Kayuhan Danau Toba – Day 8 (18 Dec 2012) : Dolok Sanggul – Porsea – Pematang Siantar – Tanjung Balai (Kenderaan Angkut)

Hari ini merupakan hari lahir Wak. Tahun lepas, pada hari yang sama, kami telah menyambutnya di Luang Prabang, Laos. Seperti biasa, tiada kek, tiada lilin. Cukuplah sekadar ucapan selamat dan meraikannya dengan pengembaraan!

Sepatutnya kedai makan tempat kami menginap hanya akan mula dibuka jam 9 pagi waktu tempatan. Tetapi memandangkan kami ingin bergerak awal, pemiliknya sudi untuk memasakkan nasi goreng khas untuk kami. Beliau juga telah sudi untuk bercerita sedikit sebanyak mengenai kawasan-kawasan menarik yang kami boleh lawati nanti. Beliau agak terkejut dan bimbangkan keselamatan kami apabila mendapat tahu yang kami akan mengikuti jalan Porsea – Bandar Pulau – Tanjung Balai (200km++, 3D 2N). Mengikut beliau, ianya bukan kawasan penduduk dan hanya ada ladang kelapa sawit dan getah sepanjang jalan. Ianya sunyi dan agak tidak selamat. Kawasan “rawan” katanya. Rawan bermaksud kawasan bahaya/tidak selamat.

Sebelum bergerak, saya telah berbincang dengan Wak mengenai option-option yang ada. Samada untuk meneruskan perjalanan mengikut plan asal atau tidak. Memang banyak saya baca mengenai daerah “rawan” ini. Atas nasihat orang tempatan, menambahkan lagi kerisauan saya. Selain dari route tersebut, kami akan terpaksa menggunakan route yang sama semasa kami datang hari itu, iaitu Dolok Sanggul – Siborongborong – Balige – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh – Tanjung Balai. Jaraknya adalah 300++km. Untuk mengulangi jalan yang sama tentulah tidak seronok.

Kami membuat keputusan untuk berlegar-legar di Dolok Sanggul dahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bas atau pengangkutan awam mereka. Pada fikiran saya, seronok juga jika berpeluang untuk menaiki kenderaan awam mereka. Sesuatu kelainan dan pengalaman baru.

Image

Image

Image

Image

Suasana pagi di bandar Dolok Sanggul. Bandar ini agak besar dan sibuk. Kami cuba mencari stesen bas atau kenderaan awam. Saya tercari-cari bangunan yang boleh dipanggil stesen. Apabila saya tanya kepada penduduk tempatan, mereka agak kehairanan dan mula memberi arah sana, sana…. tapi saya tak nampak pun sebarang stesen. Wak cuba bertanya kepada seorang pegawai polis bertugas dan beliau tunjukkan arah sebuah kedai makan dan berkata, tunggu saja disana. Nanti ada bis yang mau ke Tanjung Balai.

Rupa-rupanya mereka tiada stesen tapi sebaliknya hanyalah meja dan kerusi yang ditempatkan disebuah kedai makan. Setelah menanyakan laluan-laluan mereka, kami dapati hanya ada satu laluan yang akan melalui bandar-bandar besar iaitu Dolok Sanggul – Siborongborong – Balige – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Tanjung Balai. Jarak keseluruhan adalah 290km mengambil masa 8 jam. Setelah berbincang mengenai harga, kami pun bersetuju. Bis itu akan bergerak 1/2 jam lagi iaitu 8.30 pagi waktu tempatan.

Image

Image

Image

Image

Inilah rupa bis tersebut. Sebenarnya ia adalah sebuah van yang digunakan untuk membawa penumpang dan hampir apa sahaja yang boleh dibawa/diikat didalam/atas van. Untuk perjalanan ini. kami cuma dikenakan bayaran hanyalah sebanyak 150,000 IR. Bis memulakan perjalanan dengan hanya kami berdua sebagai penumpang. Sesekali bis ini akan berhenti untuk mengambil penumpang dan mereka juga bertindak sebagai courier service. Saya perhatikan, ada yang mengirim wang dan ada yang mengirim untuk membeli barang. Manakala penumpang pula ada yang naik dan turun ditempat yang berhampiran dan ada yang agak jauh juga tapi hanya kami yang menaiki bis ini sehingga ke Tanjung Balai.

Image

Image

Image

Pemandu kami adalah orang Batak. Bila bertutur dengan orang tempatan dan cara mereka berpakaian menybabkan saya merasakan seperti di negara-negara amerika latin pula! lagu-lagu yang dipasang sepanjang perjalanan juga adalah lagu-lagu batak. Sedap-sedap juga lagu-lagu mereka apatah lagi suara penyanyi batak itu.

