Kayuhan Danau Toba – Day 9 (19 Dec 2012) : Batu Bara

Kayuhan kami telah tamat tapi pengembaraan kami akan diteruskan sebelum pulang ke tanah air keesokan harinya. Kami mengambil kesempatan untuk bangun lewat dan bersantai sahaja dirumah Indra. Seperti biasa, ibu Indra sudah mula sibuk menguruskan cucu-cucunya ke sekolah. Beliau berumur lewat 50-an. Bersusuk kecil tapi tidak duduk diam. Kesal rasanya tidak mengambil gambar beliau. Tutur katanya lembut dan amat menyayangi anak, menantu dan cucu-cucunya. Setelah menghantar cucu kesekolah, beliau telah membelikan sarapan pagi untuk kami.

Seperti biasa, orang Tanjung Balai gemar makan nasi diwaktu pagi. Nasi Uduk pun sudah ada seawal jam 8.00 pagi waktu tempatan. Sambil bersarapan, kami emmbincangkan aktiviti yang akan kami lakukan pada hari tersebut. Indra telah menghubungi sepupunya di Batu Bara yang bernama Aswad yang memang telah lama Wak kenali. Beliau merasa amat teruja dan akan menanti kedatangan kami di Pantai Bunga, Batu Bara untuk menikmai udang dan ketam segar. Tapi sebelum itu kami ingin pergi kesatu tempat dimana Indra berniaga.

Kami menaiki beca sementara Indra pula menaiki motor untuk ketempat tersebut. Tempat itu merupakan pusat jualan pakaian terpakai yang terbesar di Tanjung Balai. Jika di Malaysia, kita sebut sebagai pakaian bundle, disana pula disebut sebagai ‘moja”. Ada juga yang menyebutnya sebagai “pakaian bekas” atau dikalangan masyarakat Jawa disebut sebagai “rombengan” dengan singkatan glamornya “pakaian rom”.

Image

Beca basikal

Image

Beca motor kami melalui gerai buah-buahan di Kota Tanjung Balai

Image

Pam angin distesyen minyak

ImageImage

Pada tahun sebelumnya, kemasukan pakaian terpakai ke Indonesia adalah dilarang walaupun mempunyai permintaan yang tinggi dari masyarakat mereka. Ini adalah bertujuan untuk melindungi perusahaan pakaian keluaran tempatan. Oleh kerana itu kerap terjadinya penyeludupan dari Malaysia seperti yang dilaporkan di sini.

Tetapi mulai pertengahan tahun 2012, pengimportan masuknya dibenarkan. Semenjak itu, perniagaan ‘moja’ amat berkembang di Tanjung Balai Asahan ini. Sebuah pasar besar disediakan. Saya kira ianya lebih besar dari pasar pakaian terpakai di Klong hea, Thailand.

Image

Memilih pakaian terpakai di pasar moja

Image

Levi’s jeans

Pemilik kedai ini menyediakan perkhidmatan membaik pulih pakaian terpakai. Menurut Indra, dia pernah bekerja di Malaysia dan sekarang hanya menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap perniagaan ini. Boleh dilihat hasil jahitannya amat kemas dan berkualiti. Beliau juga menggemari basikal klasik dan memiliki sebuah basikal Raleigh single speed. Beliau menunggangnya setiap hari dari rumah ke pasar moja ini.

Image

Raleigh vintage bike

Image

Kami telah sampai ke pasar moja ini awal dari waktu biasa ianya mula beroperasi. Banyak kedai masih tutup kerana pelanggan hanya akan datang sekitar jam 11.00 – 12.00 waktu tempatan. Barang-barang yang dijual agak menarik dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang meminati pakaian terpakai pasti akan berkampung disini!

Image

Pada sebelah petangnya, kami berangkat ke Batu Bara menaiki kereta kawan baik isteri Indra. Perjalanan ke Batu Bara adalah melalui jalan yang telah kami lalui dengan berbasikal tempoh hari. Perjalanan dengan kereta dirasakan amat berbeza. Panjang dan membosankan! Ketibaan kami disambut oleh Aswad. Jalan rayanya agak teruk tetapi terdapat sebuah bandar yang padat penduduk sekitar 20km dari jalan Aliran Lintas Sumatera (ALS). Walaupun ia merupakan antara kota terawal dibangunkan, tapi ianya masih kelihatan mundur dan pembangunan adalah tidak teratur.

