Pengalaman yang tak dapat dilupakan (ketika bertouring)

Didalam setiap penjelajahan kita, ada sahaja perkara yang mampu membuat kita tersenyum ataupun mengalir air mata. Antara pengalaman yang tak dapat saya dilupakan:-

Image

Bermesra dengan orang tempatan Laos. Tak pasti suku apa. Dibelakang rumah ini ialah sawah padi yg terbentang luas sehingga ke kaki bukit. Mereka senang menganyam dinding rumah dari buluh. Rumah mereka tiada lantai simen, hanyalah tanah. Bayi yang saya dukung itu terlalu kurus dan ringan seperti seperti kekurangan zat makanan.

Image

Mengambil gambar disebuah pondok yang terletak di tengah sawah di Laos. Musim kering yang sejuk. Nyaris jatuh tergolek untuk “posing” disini

Image

Jatuh 2 kali di dirt trail Luang Prabang – Hongsa – Nam Ngeun. Jalan terlalu berdebu halus. Dari hujung tudung sampai ke hujung boot bertanah merah!

Image

Semasa berkayuh disekitar Tanjung Karang, saya diikuti oleh anak istimewa ini. Terus dia memanjat carrier belakang dan berharap saya membawanya berkeliling. Tapi malangnya dia tidak pandai menjaga kaki, bimbang termasuk didalam jari-jari basikal, saya hanya biarkan dia duduk sehingga dipanggil oleh ibunya

Image

Sebuah keluarga berbangsa Jawa di Indonesia menerima kami bermalam dirumahnya. Hanya mengenali Didik (berbaju petak-petak) selama beberapa jam di atas feri, beliau telah sudi mengundang kami menginap dirumahnya. Suasana rumahnya disebuah kampung pendalaman tidak akan saya lupakan.

Masih terngiang-ngiang jeritan “Sabaidee” dari kanak-kanak Laos dan “Horas!” dari kanak-kanak Batak Toba. Merekalah penghibur kami disepanjang perjalanan.

Pengalaman pahit pula, bila berlaku salah faham diantara rakan touring semasa berada di Laos sehingga menyebabkan kumpulan kami berpecah, tapi semuanya berakhir dengan baik untuk saya. Tidak banyak sebenarnya pengalaman pahit yang saya lalui. Mungkin kerana saya benar-benar “enjoy” setiap trip saya?

Advertisements

6 responses to “Pengalaman yang tak dapat dilupakan (ketika bertouring)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s