Kayuhan Danau Toba – Day 7 (17 Dec 2012) : Pangururan – Tele (23.5km) – Dolok Sanggul (39km)

Tidur yang tidak lena pada malam tersebut telah memaksa kami bersiap lebih awal dari biasa. Tepat jam 5.45 pagi waktu tempatan, kami telah mula check-out dan bergerak ke arah Tele. Disebabkan dari awal lagi kami telah mengenalpasti jalan yang harus diambil, maka ianya tidak menjadi masalah untuk kami bergerak awal sebelum matahari terbit. Tiada papan tanda arah untuk ke Tele, tetapi sebaliknya yang ada hanyalah Dolok Sanggul dan Medan.

ImageImageImageImageImage

Begitu cepat mataharinya terbit. Sebaik sahaja terbit, cahaya matahari kekuningan memberikan pemandangan paling cantik pernah kami lihat!

ImageImage

ImageImage

Sebuah perkampungan kecil di Jalan Samosir menuju ke Tele. Kami telah disapa oleh beberap penduduk tempatan bertanyakan arah kami. Mungkin agak hairan melihat orang “tempatan” berbasikal menuju ke Tele. Setelah diberitahu kami ingin ke Tele, pasti reaksi mereka hampir sama, iaitu – “jalan ke Tele tanjakan terus mbak! Kamu pasti mau bersepeda? kenapa ngak naik kereta (motorsikal) saja?”. Soalan yang tidak dapat kami jawab apatah lagi untuk difahami oleh mereka yang tiada jiwa jelajah berbasikal.

Dari sini, jalan sudah mula mendaki. Ada sesetengahnya terlalu curam sehingga memaksa saya berkayuh berdiri untuk mengelak dari menyorong basikal dia atas permukaan jalan yang lecah. Lebih kurang 2km selepas itu, jalannya amat baik, bertar dan bersih.

ImageImageImageImageImageImageImage

Cuaca dingin mengurangkan rasa sukarnya mengayuh dijalan curam ini. Pemandangan yang cantik juga memperlahankan kayuhan kami dan kami kerap berhenti untuk mengambil gambar. Pangururan terletak kira-kira 1000m dari paras laut. Manakala Tele pula terletak di 1830m dari paras laut. Maka pendakian adalah sebanyak 830m dengan jalan mengelilingi bukit-bukit sepanjang 23km.

ImageImageImageImageImageImageImage

Jalan yang bakal kami lalui nampak jelas didepan mata. Ini sedikit sebanyak menambahkan tekanan pada saya yang agak lemah didalam pendakian. Apatah lagi bila kenderaan yang memintas kami menukar gear rendah sambil enjin mengaum memintasi kami! Ini sedikit sebanyak memberi bayangan kecuraman jalan tersebut dan mempengaruhi mental saya.

ImageImage

Secara jujurnya saya memang lebih banyak menolak dari berkayuh!

ImageImageImageImageImageImageImage

Kami akhirnya sampai ke Menara Pandang Tele pada jam 1.00 tengah hari (waktu tempatan). Pada mulanya saya sangkakan ianya puncak tertinggi Tele dan saya telah tiba ke destinasi, tiada lagi pendakian. Tetapi menurut penjaga menara tersebut, masih berbaki 4km dengan pendakian yg lebih curam!!

ImageImage

Keletihan dan kesejukan dan mengenangkan masih berbaki 4km pendakian! Saya sudah tidak sanggup hendak mendaki menara dan membiarkan Wak naik bersendirian. Sekiranya anda mempunyai gadget kamera yang canggih bersama tele zoom, saya percaya banyak gambar-gambar yang tersangatlah indahnya akan terhasil.

ImageImageImageImageImage

Setelah berehat lebih kurang selama 1/2 jam disini, kami pun meneruskan perjalanan. Semakin lama jalan semakin curam dan kabus tebal mula menyelubungi jalan. Suasama menjadi semakin sunyi dan hujan renyai-renyai mulai turun. Hutannya pun semakin agak tebal dan mulalah saya terbayangkan binatang-binatang buas yang mungkin sedang mengintai-ngintai dicelah-celah pokok!

ImageImageImageImageImageImage

Akhirnya kami sampai dipuncak Tele pada jam 3.00 petang waktu tempatan. Sebaik sahaja kami sampai, hujan telah turun selebat-lebatnya. Kami segera berlindung di pondok menunggu bas yang berhampiran. Kedudukan bumbung yang tinggi tidak sedikit pun mampu melindungi kami dari hujan. Kami segera menyarung baju hujan plastik 7 Eleven yang telah kami bawa dari Malaysia.

ImageImage

Kami tidak menunggu sehingga hujan betul-betul berhenti. Kerana saya tahu masih ada kira-kira 40km lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk ke Dolok Sanggul. Kami harus sampai sebelum gelap. Tepat jam 3.30 petang waktu tempatan kami meredah hujan dalam suhu yang sejuk hingga ke tulang!

Perjalanan ke Dolok Sanggul tidaklah datar seperti yang dikatakan oleh penduduk tempatan. Beberapa kilometer selepas Tele, ianya masih lagi mendaki sekitar 10km. Selepas itu terdapat satu penurunan sejauh 10km tetapi jalan rosak yang agak teruk memperlahankan kami. Kedua-dua kami telah keletihan dan sudah tidak mampu untuk mengambil gambar lagi. Sepanjang perjalanan ke Dolok sanggul kita akan melalui kebun-kebun sayur dan perkampungan orang-orang batak.

Kanak-kanak Batak disini tidak terlalu pemalu seperti kanak-kanak Batak di Pulau Samosir. Sebaik sahaj melihat kelibat kami, mereka akan berlari mengejar kami untuk memberi “hi-5” dan mengucapkan “Hello mister!”. Kejadian paling lucu apabila sekumpulan kanak-kanak berlari sambil kawannya menjerit “Tourist! tourist!! Tourist bule (orang putih)!”, “Hello mister! Hello mister!” teriaknya pada kami. Sebaik sahaja menghampiri mereka Wak membalas dengan “Horas!”. Kanak-kanak itu lantas ketawa dan berkata “Ha ha ha! Ku kira tourist bule tadi, rupanya Batak juga!!”. Gelagat mereka amat menghiburkan, ada yang berlari beriringan dengan kami, cuba naik ke “carrier” belakang dan ada juga yang berlumba kereta sorong dengan basikal kami!

ImageImage

Akhirnya kami sampai di Dolok Sanggul pada jam 5.30 petang waktu tempatan. Kami menginap disebuah rumah penginapan yang disediakan oleh rumah makan minang. Kadar sewanya ialah 100,000 IR dengan bilik yang besar, bersih dan selesa. Amat mudah untuk makan malam kerana kami tidak perlu keluar jauh setelah keletihan.

Malam itu kami tidur dengan nyenyak, paling lena berbanding ditempat-tempat lain. Kami merancang untuk tidak bergerak awal besok. Kami sendiri masih belum pasti apa rancangan kami besok.

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s