Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 1 : Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

Pagi itu kami bangun seawal 6.00 am untuk membuat persiapan terakhir. Pesanan telah diberikan kepada setiap peserta untuk berada di jeti Asa Niaga seawal jam 8.00 pagi. Zamzuri yang memandu terus dari Ipoh jam 2.00 pagi telah mula menghubungi saya beberapa kali untuk memastikan arah jalan.  Sebelum itu Wak telah menghubungi rakannya yang bekerja di Perpustakaan Negeri Selangor di Pelabuhan Kelang Selatan untuk mendapatkan kebenaran untuk  meletakkan kenderaan peserta didalam kawasan berpagar perpustakaan. Kami, Tun dan Zamzuri telah meletakkan kenderaan di sana. Lain-lain peserta telah dihantar oleh ahli keluarga masing-masing.

Sebaik saja sampai ke Jeti yang hanya terletak kira-kira 100m dari perpustakaan tersebut, saya mula mengumpulkan passport para peserta untuk “check-in” untuk mendapatkan boarding pass dan urusan penukaran nama tiket. Jam sudah menunjukkan waktu hampir pukul 8.00 pagi tapi bayang Izura masih tidak kelihatan. Saya telah menelefon beliau dan rupa-rupanya beliau masih di rumah kerana telah mengalami muntah-muntah dan pening kepala. Dalam hati saya berkata “ah sudah…. takkan another last minute cancellation kot!”. Tapi Izura kata, dia akan sampai cuma lewat sikit. Lega hati saya mendengarnya. Beliau sampai setengah jam berikutnya dan semua peserta telah pun berada di jeti tersebut.

Sementara saya menguruskan hal tiket dan bording pass, Wak telah berbincang dengan pegawai Asa Niaga, En Nizam untuk urusan imigresen dan kastam. Hasil dari kerjasama yang baik dari mereka, kami telah dibenarkan untuk ‘check-in’ basikal kami terlebih dahulu sebelum penumpang-penumpang lain. Kami juga telah diberi ‘lane’ istimewa untuk mempercepatkan urusan passport kami di imigresen. Setelah selesai kedua-dua urusan, kami telah dibenarkan untuk mengayuh sendiri basikal diatas jeti sehingglah ke dermaga feri. Kesemua urusan dapat dilakukan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak – Asa Niaga, Kastam dan Imigresen. Amat mudah dan ‘cyclist friendly’.

600318_10151646571923430_221376227_n

Sementara menantikan untuk menaiki feri. Kelihatan dalam gambar Abg Fadil yang terpaksa cancel disaat akhir kerana anak beliau, Khalid mendapat demam denggi. Lain kalilah! hehehe

1000059_10151646572698430_38431771_n

Terima kasih pada Wak Jan yg bersusah payah berkayuh dari Shah Alam dan Kudean yang sentiasa setia menghantar dan menunggu kepulangan kami. Lain kalilah! ikut kami pulak!

602367_10151646570953430_2081758862_n

Basikal-basikal para peserta tersusun rapi.

1005859_10151646571243430_1933543787_n

Dibelakang sana adalah pintu masuk ke Kastam dan Imigresen

9139_10151646572868430_819483477_n

Kami di bahagian Kastam. Hanya beg-beg kami discan. Basikal tidak perlu kerana tak muat nak masukkan dalam scanner

964142_10151558329344865_1661384346_o

Setelah selesai diimbas, kami terus meletakkan semula beg-beg di basikal

971639_10151646573298430_1904972399_n

kemudian terus ke “fast lane” di Imigresen. 2 lanes dibuka untuk kami. Penumpang lain masih belum masuk ke ruangan Kastam dan Imigeresen

980716_10151558329359865_492335479_o

Kami dibenarkan mengayuh terus basikal masing-masing ke jeti

965042_10151558329374865_1120729082_o

Parking sementara tunggu untuk dinaikkan keatas feri

954687_625906727419625_449149901_n

Basikal Atok membawa panji-panji negara

179732_10151646576483430_1912301897_n

pekerja feri sedang mengikat basikal. Kami perlu mebayar sebanyak RM10/basikal untuk kerja2 ini.

964621_10151558329579865_707265494_o

Terikat rapi

Walaupun kami perlu berada di Jeti seawal jam 8.00 pagi, tapi semua proses kastam, imigresen dan barang-barang penumpang hanya selesai sekitar jam 12.00 tengah hari. Feri juga perlu menunggu waktu air pasang yang sesuai untuk berlayar. Pada hari tersebut, feri hanya boleh mula berlayar jam 1.00 tengah hari. Segala urusan seperti menukarkan wang ke Rupiah dan pembelian sim kad telefon boleh dilakukan diatas feri ini.

978015_10151558329499865_2104180555_o

Mak Jutawan

996834_10151646578043430_1293348900_n

Bapak Jutawan – kadar tukaran adalah lebih kurang RM330 untuk setiap Rp1,000,000

943072_10151646575763430_1486708590_n

Walaupun didalam feri, kami akan dibekalkan dengan nasi, tetapi cekodok buatan King jugak yang marvelous!

Kami tiba di Teluk Nibong sekitar jam 5.00 petang waktu Malaysia. Suasana di jeti sangat-sangat “havoc”. Semua penumpang mahu turun dulu, semua penumpang mahu passport mereka dicop dahulu dan semua penumpang mahu barang-barang mereka diimbas oleh kastam dahulu! Kami terpaksa bertolak-tolak dan mula “act as local”! Kami perlu selesaikan urusan secepat yang mungkin kerana kami tahu perjalanan kami masih jauh. Sejam juga masa diambil untuk selesaikan  semua urusan.

