Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 12 Disember 2013~ Khamis (Hari Keenam)

Pariaman – Padang (50km)

Kami mengambil keputusan untuk memulakan kayuhan agak lambat sedikit hari ini kerana kami Cuma perlu berkayuh sejauh 50km di atas jalan yang agak rata. Sebelum itu kami sempat singgah di mercu tanda yang terletak ditengah-tengah Kota Pariaman. Ia adalah sebuah menara yang mengandungi satu objek berkepala wanita tapi berbadankan kuda dan bersayap. Mengikut penduduk tempatan, ia adalah Buraq. Pesta mengarak buraq ini masih diamalkan sehingga sekarang pada setiap hari Asyura iaitu 10 Muharram. Sila baca link ini untuk keterangan lanjut

Kami telah diingatkan oleh Afif untuk mengikut jalan pantai ke Padang. Puas juga kami berpusing-pusing mencari jalan tersebut. Setelah bertanya berkali-kali dengan penduduk tempatan, rupanya persimpangan ke jalan tersebut agak terlindung. Jalan pantai ini adalah sepanjang 20km. Tidak banyak kenderaan dan ternyata pemandangannya indah. Sedikit kelainan setelah berhari-hari disajikan dengan pemandangan sawah padi dan gunung-ganang. Dapat dilihat aktiviti-aktiviti nelayan disekitar kawasan ini. Jalannya agak rata tapi terdapat jalan-jalan yang ditenggelami air dan rosak. Seminggu sebelum kami tiba di SUMBAR, Padang dan Pariaman mengalami banjir. Hujan yang turun hampir setiap hari selama 3 minggu sehinggalah hari kami tiba di Danau Maninjau. Nasib menyebelahi kami apabila hujan berhenti dan matahari menyinar sebaik sahaja kami sampai di Pariaman dan Padang seterusnya.

1002060_10152151380793430_2090901312_n

Boraq – Mercu tanda di Pariaman

1604509_10152151380993430_1786774110_n

Landasan keretapi (as if others don’t know LOL)

1505088_10152151380933430_2055622249_n

Monument menceritakan tentang pendudukan Jepun satu ketika dahulu

1609680_10152151381053430_840274319_n

Saya lupa apa nama tempat ini

1017530_10152151381183430_319007043_n

Pantai Pariaman menghadap samudera ~ Laut Hindi

1520707_10152151381238430_230059518_n

Sebuha pulau berdekatan pantai disinari tepat matahari

1601580_10152151381283430_1469492603_n

Evakuasi

1512506_10152151381318430_1708486977_n

Mural menyelamatkan hidupan laut

1551663_10152151381313430_1754926606_n

penyu menangis

1545962_10152151381843430_720437183_n

Ada juga permainan air utk disewa

1606917_10152151381953430_1563841296_n

Bentuk sampan-sampan di Pariaman. Sesuai untuk lautan lepas yang kuat ombaknya

1510689_10152151381443430_1805513318_n

Kanak-kanak sekolah

20131212_075730

Masing-masing menunjukkan hasil kerjatangan untuk sekolah

banjir

Sesetengah tempat masih bah

1525647_10152151382343430_2121962824_n

Bah kedua yang kami redah selepas di Dumai

20131212_075906

Pasar ikan

61482_10152151381563430_1556553847_n

Ikan besar-besar

1503436_10152151381748430_1903858799_n

Nelayan dan pembeli sibuk berurus niaga

IMG_3589

Kawasan ini terkenal dengan makanan lautnya

1521507_10152151382658430_987180738_n

Tapi sayang, makanan mereka dibiarkan terbuka ditepi-tepi jalan. Tidak berani kami mencubanya

1601223_10152151382713430_1339445427_n

Antara masjid yg didalam pembinaan. Sebelah masjid ini adalah sungai dimana diseberanganya ada lagi sebuah masjid yang telah siap

1551522_10152151382853430_1365368159_n

Jalan rosak/dalam pembinaan sejauh kira-kira 2 km

1476425_10152151383168430_882823934_n

Abang Syaaban membuat cubaan memotong sebuah lori

IMG_3588

Khemah pengantin tertutup

IMG_3594

Agak pelik bentuk muka bumi disini. Seperti sebuah kawasan “peat bog”

1546307_10152151382503430_1313106434_n

Kami berhenti bersarapan disini. Kami seronok dapat bercerita dengan makcik ini yg merupakan ibu kepada pengusaha warung ini. Dia sedang bercerita tentang Malim Kundang

Kira-kira 28km lagi menuju ke Padang, kami telah singgah disebuah gerai menjual buah tembikai. Ternyata penjualnya sepasang suami isteri yang pernah tinggal dan bekerja di Malaysia. Rata-rata penduduk di SUMBAR yang kami jumpa, pasti pernah bekerja atau masih mempunyai saudara mara di Malaysia. Malah saudara Rosli ini (penjual tembikai) pernah ikut sama dalam gerakan reformasi satu ketika dulu. Pariaman dan Padang pernah mengalami gempa bumi yang teruk pada tahun 2009 berkekuatan 7.6 skala Richter dan telah mengorbankan kira-kira 1,117 orang. Rosli dan isterinya menceritakan kepada kami detik-detik cemas semasa berlakunya gempa. Semua penduduk panic dan mencari tempat tinggi bimbang terjadinya tsunami seperti di Aceh pada tahun 2006.

Sedang kami asyik bercerita dan menikmati buah, tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbasikal melalui hadapan kami. Ternyata dia adalah Afif! Beliau telah berkayuh sendirian dari Padang untuk menyambut kami. Setelah berehat sebentar, Afif dan kami semua berkayuh ke Padang. Ternyata kota Padang terletak kira-kira 23km dari pinggirannya. Jika tiada Afif, saya pasti kami akan sesat dan bingung mencari tempat beliau. Jam 11.30 pagi kami tiba di rumah makan yang selalu menjadi tempat perkhemahan rakan-rakan Afif, baik tempatan mahupun pesikal barat.

