Pemuzik jalanan / Pengamen jalanan / Seniman jalanan

Pengamen jalanan sememangnya sinonim dengan Indonesia. Kita boleh lihat mereka dimana-mana sahaja bersama alat-alat muzik yang minimal didalam kenderaan awam, di jalan raya, stesen, kedai-kedai makan atau hampir dimana sahaja tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ada diantara mereka yang benar-benar cintakan seni muzik bebas dan ada juga yang melakukan demi sesuap nasi.

Kebanyakan mereka ternyata memang berbakat dan menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Lagu-lagu mereka merupakan luahan perasaan mengenai kehidupan, kemanusiaan dan ada kalanya juga ketidak puas hatian terhadap pemerintah.

Terdapat juga anak-anak jalanan ini yang bergabung dan mempunyai persatuan mereka sendiri dan cuba memberikan khdimat sosial dalam masyarakat dan tidak kurang juga yang melakukan jenayah jalanan seperti memaksa pendengar membayar persembahan mereka dan ada juga yang hadir berkali-kali ditempat yang sama dan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Apa-apapun bagi saya muzik-muzik yang dihasilkan oleh mereka amat original dan bermutu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s