The Basikal

The Basikal (sila klik untuk pergi ke laman Facebook mereka), nama yang amat mudah untuk diingat. Ianya sebuah tempat yang direka untuk membolehkan pesikal-pesikal berkumpul, bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman dan yang paling penting belajar tentang Basikal. Tempat ini terletak di Pintu 5, Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Ianya diusahakan oleh Saudara Akmal Azfar yang sangat-sangat “passionate” dengan basikal dan bolehlah saya anggap sebagai “bicycle advocate” yang professional. The Basikal bersedia untuk mengadakan “workshop” atau bengkel sekiranya diperlukan.

1006262_10151600500604865_1345502886_n

Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan beliau

Saya dan beberapa rakan (Wak, Izura, Tun Teja, King & Atok sekeluarga) telah pergi melawat The Basikal pada hari Sabtu, 29 Jun 2013 yang lalu. Kami telah berada disana dari jam 3 petang hinggalah 10 malam. Sebelum itu kami telah mengikuti kayuhan amal yang dianjurkan oleh saudara Nazry (klik disini untuk entry tersebut). Tujuan utama saya kesana adalah untuk membeli sepasang tayar baru (Schwable Marathon Plus) untuk basikal touring saya si Pink Araya. The Basikal bolehlah saya anggap sebagai “non-profit organization” kerana barangan yang dijual sangat-sangat murah. Objektif utama kewujudannya adalah lebih kepada memberi servis kepada basikal anda dan ‘educate’ kita mengenai basikal kita sehinggalah kepada cara kayuhan kita. The Basikal dilengkapi alat-alat yang canggih dan moden seperti Park Tool (sila klik untuk ke laman mereka). Akmal adalah pemegang sijil dari Park Tool.

Semasa menukar tayar saya, beliau berpendapat hub tayar belakang basikal saya perlu diservis. Beliau tanpa basa basi terus mencadangkan saya menservis sendiri hub tayar saya dengan tunjuk ajar dari beliau sendiri. Kesempatan ini pastilah tidak saya lepaskan! Pengalaman dan ilmu baru yang sangat berguna dan saya percaya akan memberi manfaat kepada saya. Tun juga telah sama-sama belajar cara-cara untuk menservis hub basikal kami. Akmal dengan sabar menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan walaupun beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada kami! Saya tidak rasa ada bengkel-bengkel yang sudi memberi tunjuk ajar sedemikian rupa malah tidak akan servis basikal kita sebagaimana Akmal.

968973_10151688947753430_1425027187_n

King dihadapan The Basikal

942947_10151688963663430_1038527865_n

Bukan sahaja basikal, ianya juga berkonsepkan cafe dan menjual/menservis komputer. Saya sukakan konsep The Basikal

1000082_10151688970753430_1405350783_n

Atok with family dan Izura

1010990_10151688963713430_25926390_n

Aktiviti bagi menggalakkan kitar semula dan berbasikal hasil kerjasama The Basikal dengan Coca~Cola

1044903_10151688959353430_266897211_n

Folding Bike yang ditaja oleh Coca~Cola bagi aktiviti kemasyarakatan

995710_10151688960058430_2004122404_n

Akmal sedang berbincang dengan Wak mengenai rim basikal yang Wak mahu

1005611_10151688960208430_76625839_n

Ok…. pilih-pilih bang… jangan tak pilih!

1000376_10151688969433430_368691635_n

Akmal menyuruh Wak buat sendiri dari tanggalkan hub dari rim lama, ‘lacing’ new spokes sampailah siap.

942327_10151688968168430_1731547405_n

Buat bentuk V supaya ada more leverage power, kata Akmal

1001473_10151688968078430_1249644288_n

Mengeluarkan bearing adalah agak mencabar bagi newbie macam saya

1003099_10151688969833430_411515903_n

Akmal yang sabar dengan “student’ dia yg lembab ini hahahah

1013767_10151688969298430_1477967189_n

kotor betul hub saya!

1044404_10151688968793430_763054525_n

cubaan memasukkan semula bearing oleh Tun

968798_10151688971163430_1912976404_n

Oh Dewi, kakinya patah dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang kakinya yang sudah tidak dapat diselamatkan.

1005944_10151688969993430_118690475_n

Sambil menunggu kami, Izura, King, Atok and family meminjam basikal lipat The Basikal dan meronda sekitar UPM

1013718_10151688970793430_1173120255_n

Izura juga tidak melepaskan peluang

Masih ingat Chris dan Andres pesikal Amerika yang kami jumpa di Samosir, Danau Toba? Rupa-rupanya mereka akan singgah di The Basikal untuk menservis basikal mereka dan juga menginap di The Basikal. Untuk pengetahuan, The Basikal ada menyediakan penginapan untuk pesikal-pesikal touring. Sudah ramai pesikal-pesikal barat singgah, menginap dan menservis basikal mereka disini. Bolehlah saya anggap, ia telah dikenali dikalangan pesikal-pesikal antarabangsa. Suatu pencapaian yang amat membanggakan. Chris dan Andres kelihatan agak terkejut apabila ketibaan mereka di The Basikal disambut oleh kami. Sejurus melihat saya, Chris menepuk dahinya sambil berkata “I just can’t believe that we will meet you again here!”

Setelah selesai menservis basikal, kami semua membawa Chris dan Andres makan malam di Sup Ali Power yang terletak di Kajang seperti yang dicadangkan oleh Akmal. Ternyata sup itu memang Power! Saya sebenarnya kurang gemar dengan sup-sup pekat yang terlalu berempah. Tetapi ternyata sup ini amat sedap dan rasanya seperti “stew” kerana kuahnya yang agak pekat. Chris dan Andres pun amat menyukainya. Chris makan 3 mangkuk (kambing dan lembu) dan Andres makan 2 mangkuk sup daging!

1044919_10151688971823430_606462075_n

Chris dan Andres tiba agak lewat kerana telah berpusing-pusing mencari The Basikal. Seorang pesikal lain telah menunjukkan arah kepada mereka

999479_10151688972268430_297951268_n

Mereka telah berkayuh sejauh 150km dari Melaka dengan cuaca yang agak panas. Andres kelihatan terlalu penat

1003961_10151688972983430_1421336134_n

Sup for dinner!

1011694_10151688972993430_2096339450_n

996510_10151688974498430_1773010778_n

Memang power!

1011338_10151688974813430_1511008052_n

Thanks King sbb belanja!

Hasil dari lawatan ini, saya bercadang untuk mengadakan bengkel untuk ahli-ahli Det-C. InsyaAllah akan diadakan sekiranya mendapat persetujuan dari Akmal sendiri.

All photos credited to King and Izura

Advertisements

4 responses to “The Basikal

  1. Akmal is a gentle giant. A person like him who is passionate about bikes and loves and compassionate about cats is always a great guy in my book.

    • He is a great guy. Walaupun saya ngan dia ada berselisih pendapat banyak kali, we still friend and in good term. He is great friend and good mentor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s