Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 2 : Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

Untuk entry ini, pening kepala saya untuk memilih gambar-gambar yang cantik-cantik hasil dari lensa kamera King, Atok, Zamzuri dan Izura! Kalau boleh semua nak dimasukkan!

Sementara menanti matahari terbit, kami terus mempersiapkan basikal masing-masing. Sengaja saya rancang untuk sampai di Tele diwaktu sebegini bagi membolehkan kami menikmati matahari terbit di Menara Pandang Tele. Pada kayuhan lepas, saya dan Wak melalui menara ini pada waktu tengah hari. Kalau dulu saya mendaki sejauh 21.8km, kali ini saya akan menikmati “downhill” sejauh 21.8km!

1005865_10151646689478430_857186129_n

Bersiap sedia untuk downhill sejauh 21.8km! weehuuuu!

1002420_10151646692973430_236948656_n

Sementara menunggu matahari terbit, Atok ber “moon bathing” rahsia kecantikan Atok

1003263_10151646693563430_1705966187_n

Aksi seorang photog

181264_10151646692418430_1406556673_n

Menara Pandang Tele

981084_10151561371639865_1365454826_o

Sebuah wisata yang kini giat di promosikan oleh Kabupaten Samosir

998137_10151646692773430_763460164_n

Cuma lebih kurang RM0.60 per entry

977859_10151561371424865_1762576585_o

Pemandangan dari menara ke arah cafe dan “hair-pin corner” yang menjadi tarikan di Tele

981450_10151561370884865_901777983_o

nak jugak!

999240_10151646691303430_212618541_n

Kelihatan deretan lampu kenderaan yang sedang mendaki Tele. Mungkin ada kaitan dengan Le Tour de Singkarak yang sedang berlangsung

1003432_10151646694623430_1526572705_n

Group photo!

601942_10201163343594336_1401780206_n

Pemandangan yang sangat indah yang tidak dapat digambarkan melalui gambar ini.

988491_10201163342754315_144695799_n

Indah dan nyaman

964136_10151561371374865_2110238256_o

Dapat dilihat dari menara jalan-jalan yang bakal kami lalui nanti

993450_626196700723961_705390303_n

Setelah puas menikmati matahari terbit, kami menikmati pula mee instant sebagai sarapan pagi

Sebaik sahaja hari mulai cerah, kami pun meneruskan perjalanan menuruni Tele menuju ke Pulau Samosir. Kami cukup berhati-hati semasa menuruni Tele kerana jalan-jalan yang agak curam dan berliku. Cuaca sejuk bersama pemandangan yang terlalu indah amat mengujakan. Kami banyak berhenti untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan.

10798_10201163347754440_832296053_n

Awas!

375728_626162440727387_826865331_n

993002_608710479147966_2002764812_n

992993_608711079147906_321813561_n

935992_608710605814620_348741081_n

421609_10151646696663430_1766894873_n

944244_626163930727238_1442009258_n

942773_626163177393980_464753682_n

945669_626198140723817_1755044132_n

964284_10151561382624865_1667527865_o

965063_10151561376699865_813430151_o

966686_10151561383964865_884814074_o

969306_626196820723949_1644985486_n

970158_626164764060488_90903766_n

976829_10151561381724865_1017659218_o

970556_10151646694988430_973509851_n

970863_10151646696618430_1941815571_n

972158_626163030727328_1379231734_n

1004594_10201163349794491_854019246_n

1002063_10151646708688430_2040974172_n

1001471_10151646692673430_1015046775_n

Kami juga telah singgah disebuah wisata yang dikenali sebagai Pancuran 7 rasa. Menurut mereka, pancuran dari 7 punca sungai telah disalurkan kesebuah telaga di kawasan perkampungan yang merupakan perkampungan Batak yang tertua di Danau Toba. Yang anehnya menurut penduduk disitu, walaupun telah digabungkan didalam telaga, apabila disalurkan semula akan meberikan rasa-rasa yang berbeza. Kerana itulah ianya diberi nama sebegitu kerana air-air tersebut mempunyai 7 rasa berbeza iaitu air biasa (mineral), air belerang tinggi , air belerang, air masam tinggi, air masam biasa (kenapa masam tak pasti), lagi 2 saya sudah tidak ingat! Bila cuba di google, tak jumpa pula. Menurut mereka, untuk masuk ke kawasan pancuran ini, hati mestilah bersih. Sebelum meminum air tersebut, sebutlah Horas! sebanyak 3 kali. Dipercayai hajat akan dimakbulkan (tahyul dan syirik!). Jalan menuju ke kawasan ini adalah mendaki sejauh 1km.

