Kayuhan Danau Toba bersama Det-C – Day 5 : Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura

Pada pagi itu keadaan Wak semakin teruk. Dehydrated dan demam telah melemahkan dia. Sementara menunggu mengemas barang pagi itu, Wak telah terbaring di lobi. Rupa-rupanya bukan Wak seorang yang mengalami keracunan. Tun dan Huda juga mengalami masalah yang sama walupun pada malam sebelumnya kedua-duanya kelihatan sihat. Saya meminta Wak untuk menaiki kenderaan awam sahaja ke Indrapura bersama-sama Tun dan Huda. Tapi mereka enggan dan berkeras mahu berkayuh.

Pagi itu kami bertemu lagi dengan Chris dan Andres yang masih belum jumpa jalan keluar menuju ke Tanjung Balai. Lalu saya meminta mereka mengikuti kami sehingga ke persimpangan Jalan Perdagangan. Wak dan saya yang masih ingat-ingat lupa melalui jalan utama Permatang Siantar (ia merupakan salah satu kota terbesar di Sumatera Utara selain Medan). Jalan agak sesak sewaktu penduduk berpusu-pusu keluar bekerja. Kami bernasib baik kerana telah terserempak dengan pesikal tempatan yang sudi membawa kami keluar dari bandar tersebut. Semuanya berjalan lancar dan keadaan jalan bertambah baik selepas kami meninggalkan kota tersebut. Separuh dari perjalanan amat mudah kerana masih lagi menurun dan 20km pertama dapat dilakukan dalam masa tak sampai 1/2 jam. Namun begitu kami banyak berhenti-henti kerana Wak, Huda dan Tun kelihatan begitu lemah sekali.

Pada separuh perjalanan kedua, jalan mula menurun dan menaik. Wak kelihatannya payah untuk mengekalkan rentak kayuhan yang baik dan memperlahankan pergerakan kumpulan. Ditambah pula dengan saya secara cuainya telah tertinggalkan beg kecil berisi passport saya di salah sebuah stesen minyak yang kami singgah. Saya hanya menyedari ketiadaan passport saya itu apabila kami berhenti rehat kira-kira 10km dari stesen minyak tersebut. Saya panik dan nasib baiklah rakan-rakan lain segera bertindak. Uncle Rickee dan Abg Syaaban telah menahan penunggang motorsikal dan Abg Syaaban telah mengikut penunggang tersebut sehingga kembali ke stesen tersebut. Alhamdulillah, passport saya masih berada ditempat yang sama saya tinggalkan. Kalau tidak, ke Medan lah saya jawabnya!

993083_10151650023703430_2077631255_n

Wak yang sudah lemah dan Huda yang mula merasakan kesan keracunan makanan. Tetapi kedua-duanya berdegil mahu berkayuh. Uncle Rickee dan King membekalkan banyak oral salt kepada mereka berdua

478_10151650023958430_281806579_n

Chris dan Andres berpusing-pusing tidak jumpa jalan keluar. Lalu membuat keputusan untuk menunggu kumpulan kami.

971452_10151650025558430_1495743307_n

181219_10151650026203430_576664887_n

7313_10151650024378430_127006092_n

1013671_10151650026368430_1929163320_n

Kami dibantu oleh pesikal tempatan ini bersama rakannya

972257_10151650027493430_1081457789_n

1016667_10151650027238430_564245513_n

Penduduk Permatang Siantar majoritinya beragama Christian. Namun begitu, tersergam sebuah masjid yang indah

9358_10151650030938430_629532806_n

Distesen minyak inilah dan di side car hijau didepan saya itulah saya tertinggal passport saya!

184466_608715992480748_1912147685_n

Ketika berhenti disinilah saya menyedari ketiadaan passport saya. Wak mengambil kesempatan untuk berehat

1011731_10151650033703430_1277962909_n

Huda juga berehat. She’s one tough girl.

7149_10151650036593430_1180968669_n

Itik pulang petang!

965914_10151564652849865_1250410156_o

King tergolek kat sini. Tayar basikal tersangkut celah rel

992966_10151650035298430_1390343555_n

944108_10151650035888430_1605520550_n

berhenti rehat lagi! jalan sudah mula rolling.

969438_10151650034283430_83671046_n

5399_10151650038113430_1034147219_n

966448_10151564653199865_1308764925_o

Hanya beberapa KM dari Tebing Tinggi, kami mengambil keputusan untuk menikmati air kelapa muda jeruk. Pada ketika itu jam sudah pun menunjukkan jam 12 tgh hari

967088_10151564653439865_1532968774_o

Tun sudah mula merasa kesan keracunan makanan. Perjalanan masih berbaki lebih kurang 35km lagi

981000_10151564653634865_754471416_o

keadaan Wak semakin teruk tapi masih berdegil tidak mahu menaiki kenderaan awam

964297_10151564653834865_337939994_o

Air kelapa, diletak gula dan diperahkan limau. Memang penghilang dahaga dikala kepanasan

945916_10151650023503430_9439309_n

993759_10151650023573430_1005074848_n

Peace yo!

1001143_10151650031538430_472104253_n

Jalan yang ‘mental’! kelapa sawit dan kebun getah sepanjang jalan.

600319_10151650037868430_369786599_n

Akhirnya tiba di Tebing Tinggi. Mencari tempat makan tengah hari yang sesuai

10554_10151650037978430_1552569354_n

Akhirnya jumpa sebuah gerai bersebelahan masjid. Hidangannya Nasi Soto. Selepas makan kami berehat panjang di masjid tersebut

5245_608716399147374_1447490262_n

Panas!

965897_10151564653999865_1647954752_o

Tayar basikal saya bocor pula! Sudah sampai di Batu Bara. Kira-kira 5km lagi ke pekan Indrapura

463772_10151564654119865_1605513182_o

Abg Syaaban memang pakar. Beberapa minit saja masa diperlukan untuk menukar tiub!

981172_10151564654099865_764250727_o

Kami sampai disini kira-kira jam 5 petang waktu tempatan. Keletihan, kelaparan dan kepanasan

920973_10151564654204865_732191259_o

Bilik aircond tapi tak terasa langsung aircondnya!

964575_10151564654249865_850745348_o

Penginapan ini menyediakan makanan halal. Tapi kami tetap memasak sedikit bubur terutamanya untuk “pesakit” kami

1012109_10151650038788430_1880201603_n

Sopannya…. anak siapa la ni!

981638_10151564654319865_604099923_o

Wak kene paksa makan. Huda sudah beransur pulih. Tetapi Wak dan Tun masih kelihatan tidak bermaya

484770_10151650039448430_1508860171_n

Meter basikal King menunjukkan jumlah jarak kayuhan setakat ini.

Hujan sepanjang malam mengurangkan rasa panas di Indrapura. Kami tidur awal kerana masing-masing keletihan mengharungi perjalanan sejauh 80km++.

All photos credited to King, Izura, Zamzuri dan Atok

(Sila klik untuk pergi hari-hari sebelum dan seterusnya)

Intro

Day 1 : 31 May 2013 | Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele

Day 2 : 1 June 2013 | Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)

Day 3 : 2 June 2013 | Tuk Tuk – Tomok – Tuk Tuk

Day 4 : 3 June 2013 | Tuk Tuk – Parapat – Permatang Siantar

Day 5 : 4 June 2013 | Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura

Day 6 : 5 June 2013 | Indrapura – Tanjung Balai

Day 7 : 6 June 2013 | Tanjung Balai – Teluk Nibong – Pelabuhan Kelang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s