ImageImage

Mereka juga pakar membuat sampan. Saya kurang mengambil gambar disini kerana merasa sedikit agak bimbang dengan penerimaan orang tempatan untuk diphoto dari atas kenderaan. Mereka kelihatan kurang senang apabila dihalakan kemera kearah mereka. Entah kenapa, hati saya merasa bimbang.

ImageImageImageImage

Image

Pondok-pondok seperti ini disediakan oleh pengusaha dan boleh disewa oleh pengunjung

Pantai Bunga ini pada satu ketika dahulu amat cantik dan putih bersih dan ditimbuni “quartz” sehingga silau mata memandang dikala matahari tegak diatas kepala. Tetapi malangnya, pihak kerajaan telah mengizinkan syarikat Jepun melombong pasir pantai disini selama 30 tahun sehingga berlakunya hakisan teruk. Butir-butir quartz masih boleh dilihat dikawasan ini. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya.ImageImage

Aswad disebelah kiri berbaju merah kotak-kotak. Beliau pernah tinggal lama di Malaysia. Beliau bersama tiga lelaki disebelahnya adalah anak jati Batu Bara. Lelaki berkemeja coklat dan t-shirt hitam putih itu mengaku sebagai keturunan Datuk atau Raja Lima Laras. Manakala lelaki yang memakai vest merupakan pengkaji sejarah Batu Bara dan sering berulang alik ke Singapura, Pulau Pinang dan Perak atas jemputan keturunan Datuk Jannatun. Datuk Jannatun berasal dari Sumatera Barat dan telah berhijrah ke Pulau Pinang pada tahun 1749.

Fakta menarik tentang Datuk Jannatun boleh dilihat disini. Ternyata yang membuka Pulau Pinang bukanlah Francis Light seperti yang terdapat didalam buku teks sekolah kita! Agaknya berapa banyakkah sejarah kita yang telah diubah untuk menaikkan nama-nama penjajah ini dan dianggap wira?? Sekiranya saya tidak ber’touring” dan bergaul dengan masyarakat tempatan, tidak mungkin saya akan tahu mengenai Datuk Jannatun. Maka bertouring lah dengan mata dan hati yang terbuka dan terimalah kebenaran walaupun pahit.

Batu Bara adalah merupakan ibu kota Limapuluh dengan majoriti penduduknya 43% Jawa (bukan keturunan asal tapi kaum mendatang dari Tanah Jawa), Melayu dan suku Batak Mandailing. Pada abad ke 18 ianya merupakan pengkalan perdagangan utama kerajaan Minangkabau dengan Tanah Melayu dan Singapura. Batu bara merupakan koloni dagang orang-orang Minang dipesisir Sumatera. Terdapat 5 suku (clan) asli iaitu Lima Laras, Tanah Datar, Pesisir, Limapuluh dan Boga. Kerajaan Siak dan Johor telah melantik seorang Datuk (pemerintah berkapisiti seperti sultan) secara giliran dari setiap keturunan suku tersebut.

Setelah makan, kami melawat “Meriam Beranak” yang berada berdekatan dengan Pantai Bunga ini. Meriam tersebut dikatakan pernah melahirkan sepasang anak (?), Dimana anak itu? tiada siapa yang tahu.

Image

Image

Pemuda ini adalah penduduk tempatan Batu Bara. Beliau telah bercerita sedikit sebanyak mengenai meriam ini. Menurutnya, ramai orang datang kesini untuk meminta hajat. Caranya ialah dengan mandi bunga sambil duduk diantara meriam seperti gambar diatas. Menurutnya juga, meriam ini akan meletup dengan sendirinya sebelum sesuatu malapetaka menimpa Batu bara seperti yang terjadi pada tahun 1970 dimana kebakaran besar di bandar Batu Bara yang mengakibatkan banyak korban nyawa.

