Tasik Chiew Larn di Surat Thani, Thailand (9 – 10 Feb 2013)

Setelah lama tidak berkembara bermotorsikal, kali ini kami mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang untuk menjelajah sebuah taman negara di Thailand, iaitu Khao Sok National Park yang terletak di Surat Thani, Thailand. Tapi malangnya atas seba-sebab kesilapan teknikal (i am guilty as well), kami hanya sempat menjelajah salah satu tarikan utama disitu iaitu Chiew Larn Lake.

Tasik ini terhasil dari pembinaan empangan yang dinamakan Rathcaparapha Dam. Beberapa perkampungan telah ditenggelamkan termasuklah perkampungan komunis. Thailand yang memang bijak didalam mebangaunkan industri pelancongan mereka telah menjadikan kawasan ini sebagai sebuah kawasan percutian. Ianya amat popular dikalangan pelancong tempatan dan juga pelancong luar. Apabila perkampungan ini ditenggelamkan, penduduk telah dipindahkan ke awasan berhampiran dan mereka telah diberikan hak untuk mengusahakan kawasan ini sbg tempat pelancongan. Penduduk telah menubuhkan komuniti yang bersatu menguruskan kawasan ini, darilah tempat penginapan hingga ke boat/pengangkutan. Berbeza di Malaysia, kita lebih suka menswastakan atau kopratkannya. Bukan itu saja malah dijual kepada orang asing. Contohnya, Kinabalu Park diuruskan oleh sebuah syarikat dari Singapura. Mengapa kita tidak boleh di negara Malaysia Bolehland ini?

Di bawah adalah pemandangan sekitar Ratchapharapha Dam. Mereka sedang sibuk mengadakan persiapan untuk menerima lawatan kerja Puteri Thai. Sambutan sederhana sahaja, cuma kelihatan bendera-bendera dipasang disetiap jalan yang akan dilalui oleh beliau. Tempat duduk beliau juga biasa-biasa sahaja dan bila ditanya kepada penduduk disitu kenapa Puteri datang, mereka akan cakap “She come to WORK”. Bekerja untuk rakyat sedangkan beliau bukan ahli politik pun.

 ImageImageImageImageImageImage
ImageImage

Sebelum menaiki boat untuk ke Tasik Chiew Larn tersebut, kami sempat membeli sedikit bahan-bahan untuk memasak dan ikan air tawar untuk makan malam kami. Rumah rakit memang menyediakan makan malam dan sarapan pagi, tapi malangnya makanan tersebut tidak halal. Maka kami mengambil keputusan untuk memasak sendiri. Kami memang sentiasa membawa peralatan memasak ketika mengembara bermotorsikal maupun berbasikal.

Image

Makcik yang peramah, walaupun macam ayam dan itik bercakap dengan beliau, tapi akhirnya dalapt juga segala keperluan asa yang diperlukan seperti minyak masak & garam

Image

Ikan Talapia yang masih hidup. Cuma RM7/kg

Image

Ikan Tongsan yang besar-besar dari tasik

Image

Pekasam?

Image

Frogs anyone? Dikatakan lebih sedap dari ayam.

Sementara menantikan rakan yang lain kami memerhatikan sahaja gelagat-gelagat orang ramai di Pier (jeti) ini. Operator bot dan rumah rakit di sini langsung tidak mengerumuni pelancung apatah lagi sibuk memaksa-maksa pelancung melihat dan mengambil pakej mereka. Mereka biarkan sahaja kita membuat pilihan dan keputusan. Tidak berebut-rebut sesama mereka. Kami berkesempatan berkenalan dengan beberapa ‘bikers’ dari Thailand dan mereka juga telah membantu kami mendapatkan bilik di rumah rakit. Sebenarnya semua bilik telah habis ditempah, tetpai dengan bantuan beliau kami berjaya mendapatkan 2 bilik.

Kami juga telah berkenalan dengans eorang operator bot dan guesthouse, Cik Kwan. Pernah bekerja di KLCC, boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan mempunya pengetahuan yang agak tinggi.Image

ImageImageImageImage

Perjalanan bot mengambil masa selama hampir 2 jam. Terdapat beberapa kelompok rumah rakit disekitar tasik ini. Sebaik sahaja sampai di rumah rakit, memandangkan hari sudah petang, kami mengambl keputusan untuk terus memasak.

Image

Image

Chef Herman sedang menggoreng ikan


Image

Selepas itu mereka berendam dahulu sebelum makan malam!

Image

Image

Pada waktu malam kami dikunjungi oleh ‘bikers’ Thailand yanf berasal dari Chumpon. Walau tidak fasih berbahasa Inggeris, belaiu sedaya upaya cuba berborak dengan kami. Kami amat menghargainya.

Image

Keesokan paginya kami telah bangun awal untuk membuat sarapan pagi dan ingin menaiki bot melawat sekitar tasik dan melawat gua yang menjadi salah satu traikan utama di tasik ini. Untuk sampai ke gua tersebut kami perlu menaiki bot selama 15 minit dan kemudian perlu “hiking’ turun naik bukit sejauh 5km untuk kesebuah lagi tasik dan menaiki rakit buluh panjang (berenjin) untuk ke gua tersebut. Satu pengalaman yang menarik dan pemandangan yang sangat indah.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Sebaik sahaja kami kembali ke rumah rakit, kami terus check-out. Bot yang kami sewa semalam setia menanti untuk membawa kami pulang pada bila-bila masa sahaja. Pengemudi bot biasanya akan tidur dimana-mana rumah rakit yang kita sewa dan setia menanti memenuhi kehendak kita samada untuk dibawa bersiar sekitar tasik (dengan bayaran yg berpatutan) atau kembali ke jeti. Jumlah perbelanjaan kami di sini adalah seperti berikut:-

  1. Tiket taman negara RM20/seorg
  2. Bot pergi dan pulang RM220/bot. Kami berempat bila dibahagi samarata cuma RM55/seorang
  3. Penginapan RM55/seorang. Pada asalnya RM100 tetapi setelah berbincang dengan tuan punya rumah rakit, beliau telah bersetuju untuk mengurangkan bayaran kerana kami tidak mengambil sarapan pagi dan makan malam atas sebab isu halal. RM55 ini termasuk minuman nescafe 3 in 1 secara “free flow” sepanjang anda berada di sini.
  4. Untuk lawatan ke gua, kami dikenakan bayaran sebanyak RM15/seorang

Jumlah perbelanjaan adalah RM145/seorang. Murah bukan?

Bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti di sini, boleh la hubungi ejen-ejen dibawah ini

ImageImage

Terima kasih kepada Herman dan Rizal kerana sudi menemani kami sepanjang penjelajahan kali ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s