Sebaik sahaja keluar dari kompleks jeti tersebut, saya dan Wak tercari-cari rakan kami di Indonesia iaitu Indra yang telah kami hubungi untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan ke Tele. Mengikut perancangan asal, beliau akan mendapatkan 2 buah kenderaan van besar atau dikenali sebagai ‘bis’ untuk membawa kami ke Tele. Didalam telefon, semuanya beres dan caj yang dikenakan katanya Rp1,000,000 utk sebuah kenderaan. Tetapi sebaik sahaja sampai di sana, hanya sebuah bis yang disediakan dan dengan yakinnya mengatakan bis tersebut mampu membawa kami seramai 13 orang dan 13 basikal! Harga pun sudah menjadi lain. Kini Rp1,100,000 utk ke Dolok Sanggul (terletak kira-kira 40km sebelum Tele). Bila saya minta sehingga ke Tele, mereka minta tambahan Rp1,000,000 lagi! Tiada pilihan, kami terpaksa bersetuju dan pemandu hanya mengurangkan jumlah bayaran kepada Rp2,050,000.

Dengan hati separuh rela, kami melihat basikal-basikal kesayangan kami di letakkan diatas bis secara bertindih. Kami pula terpaksa duduk berhimpit-himpit macam sardine didalam bis tersebut. Baru bis hendak bergerak, ada pula yang meminta wang parking! Dalam hati saya menjerit – what parking?? sepatutnya mintalah pada pemandu bis bukan! Tapi memandangkan kami ditempat orang, tanpa basa basi, terpaksalah saya membayar Rp50,000.

Jalan yang dilalui juga amat teruk, setiap kali bis terhentak kuat, jantung kami bagaikan mahu tercabut mengenangkan nasib basikal kami. Itulah yang perlu kami hadapi untuk mengembara ke negara seperti Indonesia. Perjalanan terasa amat jauh. masing-masing senyap melayani perasaan masing-masing. Didalam kegelapan dapat saya pastikan laluan yang diambil untuk ke Tele adalah Tg Balai – Mandoge – Parapat – Si Borong Borong – Tele. Walaupun jalan Mandoge rosak teruk, mereka terpaksa memilih laluan ini kerana terdapatnya tanah longsor (tanah runtuh) di jalan utama di Jalan Perdagangan dan Parapat. Sebaik sahaja tiba di Tele, setelah selesai menurunkan semua basikal, pemandu meminta wang rokok pula! Letih untuk melayan kerenah mereka, saya membayar sahaja wang yang diminta iaitu Rp100,000.

296098_10151646579318430_226874949_n

Suasana di Teluk Nibong. Setiap kapal nelayan mebawa bendera pelbagai warna. Mungkin sebagai panji-panji mereka

5407_10151646579688430_329098478_n

Inilah jeti penumpang Tanjung Balai, Asahan

967128_10151558329729865_1528159132_o

Setelah selesai urusan kastam dan imigresen

981831_10151558330004865_593155060_o

Aduh! Setiap kali bis melanggar lubang, kami mengaduh! kalau boleh biarlah basikal duduk dalam van, dan biar kami yang duduk diatas bumbung bis!

994796_10151646582853430_1066417827_n

Compressed! Macam sandwich kata King.

1003443_10151646583848430_502401768_n

Kami pula macam sardine!! kelihatan disebelah kiri adalah kelendan. Dia terpaksa duduk di tingkap kerana telah tiada ruang.

970748_10151646583928430_1003498858_n

Kami berhenti makan disini – Permatang Siantar. Sebelum itu pemandu kami, orang Batak telah mebawa kami kesebuah restoran yg didakwanya halal. Tapi, pengusaha restoran itu maklumkan pada kami, ada babi (yikes!).

Mungkin kerana matawangnya yang berjuta-juta sebutannya menyebabkan kami merasa mahal, tapi sebenarnya kami cuma mebayar RM57.00 seorang untuk perjalanan sejauh 300km diwaktu malam hari di jalan-jalan yang mendaki, curam dan berlubang. Not a bad deal at all. Alhamdulillah basikal kami cuma mengalami calar-calar sikit disana sini dan tiada kerosakan teruk. Kami tiba di Menara Pandang Tele jam 5.00 pagi waktu Malaysia. Sejuk hingga ke tulang! Ini kerana Tele terletak kira-kira 1,800m dari paras laut. Ianya berada disebelah selatan Danau Toba.

Pemandangan di Tele di entry seterusnya

Intro

Day 1 : 31 May 2013 | Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

Day 2 : 1 June 2013 | Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

Day 3 : 2 June 2013 | Tuk Tuk – Tomok – Tuk Tuk

Day 4 : 3 June 2013 | Tuk Tuk – Parapat – Permatang Siantar

Day 5 : 4 June 2013 | Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura

Day 6 : 5 June 2013 | Indrapura – Tanjung Balai

Day 7 : 6 June 2013 | Tanjung Balai – Teluk Nibong – Pelabuhan Kelang

All photos credit to Raja Hassan @ King, Atok dan Izura

Advertisements

2 responses to “Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 1 : Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Intro | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

  2. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 2 : Tele – Tuk Tuk (Samosir Island) | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s