Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Intro

Ya betul, (you read it right!) kami ke Danau Toba lagi! Atas permintaan beberapa rakan di Darul Ehsan Touring Cyclists (Det-C), saya dan Wak telah menganjurkan acara kayuhan ketempat yang sama. Oleh kerana sambutan yang agak menggalakkan kami cuba membuat kayuhan ini dalam tempoh hari yang pendek dan jalan yang agak mudah. Kerana bukan mudah untuk mengatur dan mengawal jumlah peserta yang ramai. Saya telah menghadkan jumlah peserta kepada 15 orang. Aturan perjalanan telah dirancang seperti berikut:-

(sila klik untuk pergi ke hari-hari seterusnya)

Day 1 : 31 May 2013 | Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

Day 2 : 1 June 2013 | Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

Day 3 : 2 June 2013 | Tuk Tuk – Tomok – Tuk Tuk

Day 4 : 3 June 2013 | Tuk Tuk – Parapat – Permatang Siantar

Day 5 : 4 June 2013 | Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura

Day 6 : 5 June 2013 | Indrapura – Tanjung Balai

Day 7 : 6 June 2013 | Tanjung Balai – Teluk Nibong – Pelabuhan Kelang

Peta Laluan kami adalah seperti berikut

Pada entry yang lepas mungkin saya ada membidas pihak Asa Niaga diatas ‘charge’ yang berlebihan dikenakan keatas basikal dan beg-beg kami. Maka untuk kayuhan kali ini, kami telah bersedia untuk berbincang lebih awal dengan pihak mereka. Berbekalkan surat permohonan untuk meringankan caj keatas barangan peserta, Wak telah menemui Pengurus Besar mereka untuk berbincang. Alhamdulillah, beliau telah bersetuju untuk cuma mengenakan caj RM25 keatas setiap basikal dan beg-beg peserta (mengikut SOP mereka, caj untuk basikal ialah RM50 dan RM10 diatas setiap kilo berat beg penumpang). Kami juga telah berjaya mendapatkan pengecualian bayaran keatas basikal kami dari pihak operator ferry iaitu Jetstar (kebiasaannya caj sebanyak RM10 akan dikenakan). Amat mudah berurusan dengan Mr Ong (Jetstar) kerana beliau amat bertolak ansur dengan kami.

Jumlah peserta yang mengikuti kayuhan pada asalnya adalah seramai 14 orang. Tetapi disaat-saat akhir, salah seorang peserta telah mendapat demam denggi. Maka beliau terpaksa menarik diri bersama bapa beliau. Tiket feri telah pun dibeli! Disaat akhir saya telah mendapatkan 1 pengganti. 1 tiket lagi terpaksa dibatalkan (wang tidak dikembalikan dan setiap pertukaran nama dikenekan caj RM40). Oleh yang demikian jumlah peserta ialah seramai 13 orang termasuk saya dan Wak. Quite a sizeable group to handle. Tapi itulah cabaran kayuhan kali ini!

Peserta terdiri dari pelbagai latar belakang dan umur. Peserta termuda berumur hanya 14 tahun dan peserta paling senior berusia 60 tahun.

993070_10151646703003430_252640693_n

me! Ija Zahri – ketua rombongan mak kiah

1004037_10151646703398430_120771488_n

Wak – my partner, my husband and my co-organizer

993530_10151646702798430_898371742_n

Abang Amer – peserta paling senior berumur 60 tahun. Memang hebat berkayuh!

931327_10151646702658430_1152580025_n

Rickee Lee – the land rover! fully loaded dan macam beg doreamon. Macam-macam ada!

996178_10151646701293430_622511049_n

Abg Syaaban Saadon – sweeper terbaik dan punya semangat setia kawan yang tinggi!

1000893_10151646703538430_774180028_n

Zamzuri dari Ipoh. hi Mike!

992971_10151646701443430_711992405_n

Adi Manap – rakan permotoran yang sama-sama telah terjebak dalam dunia touring berbasikal. Kali ini membawa 2 anak perempuan bersama-sama. Sporting dad!

931318_10151646699503430_118017987_n

Zol atau nama FBnya Zoltakingpicture Zol (dont ask me why) dan panggilan dikalangan rakan-rakan ialah Atok Black oopsss…. Atok.

580423_10151646703678430_1319628006_n

Raja Hassan atau King our official photographer. Good job! (ehem… still available)

993082_10151646702588430_2056699041_n

Tun Teja – wirawati POT! (ehem! available jugak)

1000893_10151646700948430_176035683_n

Izura Gani – sempoi and cool girl! the best touring partner you can ever have (yes, u guess it right, she is available too hahahah)

179709_10151646701613430_1226735108_n

Huda Rashidi – eldest daughter of Adi Manap. Energetic young lady at 19. High spirit too!

994281_10151646700973430_1249855969_n

Izah Rashidi – peserta termuda, 14 tahun. nampak macam lembik jer, but she managed to finished with flying colours!

Kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan tinggi semangat setia kawan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada masalah besar berlaku dan mengikut jadual seperti yang dirancangkan.

Saya berharap kesemua peserta mendapat manfaat dari kayuhan ini dan entry kali ini diharap dapat membantu rakan-rakan touring lain yang mungkin merancang untuk ke Sumatera dan Danau Toba khasnya.

All photos credited to Raja Hassan @ King

Advertisements

8 responses to “Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Intro

  1. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 1 : Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

  2. Pingback: Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 2 : Tele – Tuk Tuk (Samosir Island) | Dunia 2 Roda Ija Zahri·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s