solu didalam bahasa Batak adalah dibuat dari sebatang kayu bulat yang dikorek. Masih ada kolek yang digunakan untuk menagkap ikan ataupun untuk melihat ikan dalam sangkar mereka.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Samosir cuma bersaiz 46km x 20km dan pada asalnya bukanlah pulau sebaliknya adalah  merupakan sebuah tanjung. Belanda telah mengorek dan membina terusan di kawasan paling genting pada tahun 1904 dan secara teknikalnya memutuskan samosir dari tanah besar menjadikannya sebuah pulau diatas tasik dimana tasik tersebut terletak diatas pulau. Gambar dibawah menunjukkan terusan tersebut. Ianya berada berdekatan dengan Pengururan yang merupakan pusat pemerintahan Samosir. Bangunan-bangunan yang mempunyai pengaruh Belanda banyak kelihatan disini.

Image

Terdapat juga kolam air panas di Pangururan. Dapat dilihat dari jauh belerang-belerang di lereng bukit. Tapi sayangnya, kolam ini tidak dibiarkan atau dipelihara secra semulajadi, sebaliknya banyak bilik-bilik yang dibina dan pengunjung perlu membayar penggunaannya kepada pemilik-pemilik bilik tersebut. Ianya mencacatkan keindahan tempat itu sendiri kerana kita tidak dapat lihat kolam air panas tersebut sebaliknya bilik-bilik kecil yang berteraburan.

ImageImage

Tempat terakhir yang kami lawati adalah Tomok dimana terletaknya Makam Raja Sidabutar dan Muzium Batak

ImageImageImageImageImage

Setiap pelawat diwajibkan mengenakan kain Ulos ini. Ianya disediakan diluar makam.

380634_4989023532016_1498604716_n

Di sini juga ada persembahan Sigale-gale dan tersapat sebuah rumah Bolon asli dimana atapnya bukan diperbuat dari zink.

ImageImageImageImageImageImage537742_4989031612218_271377414_n

Sempat juga saya membeli pisang yang ada dijual disekitar makam tersebut. Saya rasa pisang ini adalah yang dipanggil Jari Buaya. Amat sukar untuk memperolehinya di Malaysia sekarang. Rasanya lemak manis sama seperti pisang embun.

37078_4989033052254_1497873477_n

Pada sebelah malamnya, Samosir Cottage mengadakan persembahan muzik tradisional yang diketuai oleh Mr Bloom sendiri. Amat menarik persembahan ini yang diselang selikan dengan lagu-lagu moden dan tradisional. Orang Batak memang terkenal dengan suara yang merdu dan jelas.

Untuk kisah hari-hari sebelumnya sila klik pautan dibawah

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Untuk kisah-kisah sebelumnya sila klik pautan dibawah:

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

Advertisements

One response to “Kayuhan Danau Toba : Day 5 (15 Dec 2013) – Pulau Samosir

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai « Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s