Sejarah Sistem Keretapi Tanah Melayu

Image

Menjejaki Jalan Keretapi Lama

Image

Menjejaki jalan keretapi lama Teluk Intan

Apabila terbaca “ride report” dari salah seorang rakan touring Facebook – Wan Mohd Faiz mengenai kayuhan “Jejak Warisan” dimana beliau cuba menjejaki sejarah keretapi lama di Kuala Lumpur, saya teringat semula kepada 2 kayuhan kami sebelum ini iaitu yang pertama bersama saudara Azizan Zolkipli dan yang keduanya secara berdua sahaja bersama Wak menjejaki jalan keretapi lama Teluk Intan. Boleh baca ride report beliau disini  Kayuhan Jejak Warisan. Tapi untuk membacanya anda harus log-in ke Facebook. Saya telah meminta beliau untuk meletakkan status perkongsian sebagai “public” untuk membolehkan bukan rakannya membaca report yang menarik ini. Untuk membaca entry saya mengenai penjelajahan jalan keretapi lama Telu Intan boleh klik pautan ini – Pencarian FMSR di Telok Intan.

Saudara Azizan juga pernah menjejaki Jalan keretapi lama Taiping. Boleh lihat gambar-gambarnya di Multiply beliau. Sila klik disini.

Sebenarnya aktiviti touring menjejaki sejarah ini memang sangat menyeronokkan. Kadang-kadang terasa seperti penyiasat persendirian pula. Untuk mendapat maklumat selain dari apa yang terdapat di website, adalah juga lebih seronok sekiranya kita bertanya kepada masyarakat tempatan.

Ada diantara jalan/sistem keretapi ini masih wujud seperti peninggalan batu tanda, landasan, pagar keselamatan, stesen dan jambatan, tapi sayangnya ada juga yang telah tiada kesan peninggalan sama sekali seperti Jalan Keretapi Lama. Yang tinggal hanyalah nama jalan. Tapi saya masih belum menjejakinya sepenuhnya kerana saya masih belum ke Connaught Bridge, Klang. Harap-harap saya akan berpeluang untuk menjengahnya satu hari nanti. Saya juga berharap ada rakan-rakan touring lain yang berminat untuk menjejakinya dan berkongsi cerita/gambar dengan kami.

Saya, Wak dan Azizan juga sedang merancang untuk menjejaki sendiri Stesen Keretapi Port Weld dalam episod akan datang. Berjayakah kami dalam misi kami untuk membongkar sejarah dan menemui sekurang-kurangnya satu jalur landasan? Kita nantikan.

Sebenarnya masih banyak lagi rangkaian jalan-jalan keretapi seperti di Port Dickson, Melaka & Johor. tetapi malangnya, sejarah ini seakan-akan dilupakan dan tidak dipulihara.

Bagi yang ingin mengadakan penjelajahan sendiri bolehlah merujuk kepada pautan-pautan tersebut:-

FMSR Line Connaught Bridge Junction – Jeram – Kuala Selangor

FMSR Line Taiping – Port Weld

History of FMSR

Advertisements

4 responses to “Sejarah Sistem Keretapi Tanah Melayu

  1. ija zahri,
    Aktiviti kembara sudah menjadi sesuatu yang ilmiah. Selamat Maju Jaya dalam kayuhan dan penerokaan yang akan datang.

    Harap dapat membaca segala penemuan baru jika ada dalam journal puan itu nanti.

    • theolrascal,
      terima kasih kerana sudi membaca entry -entry saya. Setiap perjalanan, jelajah dan pencarian saya pasti akan saya ceritakan untuk dikongsi bersama 🙂

  2. syhahdu rasenye bila tgk jambatan lama sg.bidor tu…dulu pakai kayu je lantainye…skang dh tar dah…mase kecik2 dulu rajin jgk manceng kat atas jmbatan tu…mula2 gayat jgk..tp lame2 siap bejoget lagi ngan member2..(ishh..dh mcm blog aku plk…komen panjang2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s