Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima)

Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman (110km)

Setelah siap bersarapan pagi, dalam hujan gerimis, kami meneruskan perjalanan. Menuruni Kelok 44 dalam keadaan jalan basah bercampur minyak diesel, adalah detik yang agak mencemaskan. Kami terpaksa menuruninya dengan perlahan-lahan. Tangan menjadi krem menekan brake dan dalam hati tak putus-putus berdoa agar tiada perkara buruk berlaku seperti brake putus dan sebagainya.

1510880_10152151362028430_1128967868_n

Bersarapan pagi dengan pemandangan sebegini memang mengujakan

20131211_072951

Dalam beberapa minit sahaja, pemandangan di sini akan bertukar2

1609794_10152151363113430_55186955_n

Damai

1530388_10152151362338430_593786585_n

Wak cuba membetulkan brake basikal Pink

1607108_10152151363253430_873001402_n

Group photo dihadapan warung Pak Nemon di Kelok 23

1560603_10152151363473430_1148021567_n

Mula menuruni kelok-kelok seterusnya. Licin apabila air hujan bercampur minyak

1517563_10152151363488430_1609046731_n

Abg Syaaban mengambil selekoh di Kelok 15

IMG_3428

Terlalu indah tempat ini

IMG_3438

Coral snake yg menjadi mangsa hit and run ~ road kill

20131211_084231

Danau Maninjau dari Kelok… errr.. berapa ntah tak ingat

IMG_3442

Ajaib! pokok kekabu berbuah durian heheh

20131211_084542

Tertarik saya melihat tumbuhan ini. Tak pernah nampak di Malaysia

 

Sepatutnya perjalanan hari ini adalah sehingga ke Padang iaitu kira-kira 140km. Tapi kami memutuskan untuk pergi melawat Rumah Buya Hamka walaupun tidak pasti jarak sebenar dari simpang jalan utama ke rumah penulis, aktivis dan ahli ugama yang terkenal itu. Untuk ke rumah beliau kami perlu pergi ke arah kiri sedangkan untuk ke Lubuk Basong, kami perlu ke kanan. Jalan utama disini adalah mengelilingi tasik dan berada betul-betul hampir dengan tasik. Pemandangan indah tidak jemu mata memandang. Aktiviti penduduk dipagi hari dapat dilihat sepanjang jalan. Sebenarnya rumah Buya Hamka terletak kira-kira 10km dari simpang utama itu. Sesampainya kami disana, kami merasa amat kecewa kerana penjaga rumah itu tidak ada. Kami hanya dapat mengambil gambar dari luar sahaja. Terpaksalah kami menginggalkan Maninjao dengan sedikit rasa kecewa.

Kami berpatah balik sejauh 10 km menuju Lubuk Basong. Ianya merupakan kawasan yang terletak betul-betul dilembah belahan kawah gunung berapi ini. Seperti Danau Toba, Danau Maninjao terhasil kesan dari letusan gunung berapi. Kebiasaannya tasik sebegini kita perlu mendaki naik untuk masuk dan keluar dari kawah. Tetapi Danau Maninjao punya belahan untuk membolehkan kita tidak mendaki untuk keluar dari kawah.  Satu turunan curam perlu dilalui, saya hampir-hampir terjatuh kebawah gaung akibat terlalu leka melihat sebuah jeram deras disitu! Kami sebenarnya berkayuh dengan amat perlahan dan kerap berhenti untuk mengambil gambar. Sepatutnya kami akan sampai di Pariaman pada waktu makan tengah hari, tapi sebaliknya kami masih lagi berada di Lubuk Basong yang terletak sejuah 50km dari Pariaman. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk hanya berkayuh sehingga ke Pariaman dan maklumkan kepada Afif.

20131211_084603

Simpang utama dari Kelok 1. Kiri ke Buya Hamka Museum, kanan ke Lubuk Basung

1017055_10152151364503430_2123524007_n

Sebuah pasar pagi yang agak sibuk

IMG_3511

biji kopi

IMG_3510

Sebuah lagi pasar pagi terletak berhampiran masjid

20131211_102413

Pasar Sungai Batang

20131211_102253

Balai adat yang terletak dipasar tersebut

1017125_10152151364393430_908750082_n

kebanyakan masjid disini dibina diatas tasik termasuk masjid ini yang dibina pada tahun 1907

