Bagaimanakah semuanya bermula? (Aktiviti kembara berbasikal)

Saya dan Wak mula aktif bermotor sekitar tahun 1992. Mula-mula bergerak secara sendirian dan kemudiannya mula mengikuti kumpulan-kumpulan bermotorsikal yang aktif sekitar waktu itu. Pada masa itu tidak banyak motor berkuasa tinggi berada diatas jalan raya disebabkan harganya pada ketika itu terlampau tinggi dan kurangnya kedai-kedai yang mengimport masuk motorsikal baru. Kebanyakan kami hanya membeli motorsikal terpakai dengan pinjaman dari kedai sendiri. Untuk membeli motorsikal baru dengan loan bank, anda mestilah mempunyai sumber pendapatan yang benar-benar kukuh.

Pada ketika itu, bikers semua memang rapat sesama sendiri dan “brotherhood” memang kuat. Lama kelamaan bila semakin ramai bikers semakin ramai pula yang mula mementingkan diri dan berebut kuasa didalam kelab-kelab, saya dan Wak membuat keputusan untuk berhenti seketika bermain motor (tahun 2007). Tetapi mungkin sudah sebati dalam jiwa ini yang suka mengembara, kami mula bermain motorsikal semula pada tahun 2009. Kami hanya megembara dengan kumpulan-kumpulan kecil dan tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Pada tahun 2011, saya dan 3 rakan lain telah merancang untuk menjelajah Laos. Untuk tujuan ini, saya dan Wak memikirkan cara yang sesuai untuk kami membina stamina dan ketahanan mental untuk mengharungi kembara sejauh 7,000km (termasuk dirt trail). Saya dan Wak pada ketika itu memang telah lama berminat untuk berbasikal. Melihat kepada betapa aktifnya abang Acid Mustafa (dari MBC) berbasikal telah membakar lagi semangat kami. Tetapi kami masih tercari-cari basikal apakah yang sesuai untuk kami dan sejauh mana seriusnya kami terhadap aktiviti ini. Bimbang juga akan jadi sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Di kawasan perumahan kami, ada jiran-jiran yang aktif berbasikal tetapi mereka lebih cenderung kepada MTB atau Road Bike. Semua ini tiada dalam jiwa saya yang memang sukakan “journey”. Kami menetapkan untuk memilih “touring” dan mula mencari basikal yang sesuai. Kami hanya menggunakannya disekitar kawasan perumahan dan kampung-kampung yang berdekatan. Dalam masa yang sama, saya mula berkenalan dengan saudara Azizan Zolkipli yang saya kenali dari FB Group OGKL. Melihat dari album-album FB beliau, dapat saya rasakan ada kesesuaian antara kami untuk cuba berkembara bersama-sama.

Dengan alasan untuk mempertingkatkan stamina untuk kembara bermotor ke Laos, saya pun mengajak Azizan untuk bersama-sama mengikut kami untuk menjelajah Jalan Keretapi Lama. jalan-jalan pesisir pantai ke Sekinchan dan Ban Canal di Tanjung Karang. Kami berasa amat berbesar hati bila beliau sudi menerima pelawaan kami.

Kisah penjelajahan ini telah mula beliau masukkan didalam blog beliau. Untuk mengikuti ceritanya bolehlah berkunjung ke blog beliau di Ceritera Touring.

Kembara 2 hari 1 malam ini merupakan detik permulaan minat kami dalam kembara berbasikal. Kita perlu mengambil langkah yang pertama untuk memulakannya. Jangan hanya membaca kisah kembara orang lain dan terlalu banyak memberikan alasan untuk tidak memulakannya. Jadikanlah kisah kembara orang lain itu satu kenyataan untuk diri kita.

Saya akan biarkan Azizan terus bercerita mengenai kembara ini. Saya hanya akan meletakkan gambar-gambar kembara tersebut dientry ini. Ianya merupakan “jumpstart” bagi kami dan pengalaman pertama yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih Azizan kerana sudi menjadi ‘cycling buddy” kami yang pertama!

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

*Kredit kepada Azizan Zolkipli untuk gambar-gambar yang mempunyai “watermark” nama beliau.

Advertisements

4 responses to “Bagaimanakah semuanya bermula? (Aktiviti kembara berbasikal)

  1. ija zahri,

    Azizan Zolkepli ada lah nama besar dalam dunia kembara dan berbasikal..tanah air kini.
    Saya mula perasan nama beliau di site Multiply 4~5 tahun lepas..

    Anyway gambar yang jadi header blog puan ini adalah terbaik.
    Saya hanye lah seorang pemerhati..

    • yup. memang nama besar dalam aktiviti luar seperti backpacking, panjat gunung dan kembara berbasikal. Header blog tu hanya menggunakan tab tapi diambil oleh Azizan yang saya kira seorang photog yg hebat tak kira apa jenis camera pun yg beliau guna. saya banyak belajar darinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s