Selepas itu, kami terus menuju ke sebuah istana Melayu lama yang dikatakan masih wujud di Kampung Lima Laras. Sesampainya sahaja kami disana, saya merasa amat kagum dengan seni binanya. Tanpa melengahkan masa, saya dan Wak terus mengambil gambar sekitar kawasan Istana.

Rupa-rupanya kehadiran kami tidak disenangi oleh beberapa orang penduduk (dipercayai keturunan Datuk Matyoeda yg membina istana ini) yang sedang berjudi salah sebuah anjung istana tersebut. Sebaik sahaja mendapat tahu yang kami dari Malaysia, sebahagian dari mereka melaungkan “babi Malaysia! babi Malaysia!”. Saya rasa ini berkait rapat dengan kejadian penyokong Malaysia yang melaungkan “Anjing! Anjing!” kepada pemain bola sepak Indonesia. Pada saat ini saya sudah mula bimbang. Tetapi disebabkan saya datang bersama-sama orang Batu Bara sendiri, saya merasa agak selamat. Salah seorang lelaki tua disitu mengherdik Wak “kamu hanya mahu mencari untung dengan mengambil photo istana ini!”. Walau bagaimana pun, kami masih terus mengambil beberapa photo lagi sebelum pulang. Agak terkilan kerana kalau boleh, kami ingin menemubual keturunan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai istana ini.

Image

ImageImageImageImageImageImageImageImage

Oleh kerana tidak dapat menebual sendiri penduduk tempatan, maka terpaksalah saya bergantung pada maklumat yang terdapat di internet. Istana ini dibina oleh Datuk Matyoeda pada tahun 1912. Pada ketika itu beliau merupakan Raja Lima Laras XII. Sejarah mengenai istana ini dapat dibaca disini. Ada juga website atau blog-blog yang mengatakan bahawa tukang-tukang istana dibawa dari Pulau Pinang (tukang melayu) dan China. Seni ketukangan Melayu dan Cina dapat dilihat dengan jelas pada bangunan istana ini.

Image

Gambar diatas ini diambil dari sebuah portal akbar Berita Daerah. Lelaki tua didalam gambar inilah yang mengherdik Wak. Rupanya beliau adalah Datuk Azminsyah merupakan cucu kepada Datuk Matyoeda (kiranya keturunan raja lah!). Dari hasil pencarian saya diinternet, patutlah beliau bersikap agresif kepada kami. Mungkin beliau telah bosan dengan orang-orang yang datang dan pergi tetapi sehingga sekarang tiada bantuan yang sampai kepada mereka untuk memulihkan istana ini.

Saya amat berharap ada pihak yang dapat bertindak dengan segera memelihara istana ini sebelum ianya hilang seperti apa yang terjadi kepada istana di Tanjung Balai seperti yang diceritakan di blog ini.

Hasil dari perjalanan ini, saya merasa amat kecewa kerana tamadun Melayu amat kurang diambil perhatian dan tidak dipelihara. Seolah-olah Melayu tiada sumbangan atau kegemilangan yang dapat dibanggakan. Cuba-cubalah kita renungkan. Betullah kata Winston Churchill : “History is written by the victors … There are a terrible lot of lies going about the world, and the worst of it is that half of them are true.”

____________________________END________________________________

Untuk cerita kayuhan pada hari-hari sebelumnya sila klik pautan dibawah:-

Day 1 : Pelabuhan Klang – Teluk Nibong – Kota Tanjung Balai

Day 2 : Kota Tanjung Balai – Pematang Kerasaan

Day 3 : Pematang Kerasaan – Pematang Siantar

Day 4 : Pematang Siantar – Parapat

Day 5 : Pulau Samosir

Day 6 : Tuktuk – Pangururan

Day 7 : Pangururan – Tele – Dolok Sangggul

Day 8 : Dolok Sanggul – Kota Tanjung Balai (menaiki kenderaan angkut melalui Siborong Borong – Porsea – Parapat – Pematang Siantar – Limapuluh)

2 responses to “Kayuhan Danau Toba – Day 9 (19 Dec 2012) : Batu Bara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s