1531746_10152151364718430_1464368919_n

Perjalanan menuju ke rumah Buya Hamka agak mencabar

1507702_10152151364783430_140757475_n

Untuk tanjakan ini, saya terpaksa menolak! terlalu menegak

1526965_10202875730720472_658939802_n

Akhirnya kami tiba di museum Buya Hamka

1497631_10152151365253430_1317822661_n

Tapi malangnya, penjaga museum tiada. Kami tak dapat masuk ke dalam 😦

20131211_095051

Dihadapan museum ada sebuah kedai menjual buku-buku hasil tulisan Hamka

IMG_3499

King dan Pink sedang melihat-lihat buku yang dipamerkan

10193_10152151365643430_464173612_n

Sepanjang jalan dipenuhi deretan pokok kekabu yang besar

1505419_10152151364203430_1243050999_n

Kelong ikan dibelakang Wak

IMG_3454

Jalan ini mengelilingi Danau Maninjau yg mempunyai kelebaran 7km dan panjang 16km. Terletak kira-kira 459m dari paras laut

IMG_3502

Sebuah makan

20131211_112216

Sejenis kerangan air tawar. Ditumis dengan leeks. Sedap dan cuma berharga IDR6,000

1012247_10152151366283430_1891861745_n

Sebuah lagi masjid diatas air

IMG_3514

Ikan darat hasil dari tasik ini juga dijadikan ikan kering. Benih-benih ikan juga banyak terhasil di tasik ini dan dijual keluar

IMG_3520

Beruk pemetik kelapa dengan tuannya

1012136_10152151368073430_1966733495_n

Baju jersey kami ditaja sebhagiannya oleh Vidi GM Klang. TQ 🙂

1531799_10152151368158430_263698346_n

Petani sedang mengerjakan sawahnya

1544406_10202875741040730_417172573_n

Jalan-jalan konkrit kecil dicelah2 sawah menuju ke tasik

1555587_10152151367658430_1555577815_n

tak tahulah apa yg Wak ceritakan pada si Pink tu

1531923_10152151367558430_413403814_n

Petani bertopi terendak mengerjakan sawah secara berkumpulan

1601249_10152151368213430_1442438198_n

Sekumpulan petani ini berhenti rehat untuk makan tengah hari

1525304_10152151368248430_1529846489_n

Petani ini mengingatkan Wak kepada arwah bapanya

1601337_10152151367883430_1950399732_n

Topi unik masyarakat petani Danau Maninjau

20131211_113653

Kami singgah ke kenduri kahwin ini tanpa dijemput. Kami ingin melihat lebih dekat dengan budaya yang mirip dengan budaya kita. Kami dijemput makan, tapi menolak kerana tidak cukup waktu

20131211_113842

Pengantin lelaki.

20131211_113703

Pengantin perempuan. Tidak berpakian tradisional

1607010_10152151366788430_722234354_n

mengamalkan gotong royong

20131211_113752

Sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak

1538950_10152151368768430_1867314632_n

Lubuk Basung. Turunan yang mengujakan

1536696_10202875744320812_1134324400_n

Leka melihat jeram ini, saya hampir terbabas!

IMG_3545

Lunch time! Sedap!

Kami tiba di Pariaman agak lewat dan berpusing-pusing mencari penginapan yang sesuai. Saya merasa agak terkejut kerana sebuah pecan kecil seperti Pariaman mempunya kadar hotel yang agak mahal. Rata-ratanya IDR170,000 keatas. Kami bernasib baik kerana bertemu dengan seorang pesikal tempatan. Beliau sudi membawa kami untuk mencari tempat penginapan. Akhirnya beliau bawa kami kesebuah losmen (hostel) di Kampung Cina bernama SURIA. Kadar sewanya semalam adalah IDR100,000. Tanpa aircon maupun kipas. Agak panas kerana Pariaman berada hampir dengan pantai.

Malam itu kami telah berbual dengan tuan punya losmen Pak Suardi, seorang pesara kerajaan yang pernah bekerja di bahagian pelancongan. Darinya kami dapat tahu serba sedikit mengenai sejarah losmen Suria, Kampung Cina dan Pariaman khasnya. Dahulunya terdapat sebuah perkampungan cina di Pariaman ini yang dinamakan sebagai Kampung Cina. Pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 – 1945, penduduk Melayu telah menghalau keluar penduduk berbangsa Cina dari Pariaman. Mereka percaya ada bangsa Cina telah mengkhianati mereka ketika mereka merancang untuk menyerbu gudang senjata milik tentera Jepun. Rentetan dari peristiwa itu, mereka telah menghalau keluar semua penduduk Cina dan sehingga sekarang, tiada satu pun bangsa Cina berani menjejakkan kaki ke Pariaman.

