Pagi itu kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Atok. Pendek sahaja memadai untuk memohon padaNya agar perjalanan kami ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Wak kelihatan sedikit ceria pada pagi itu. Dia mengatakan dia sudah pulih dan bertenaga semula. Tetapi Tun masih kelihatan sugul, manakala Huda kelihatannya telah pulih sepenuhnya. Bersemangat semuanya untuk melakukan kayuhan terakhir pada hari ini. Perjalanan pada hari itu ialah sejauh 90km ++. Saya dan Wak pernah melalui jalan ini sebelum itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan yang ianya jalan ‘rolling’ yang agak memenatkan di 50km yang terawal. Jalan akan bertambah baik selepas menghampiri Kisaran. Saya agak ragu-ragu yang Wak maupun Tun mampu melakukan kayuhan pada hari ini. Masih cuba memujuk tetapi mereka tetap berdegil.

Suasana pekan yang sibuk dipagi hari
Sebaik sahaja sampai di Pekan Lima Puluh yang terletak kira-kira 50km lagi ke Tanjung Balai, saya cuba lagi sekali menasihati Wak dan Tun untuk mengambil kenderaan angkut untuk terus ke Tanjung Balai. Saya juga meminta mereka untuk mencarikan tempat penginapan yang sesuai kerana saya tahu agak sukar untuk berpusing-pusing didalam Tanjung Balai untuk mencari penginapan. Saya meminta dia untuk mempertimbangkan kayuhan kerana dia bukan sahaja memperlahankan pergerakan kumpulan yang masih punya 50km untuk berkayuh, malah saya juga bimbang akan kesihatan mereka. Dehydration adalah amat merbahaya. Selagi badan mereka tidak cukup air, semua ‘solid food’ ditendang keluar. Sudah tentu mereka menjadi tiada tenaga langsung untuk berkayuh dan ini juga membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka sendiri. Akhirnya mereka Wak dan Tun bersetuju untuk mengambil kenderaan angkut terus ke Tanjung Balai. Lega rasanya saya kerana boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk berkayuh.

Bye-bye Tun dan Wak! untuk perjalanan 2 orang sejauh 50km bersama basikal, tambang yang dikenakan adalah Rp40,000

Jambatan besi seperti ini masih banyak boleh didapati di kawasan Kisaran dan Tanjung Balai

Akhirnya kami berhenti makan disebuah kedai makan yang cantik di Kisaran. Buah tembikai memang penghilang dahaga paling berkesan!

Sesampainya kami di bandar Kisaran, jalan raya menjadi sibuk kerana terdapatnya sebuah keramaian sedang diadakan.

Wali kota melakukan kenduri khatan anaknya bersama 100 kanak-kanak lain. Diraikan dengan sebuah kenduri yang besar dengan jemputan serami 50,000 orang

Semua kakitangan kerajaan, polis dan tentera khasnya dikerah bagi memastikan segelanya berjalan lancar
Saya telah mendapat panggilan telefon dari Wak dan Tun mengatakan mereka telah menempah penginapan di Wisma Al-Karim. Saya bertanyakan arah kepada penduduk disitu dan diberitahu jaraknya masih jauh dan perlu menempuh bandar Tanjung Balai. Kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat sebelum masuk ke bandar. Tiba-tiba kami dihampiri oleh sebuah kenderaan mewah dan penumpang dibelakang menegur kami. Beliau bertanya “bapak-bapak mau ka Wisma Al-Karim ya?”. Saya yang pada ketika itu sedang terbaring dikerusi batu bingkas bangun dan kata “Ya! Dimana arahnya ya Om? Gimana tau kami mau ke Wisma Al-Karim?”. Beliau balas “rakan kamu sudah lama menanti di Wisma Al-Karim. Biar saya tunjukkan arahnya. Kamu ikuti saya”. Rupa-rupanya dia ialah anak kepada pemilik Wisma Al-Karim yang merupakan sebuah keluarga kaya di Tanjung Balai. Mempunyai perniagaan hartanah dan mempunyai banyak tanah dan bangunan-bangunan di Tanjung Balai ini.
Kami pun mengekori kereta beliau dari belakang. Banyak roundabout, kalau tanpa dia mungkin sedikit sukar untuk kami temui Wisma Al-Karim ini. Ketibaan kami di Wisma Al-Karim disambut oleh Wak. Kami semua merasa teruja kerana telah dapat menamatkan kayuhan ini dengan jayanya! Tahniah!

Huda kata Horey!!!! berjaya!!!
Malam itu, semuanya malas untuk keluar. Saya telah meminta pekerja Wisma Al-Karim mebelikan kami Nasi Uduk, sejenis makanan tempatan yang popular. Malam itu hanya dihabiskan dengan berbual-bual kosong dengan rakan-rakan dan melayan wifi mengemaskini status FB.
Kami juga meminta sarapan pagi nasi lemak dari guesthouse ini (losmen dalam bahasa Indonesia). Harga penginapan disini Rp150,000 termasuk sarapan pagi. Biliknya memang luas dan selesa.
All photos credited to King & Zamzuri
(Sila klik untuk pergi hari-hari sebelum dan seterusnya)
Day 1 : 31 May 2013 | Pelabuhan Kelang – Teluk Nibong – Tele
Day 2 : 1 June 2013 | Tele – Tuk Tuk (Samosir Island)
Day 3 : 2 June 2013 | Tuk Tuk – Tomok – Tuk Tuk
Day 4 : 3 June 2013 | Tuk Tuk – Parapat – Permatang Siantar
Day 5 : 4 June 2013 | Permatang Siantar – Tebing Tinggi – Indrapura
Day 6 : 5 June 2013 | Indrapura – Tanjung Balai
Day 7 : 6 June 2013 | Tanjung Balai – Teluk Nibong – Pelabuhan Kelang