Riding Buddy/Companian

Tak pasti apakah perkataan bahasa Malaysia yang sesuai untuk “riding buddy/companian”. Saya akan gunakan ringkasan RB (Riding Buddy) untuk memudahkan sebutan. Bagi saya bukan mudah untuk mencari RB baik dalam berbasikal mahupun bermotorsikal. Kesefahaman dan semangat setia kawan yang tinggi amat penting untuk menjadi RB. Kawan berbasikal/motorsikal memang ramai terutamanya untuk aktiviti yang mungkin hanya memakan masa 2 atau 3 hari. Kebiasaannya semua orang akan tunjuk belang or “show their true colours” selepas masuk hari ke 4 atau bila keadaan menjadi sukar dan bermasaalah.

Saya merasakan diri ini amat beruntung (Alhamdulillah) kerana mempunyai RB (basikal & motorsikal) iaitu suami saya sendiri, Abdul Rahim Mahmudin (Wak). Kami lebih memahami sifat masing-masing dan sentiasa menerima kelemahan dan mempergunakan kekuatan masing-masing. Susah senang bersama dan akan memberikan semangat dan perangsang dalam setiap jelajah yang kami lakukan.

Kami juga pernah melalui saat sukar apabila saya telah silap memilih rakan/team untuk satu jelajah yang kami buat sejauh 7000km selama 15 hari iaitu Malaysia-Thailand-Laos-Thailand-Malaysia. Berempat kami hanya hubungan baik kami hanya bertahan selama 5 hari. Masuk hari ke 6 ketegangan mula berlaku. Tapi kami amat bernasib baik mempunyai seorang RB – Meor Zahrin yang setia bersama kami sehingga ke akhir penjelajahan apabila salah seorang rakan yang menjadi leader/pilot telah meninggalkan kami. Sehingga kesaat ini saya masih merasa amat berterima kasih kepada beliau.

Sukar sebenarnya untuk mempunyai RB lebih-lebih lagi dalam dunia berbasikal, kerana ia lebih mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan keupayaan untuk “survival”.Kerana itulah ramai pengembara berbasikal bergerak secara solo atau bersama pasangan/keluarga masing-masing. Mempunyai isteri/suami sebagai RB adalah satu bonus.

Saya berharap dan sentiasa berdoa akan dapat berkembara bersama RB saya sampai kemana-mana, sampai bila-bila selagi badan ini terdaya! Sudahkah anda mempunyai RB atau masih tercari-cari?

Image

Bersama my RB di tepi Sungai Mekongdi Thailand

Image

Kenangan terindah di Plain of Jars. Gambar kredit kepada Meor Zahrin

Image

Di Luang Prabang. Gambar kredit kepada Meor Zahrin

Image

Meor Zahrin di Sungai Mekong, Luang Prabang

Image

Memasak di bus stop diantara perjalanan dari Chiang Mai ke Hua Hin (1000km)

Tak banyak gambar saya dan Wak berdua sebenarnya sbb kami selalu pergi berdua sahaja dan jarang terfikir untuk mengambil gambar berdua. Lain kali saya akan cuba untuk mengambil gambar berdua setiap kali keluar bertouring.

Advertisements

2 responses to “Riding Buddy/Companian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s