Manakala nama SURIA pula adalah singkatan kepada Sekolah Untuk Rakyat Indonesia & Asia. Pada zaman pemerintahan Belanda, keperluan asasi seperti sekolah tidak disediakan untuk rakyat. Oleh yang demikian sekolah-sekolah yang diwujudkan adalah merupakan sekolah persendirian. SURIA adalah salah sebuah daripadanya. Dibina pada tahun 1900 oleh penduduk Cina. Semasa mereka melarikan diri, rumah ini telah dibeli oleh datuk kepada Pak Suardi untuk dijadikan sebagai sekolah persendirian yang diberi nama SURIA. Selepas Indonesia merdeka pada tahun 1945 dan pendidikan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Indonesia, SURIA telah ditukar menjadi sebuah losmen hingga kehari ini. Menarik bukan sejarah sebuah pekan kecil ini?

Disebabkan tiada kipas dan keadaan dalam bilik yang agak panas, Abang Syaaban mengambil keputusan untuk memasang khemah dan meletakkannya dianjung losmen. Semasa hamper siap memasang khemah, tiba-tiba kedengaran satu suara yang agak keras dari luar losmen, “Apa itu?” Seorang lelaki tua melaung dari seberang jalan. Dia kemudiannya menghampiri kami dan mengulang soalan yang sama dengan muka yang serius. Pada fikiran kami, mungkin mereka tersinggung kami memasang khemah di kawasan losmen tersebut. “Kami saja mau mencuba-cuba memasang tenda ini” balas Abang Syaaban. “Apa itu?” ulangnya lagi. Abang Syaaban menerangkan lagi “Tenda untuk tidur” “Apa? Untuk tidur? Ini tenda? Aku fikir belon”. Saya seperti mahu ketawa berguling-guling mendengar kata-katanya! Tapi kami tidak berani memandangkan muka beliau masih serius. Rupa-rupanya dia adalah jiran Pak Suardi. Berumur lewat 60-an dan telah menetap dikawasan itu semenjak kanak-kanak lagi. Lama juga kami berbual-bual dengan beliau.

Tidur saya kurang nyenyak. Bunyi radio yang kuat datang dari rumah Pak Suardi yang terletak bersebelahan dengan losmen dan betul2 berada disebelah bilik saya. Hanya apabila tiba menjelang subuh barulah radio dimatikan. Itu pun kemudiannya disambung pula dengan bacaan Al-Quran dari surau-surau dan masjid-masjid yang berdekatan. Bacaan diperdengarkan dengan kuat dan bertingkah-tingkah. Masjid dan surau adalah terletak berdekatan antara satu sama lain. Sepanjang perjalanan ke Pariaman, ada saya ternampak 2 buah masjid besar terletak amat berdekatan dan hanya dipisahkan oleh singai. Saya kira tak lebih dari 500m jaraknya. Bila kami tanyakan pada penduduk tempatan, mereka katakan setiap masjid dibina bukan berdasarkan qariah tetapi mengikut suku. Rata-rata masjid dibina hasil dari sumbangan suku-suku mereka dan juga sumbangan yang dipungut ditepi jalan dengan cara menghulurkan tangguk ke setiap kenderaan yang lalu.

1536450_10152151369033430_1784252990_n

Monument Siti Manggopoh (1880 – 1965) terletak di Lubuk Basung. Seorang tokoh pejuang menentang pemerintahan Belanda sehingga tercetusnya Perang Belasting. Membingungkan pihak Belanda sehingga digelar “Singa Betina”

IMG_3550

Di Indonesia, setiap bandar punya monument mereka sendiri

IMG_3557

Kebanyakan masjid dibina atas hasil derma dari penduduk sekitar. Tiada bantuan dari pihak kerajaan.

IMG_3558

Terdapat banyak jambatan besi sebegini menuju ke Pariaman

IMG_3561

Jambatan besi melintasi sungai ini

IMG_3564

Kami berhenti sebentar disini

IMG_3566

Pelbagai aktiviti masyarakat tempatan dapat dilihat di sungai ini

20131211_175421

Akhirnya kami tiba di Kota Pariaman

20131211_181945

Abg Syaaban nak juga beli durian. Berusahalah kami mengikat durian dibasikal beliau

1601243_10202875748520917_1792770334_n

Wak bersama pemuda tempatan dengan motorsikal yg diubah suai oleh mereka sendiri ~ stylo!

IMG_3569

Mereka menunjukkan kami tempat penginapan yang berdekatan

20131211_185947

Abang ini telah membantu kami mencari penginapan yang murah. Akhirnya dia membawa kami ke Suria Losmen. Dia seorang anggota polis

20131211_190040

SURIA – atau nama asalnya Sekolah Untuk Rakyat Indonesia dan Asia, sebuah private school semasa zaman pemerintahan Belanda

20131212_070221

Suria pada asalnya sebuah rumah orang cina yang dibina pada awal tahun 1900an. Sebelahnya adalah rumah Pak Suardi

1560753_10202875751480991_1781330879_n

Pak Saurdi berusia lewat 70an. Seorang pesara kerajaan

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan

Advertisements

2 responses to “Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s