Siborongborong

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Siborongborong adalah pekan kecil yang agak sibuk. Penuh dengan aktiviti perniagaan borong seperti sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Amat sesuai dengan namanya. Ia juga terkenal dengan hasil kopi yang dipanggil sebagai Kopi Ateng. Kopi ini juga dibeli oleh Starbuck rangkaian kedai kopi dari Amerika Syarikat. Benih kopi ini berasal dari kopi Aceh yang memang sudah terkenal.

Balige

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Balige pula sebuah pekan kecil yang tidak kurang juga sibuknya. Ianya sebuah pekan yang menjadi laluan utama ke Parapat – Siborongborong dan sebaliknya. Kerosakan jalan mengakibatkan ‘macet’ hampir sejam lamanya. Nasib baik cuaca disini masih sejuk (masih tanah tinggi) maka tak terasalah sangat terkandas di jalan.

Balige juga merupakan tempat dimana terdapatnya makam Singsingamangaraja XII. Kisah mengenai raja ini telah pun saya ceritakan dalam entry saya sebelum ini. Tetapi memandangkan kami menaiki kenderaan angkut, maka terpaksalah saya melupakan hajat untuk melawat makam tersebut.

Porsea

Image

Image

Image

Image

Atas pemerhatian saya, di setiap pekan-pekan yang mereka lalui, mereka perlu membuat bayaran sebanyak 2,000 IR kepada anggota beruniform dibawah khemah seperti gambar diatas. Mereka memakai vest yang tertulis Dis Hub. Kemudiannya saya dapat tahu Dis Hub itu adalah singkatan kepada Dinas Hubungan yg berfungsi seperti JPJ di Malaysia.

Di Porsea ini terletak pula tugu peringatan Putri Lopian, anak Singsingamangaraja XII yang mati terbunuh semasa peperangan dengan Belanda. Kerana darahnyalah kekebalan Singsingamangaraja telah hilang lalu mati ditembak oleh tentera Belanda. Putri Lopian telah berjuang bersama-sama panglima Acheh menentang penaklukan Belanda. Mayat Singsingamangaraja telah dibawa ke Balige manakala Putri Lopian bersama mayat-mayat pejuang Acheh terus dikuburkan di tempat mereka gugur. Semasa matinya, umur beliau hanyalah 17 tahun.

Image

Image

Sepanjang perjalanan sempatlah kami membeli sedikit makanan ringan yang banyak dijual dikawasan ini. Antaranya ialah kacang tanah dari Tapanuli, sebuah kawasan pertanian di Dolok Sanggul dan juga keropok kulit kerbau. Dimana-mana pun keropok ini dijual sehinggakan didalam feri pun ada. Memang sedap dan asyik memakannya!

Selepas itu perjalan menjadi begitu membosankan kerana kami sudah pun melaluinya menggunakan basikal.

Akhirnya kami sampai di Tanung Balai pada jam 5.00 petang waktu tempatan. Kami sebelum itu telah pun menghubungi kawan Wak iaitu Indra untuk maklumkan kepadanya yang kami akan sampai di Tanjung Balai pada petang tersebut. Sebaik saja sampai di stesen terakhir, kami terus berkayuh kerumah Indra. Disebabkan saya masih ingat jalan menuju kerumahnya, maka tidak perlulah menunggu Indra untuk menjemput kami.

Image

Ini adalah rumah Indra. Didalam gambar ini adalah isterinya bersama anak. Perasaan saya bercampur baur masa ini. Rasa syukur kerana telah menamatkan kayuhan tetapi dalam masa yang sama kerana terkilan tidak dapat membuat “full loop” untuk kayuhan ini.

Tetapi semasa entry ini dibuat, saya rasa kami telah membuat keputusan yang tepat kerana baru-baru ini telah terbaca mengenai daerah-daerah rawan di Sumatra yang ditulis oleh rakan-rakan basikal Indonesia. Kawasan dimana kurang penduduk termasuk ladang-ladang getah dan kelapa sawit adalah tempat selalunya berlaku jenayah-jenayah rompak. Alhamdulillah, sepanjang kayuhan kami selama 8 hari, tidak sekali pun terjadi kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Advertisements

4 responses to “Kayuhan Danau Toba – Day 8 (18 Dec 2012) : Dolok Sanggul – Porsea – Pematang Siantar – Tanjung Balai (Kenderaan Angkut)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s