Cyclo-Picnic at Pantai Remis Jeram

Sudah lama saya teringin untuk melakukan cyclo-picnic bersama rakan-rakan. Ianya pernah saya lakukan satu ketika dahulu bila Nur dan Faseh masih lagi boleh dibawa dengan “carrier”. Semenjak itu, kami hanya pergi berkelah dan berkhemah dengan kenderaan tetapi dalam masa yang sama mebawa basikal bersama kami. Pada Ahad, 15 Jun 2013, kami telah berkesempatan untuk melakukannya dengan rakan-rakan pesikal yang lain. Kebanyakannya adalah peserta kayuhan Danau Toba yang lepas.

Kali ini, Nur (8 tahun) pertama kalinya mengayuh sendiri basikalnya pada hari tersebut sejauh lebih kurang 30+km. Seramai 6 orang memulakan kayuhan dari rumah saya yang terletak di Kg. Perepat, Jalan Kapar. Manakala Azizan @ Wak Jan memulakan kayuhan dari rumahnya yang terletak di Shah Alam dan bertemu dengan kami di Masjid Umariah, Kg Perepat, manakala Abg Syaaban & anaknya Izah dan Izura datang dgn kereta dari rumah masing-masing.

Masing-masing sarat dengan bekalan makanan dan peralatan memasak dan BBQ. Kami juga membawa hammock, flyer dan khemah. Sesampai kami di Pantai Remis, orang sudah mulai ramai dan kami terus ke ‘spot’ yang menjadi kegemaran saya. Kami bernasib baik kerana tempat itu masih kosong. Tanpa berlengah kami menyediakan segala peralatan, manakala saya dan Abg Syaaban pergi membeli kerang-kerangan dan ikan-ikan segar yang sememangnya dijual dengan harga yang murah di pantai tersebut.

Kami kemudiannya disertai oleh King dan Atok sekeluarga. King membekalkan kami nasi dan Asam Pedas yang amat sedap hasil masakannya sendiri. Atok membawa rojak buah dan sekotak air mineral.

1003247_10201202611095999_2104068018_n

Kami melalui jalan pendalaman. Semua jenis route kami rasa termasuklah hutan bakau dan jalan gravel

945641_10201202611496009_2079955949_n

Pantai Remis telah terhakis teruk. Pada asalnya laluan ini boleh dilalui dengan kereta. Sekarang dengan basikal pun agak sukar

988498_10201202639416707_302397403_n

Wak Jan mengambil daun pisang ditepi jalan untuk kami jadikan pembungkus ikan bakar

491_10201202642056773_2067835797_n

Ikan dan pari fresh yang siap disiang. Semua ini adalah dari gerai-gerai yang berhampiran pantai

179769_10201202641016747_901403233_n

Masterchef Wak sedang menyediakan bahan untuk memasak kerang-kerangan

382498_10201202639976721_1638562680_n

Abang Syaaban yang cekap menghidupkan api. Maklumlah bekas komando

400681_10201202643816817_411356120_n

Wak Jan memanggang sotong menggunakan skewer yang dia bawa

1000902_10201202643016797_955335511_n

Jagung bakar, dibawa oleh Izura

179703_10151656620348430_1737949732_n

Saya dengan kerang bakar! hehehe

1017420_10151656620353430_1893644443_n

Ikan cencaru bakar!

943593_10151656620413430_2095802512_n

Basikal2 kami…. lupa plak nak ambil gambar khemah dan hammock

1014320_10151574264389865_147305401_n

Wak Jan dengan bekas air ajaibnya

382500_10151656620953430_2078051888_n

Kerang bakar!

971771_10151656620798430_641778991_n

Lauk pauk yang kami sediakan disitu! kecuali masak asam pedas yg dimasak sendiri oleh King dirumah

946671_10151656625208430_307840163_n

Jemput makan!

995810_10151656621713430_807730566_n

Dah kenyang masing-masing menyandar

1006180_10151656626378430_1875410606_n

Teh pula untuk minum petang

1013656_10151656630493430_1550262955_n

Waktu untuk balik. Nur berjaya menamatkan kayuhan ini dengan cemerlang

1017103_10151656630373430_503498226_n

Abg Syaaban bersama anak perempuannya, Izah yang pertama kali berkayuh

1016072_10151656630783430_902230729_n

Pukul 4.00 petang kami mula bergerak pulang

1001315_10151656631998430_2055287286_n

ready to roll home!

1016618_10151656632568430_1413797693_n

Pantai Remis mula sesak dengan pengunjung pada petang hari

1000798_10151656633198430_1058486698_n

Way out

946430_10151656636388430_1690806163_n

Wak Jan, fully loaded. siap bawak arang dan skewer!

988533_10151656634633430_1968511616_n

Itik pulang petang

995817_10151656637338430_617221286_n

Smile!!

1017574_10151656640193430_419296776_n

Jalan ini telah direpair berkali2

1003246_10151656653688430_473277188_n

picnic yang paling best!

Harap-harap dapat lakukannya sekali lagi dimasa akan datang. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi menyertai.

All photos credited to King and Izura

Advertisements

6 responses to “Cyclo-Picnic at Pantai Remis Jeram

  1. Syoknya piknik cam ni. Sebenarnya hari tu mmg minat nak join tapi dah janji dgn member lain nak kayuh. Lain kali kalau ada peluang, in shaa Allah kami nak join.

  2. ini bukan picnic …. ini jamuan ….. banyak nye laukkkkkk 🙂 but jagung bakar tu best tuuuu 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s