946493_10151646705008430_1191040028_n

972273_10151646705223430_1380060631_n (1)

1005561_10151646704983430_772525305_n

969067_626197630723868_801526096_n

Lelaki ini mendakwa sebagai pemandu pelancong dari Jabatan kerajaan. Telah memberikan penerangan mengenai tempat ini. Akhirnya meminta sumbangan seikhlas hati “ya kebiasaannya Rp100,000, tapi, up to you!” katanya

944297_626197707390527_389425054_n

King dan Uncle Rickee cuba merasa air dari salah satu pancuran.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Tuk Tuk iaitu sejauh 42km. Jalan-jalan menuju ke Tuk Tuk adalah “rolling” dengan pendakian-pendakian yang agak curam! Tercungap-cungap saya yang telah lama tidak berbasikal.

994292_10151646719038430_1746455283_n

1004590_10201163351874543_1075576079_n

600739_10151646720933430_1174664014_n

1002402_10151646717778430_1453548447_n

Jambatan kecil menyambungkan Pulau Samosir dengan tanah besar yang dikenali sebagai Jambatan Tano Poggol. Sebuah terusan kecil yang digali oleh Belanda yang memisahkan Samosir dari tanah besar

980399_10151561387559865_676916840_o

Rumah Bolon

944127_10151646718783430_1782208849_n

226718_608712309147783_1705596650_n

Pemandangan biasa di Samosir

580570_608712105814470_1192234811_n

Berhenti rehat dan berteduh dari kepanasan yang menggigit!

946783_608712349147779_1580561592_n

941934_10201163352514559_1709848685_n

Padi telah dituai

Kami tiba di Samosir Cottage, Tuk Tuk pada jam 2.00 petang. Kami disambut oleh Mr Bloom yang masih ingat pada saya. Beliau telah saya hubungi untuk menempah bilik di cottage ini. Harga penginapan ialah Rp110,000 untuk satu malam. Bilik adalah besar tapi mempunyai kemudahan yang sangat basic (tiada tuala, sabun, air panas dan kipas). Disebabkan suhu yang agak sejuk di Samosir, maka ketiadaan kipas tidaklah dirasai. Petang itu kami cuma berehat-rehat dan melakukan acara bebas. Kami memilih untuk hanya berehat-rehat di pinggir danau sambil menantikan persembahan ‘live’ pihak cottage termasuk tarian kebudayaan mereka.

419069_608712532481094_979826854_n

976861_10151561389144865_1838644649_o

945969_608712495814431_2087833588_n

977846_10151561390174865_55332357_o

Mr Bloom kelihatan paling kanan dalam gambar.

Sebelum itu, Uncle Rickee telah digigit lipan didalam bilik air semasa sedang membasuh baju. Beliau telah dibawa ke klinik berhampiran oleh Mr Bloom bagi mendapatkan rawatan. Kesakitan dan bengkak hilang sebaik sahaja beliau diberikan suntikan. Esok paginya, lipan lain datang melawat ke bilik Uncle Rickee. Hmmm…. kenapa agaknya? Malam itu masing2 tidur awal kerana telah kepenatan mengharungi perjalan feri, kenderaan angkut dan berbasikal dalam tempoh 24 jam.

All photos credited to King, Izura, Zamzuri dan Atok.

(Sila klik untuk pergi hari-hari sebelum dan seterusnya)

Intro

Day 1 : 31 May 2013 | Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

Day 2 : 1 June 2013 | Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

Day 3 : 2 June 2013 | Tuk Tuk – Tomok – Tuk Tuk

Day 4 : 3 June 2013 | Tuk Tuk – Parapat – Permatang Siantar

Day 5 : 4 June 2013 | Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura

Day 6 : 5 June 2013 | Indrapura – Tanjung Balai

Day 7 : 6 June 2013 | Tanjung Balai – Teluk Nibong – Pelabuhan Kelang

Advertisements

4 responses to “Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 2 : Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 1 : Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

  2. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Intro | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s