Kayuhan Danau Toba – Day 6 (16 Dec 2012) : Tuktuk – Pangururan (55km)

Kami bangun awal pada pagi ini untuk membolehkan kami berkayuh santai ke Pangururan. Semalam kami telah melalui jalan yang sama tetapi bermotorsikal. Ternyata pengalaman bermotor dan berbasikal amat jauh sekali. Bila berbasikal, kita dapat lihat dengan lebih jelas keindahan budaya dan lebih menghargai bentuk muka bumi ini. Setiap tanjakan dan penurunan dapat dirasai dengan jelas. Boleh berhenti bila-bila masa sahaja untuk mengambil gambar dan beramah dengan orang tempatan.

Memandangkan hari itu adalah hari Ahad, maka ramai penduduk keluar ke Gereja. Mereka berpakaian cantik dan istimewa dari hari biasa. Kebanyakan penduduk terutama kanak-kanak hanya berjalan kaki ke gereja.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Kanak-kanak Batak amat pemalu. Bila dihampiri mereka seakan mahu lari dan bersembunyi. Kebiasannya saya akan berhenti agak jauh sedikit dari mereka dan mengeluarkan kamera. Saya tunjukkan kemera kepada mereka dan berkata “photo… ambil photo ya?” Barulah mereka berhenti, dan dapatlah saya menghampiri mereka. Bila dari jauh mereka akan laungkan “HORAS!” kepada kami dan pasti kami akan balas dengan “HORAS!” juga dan lambaian tangan. Respon ini tidak akan kami dapat sekiranya bermotorsikal.

ImageImage

Walaupun masih banyak rumah-rumah Bolon di Samosir ini, tetapi ada juga yang mempunyai pengaruh Belanda atau dibina oleh Belanda sendiri. Pangururan adalah merupakan pusat pemerintahan Samosir dimana Belanda semasa zaman penjajahannya pun lebih tertumpu kepada Pangururan dari daerah-daerah lain.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImage Image

Antara yang amat menarik perhatian saya ialah “tomb” atau pusara orang-orang Batak. Dimana-mana kita boleh lihat ianya dibina, dari yang kecil sehinggalah ke sebesar-besarnya sarat dengan hiasan. Saya kurang mengambil gambar kerana bimbang ianya akan menimbulkan rasa kurang senang orang tempatan. Saya ambil dimana-mana tempat yang hampir tiada orang ataupun jauh dari rumah penduduk.

ImageImage

Kalau kita perhatikan, ianya mempunyai pintu-pintu kecil. Setiap pintu itu mengandungi tulang belulang nenek moyang mereka sampailah sekurang-kurangnya generasi ke-3. Orang Batak walaupun beragama Christian tetap mengamalkan “reburial ritual” atau upacara pengkebumian semula. Iaitu mayat yang ditanam akan dikeluarkan semula, dibersihkan dan tulang belulang akan disimpan didalam pusara khas ini. Ianya dilakukan oleh cucu-cucu waris (sebelah bapa) yang akan melakukan adat ini dimana binatang ternakan akan turut dikorbankan dan dijamu kepada tetamu.

Pada asalnya, pusara mereka berbentuk “sarcophagus” seperti makam Raja Sidabutar. Tetapi menjelang kurun ke-20 dengan kewujudan simen, mereka mula membina pusara mereka seperti yang ada pada hari ini.

Hasil temuramah kami dengan penduduk tempatan kos untuk membina pusara dan kenduri untuk adat pengkebumian semula ini amat tinggi dan biasanya akan dikongsi bersama dikalangan waris-waris. Kebiasaannya mereka tidak akan mengumumkan berapa besar belanja dan berapa banyak sumbangan setiap waris untuk upacara tersebut. Dipercayai ianya diantara RM5,000 hinggalah ke RM30,000 bergantung kepada kemampuan sosio ekonomi sesuatu kerluarga itu. Menurut mereka lagi, adalah diakui, ritual pengkebumian semula ini telah menjadi satu cara memperlihatkan kekayaan sesorang itu walaupun tidak secara langsung.

Image

Sempat juga kami singgah disalah sebuah restoran yang berada betul-betul ditengah-tengah perjalanan antara Tuktuk ke Pangururan. Menurut pemilik restoran ini, tapak restoran ini pada sekitar 40 tahun uang lalu adalah tasik, bukan daratan. Adakah ini bermakna air di danau ini menyusut? Pemiliknya adalah seorang bekas Paderi dan mempunyai 8 orang anak. Kesemuanya telah melanjutkan pelajaran ke universiti dan bekerja disekitar Medan dan Jakarta. Beliau melahirkan rasa bimbang terhadap budaya-budaya barat yang telah menular dikalangan remaja Batak.

Kami sampai di Pangururan pada jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan) dan meninjau-ninjau sekitar bandar “koboi” itu. Walaupun merupakan pusat pemerintahan tapi ianya agak mundur dan tidak teratur. Kawasan sekitar agak kotor dan kurang menyenangkan. Walau bagaimanapun, pemandangan semulajadinya tetap menawan!

ImageImage

Kami cuba mencari tempat penginapan yang paling murah. Akhirnya kami memilih Kencana Guesthouse, cuma 80,000 IR untuk satu malam. Kelengkapan asas cuma tiada pemanas air. Cukuplah sekadar untuk berehat dan melelapkan mata.

Image

Petang itu kami keluar membeli gula, minyak, telur dan sardine untuk makan malam. Wak tidak mahu makan lagi dikedai-kedai kerana semalam beliau telah terkena keracunan makanan. Mungkin perut beliau tidak dapat menerima masakan tempatan. Malam itu, Wak masak bubur nasi segera dan telur goreng dadar. Selera sungguh kami makan!

Haiwan-haiwan ternakan seperti babi, kambing dan ayam dibiarkan berkeliaran di guesthouse ini! Sebelum keluar pintu, saya akan intai dahulu ditingkap bimbang sang babi berkeliaran didepan pintu bilik. Malam itu tidur kami kurang nyenyak kerana, babi, itik, kambing, kucing dan anjing saling sahut menyahut! Sedangkan saya menginginkan tidur dan rehat yang cukup sebagai persediaan mendaki Tele esok. Malam itu terasa terlalu panjang…….

Untuk kisah hari-hari sebelumnya sila klik pautan dibawah:-

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibung – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Untuk kisah-kisah seterusnya sila klik pautan dibawah:-

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

Day 9 : Batu Bara (menaiki kereta)

Advertisements

One response to “Kayuhan Danau Toba – Day 6 (16 Dec 2012) : Tuktuk – Pangururan (55km)

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba – Day 1 (11 Dec 2012) : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong, Tanjung Balai « Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s