20131212_100424

Berhenti disini menikmati buah tembikai dikala matahari mula terik

1512759_10152151383463430_1705863827_n

Cantik dan manis isinya

1495515_10152151383563430_88943668_n

Afif yang kami kenali dari FB. Akhirnya bersua muka buat pertama kalinya disini

1525071_10152151383768430_1979254773_n

Afif dengan basikal Federalnya

1545645_10152151384198430_1286287231_n

Front and rear rack Afif adalah handmade by the local

1525780_10152151385713430_678010054_n

Lintasan keretapi yg selari dengan jalan amat merbahaya untuk pesikal.

1521640_10152151384873430_1533881562_n

Papan bunga ucapan selamat

1017550_10152151385358430_767971675_n

Anak-anak sekolah

1524579_10202875752001004_935794382_n

Ampera bermakna kedai makan yang menyediakan nasi campur

1549481_10202875752041005_1647810810_n

Dikawasan lapang sebelah warung inilah petouring tempatan dan luar berkhemah sementara di Padang

Pada masa ini, perut saya sudah mula tidak selesa dan menolak untuk makan tengahari. Kemungkinan perut saya tidak sesuai dengan masakan tempatan yang banyak menggunakan lengkuas dan lada hitam/putih dalam masakan mereka. Kami menolak untuk berkhemah disebelah rumah makan tersebut kerana rasa kurang privacy. Kami ke pantai berdekatan dan mencari lokasi sesuai. Terdapat sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan anak-anak mahasiswa di petang hari. Setelah mendapat keizinan dari tuan punya kedai, Kak Ina, kami pun mula menjemur semua pakaian dan barang kami yang basah setelah beberapa hari meredah perjalanan dalam keadaan hujan gerimis. Untuk tidak mengganggu business Kak Ina, kami hanya akan mula memasang khemah diwaktu malam.

Tidak berapa lama kemudian kami dikunjungi oleh rakan-rakan Bikepacker Minangkabau yang lain. Mereka kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa universiti di sekitar Padang. Yang paling awal sampai adalah Kukuh (sepupu Afif) dan Soyana (nama FB) atau nama sebenarnya Hikmah. Kawasan kami berkhemah adalah dikenali sebagai kawasan kos ataupun tempat bilik sewa penginapan anak-anak mahasiswa luar kampus.

Petang itu rakan-rakan yang lain bersama Afif dan Soyana telah berkayuh ke Padang MTB, Toko Sepeda Kurnia dan kedai outdoor Eiger yang terletak kira-kira 15km dari tapak perkhemahan kami. Saya membuat keputusan untuk tidak ikut kerana perut yang meragam. Selain itu saya juga boleh menjaga barang-barang kami. Setelah mereka pergi, Kak Ina membuatkan saya jus buah naga dan duduk berbual dengan saya. Pelbagai topic yang diceritakan dari kisah gempa bumi tahun 2009 hinggalah susahnya mencari peluang pekerjaan di Indonesia. Suaminya baru beberapa hari mendapat kerja sebagai pemandu lori. Ianya pasti akan dapat menampung kos perbelanjaan keluarga ditambah pula dengan musim cuti universiti kerana rata-rata pelanggannya adalah terdiri dari mahasiswa.

Menjelang pukul 5 petang, mahasiswa mula membanjiri gerai Kak Ina. Yang menjadi tarikan adalah jagung bakar yang menurut Kak Ina disapu dengan bumbu istimewa. Kalau ditempat kita Cuma disapu margerin dan garam, tapi disini rasanya agak pedas. Sedap tapi agak pedas buat saya. Saya pada ketika itu sudah mula mengalami sakit perut yang memulas dan kerap ke toilet. Kami yang berkhemah disitu terpaksa menggunakan toilet di masjid yang terletak kira-kira 500m jaraknya. Walaupun Kak Ina membenarkan kami menggunakan toilet berdekatan iaitu sebuah rumah kos untuk mahasiswa, tapi agak tidak selesa kerana kurang bersih dan kurang privacy kerana ia merupakan rumah kos mahasiswa lelaki.

Rakan-rakan yang lain kembali ke tapak perkhemahan pada jam 6 petang. Afif dan beberapa rakannya yang lain turut bersama kami. Mereka adalah Kukuh, Nadia, Heni dan Jefri. Malam itu kami memasak sendiri dengan dibantu oleh Nadia dan Heni. Kami merasa amat seronok dapat berkenalan sambil memasak dan makan malam bersama. Tapi saying saya tidak dapat berbual lama dengan mereka kerana saya tidak berasa selesa dengan keadaan perut saya. Tidur didalam khemah dibuai dengan bunyi ombak menghempas pantai memang mengujakan!

375691_10202875754241060_206736386_n

Soyana (nama FB) atau Hikmah, selalu berhubung dengan King di FB akhirnya bersua muka di Padang

1507907_10152151386048430_1332842517_n

Basikal milik Afif

1534427_10152151386158430_1749183587_n

Basikal milik Soyana

1508592_10202875753441040_1259040628_n

Setelah berhujan berhari-hari, inilah kesempatan bagi kami menjemur semua pakaian dan peralatan kami yang basah dan memberatkan beg

20131212_182027

Kawasan perkhemahan pilihan kami, ditepi pantai

1525749_10152151385998430_523497553_n

Abg Syaaban sedang berbual-bual dgn pemilik kedai yang membernakan kami berkhemah dikawasan kedainya

1601545_10152151386868430_1668721251_n

Setelah berehat, mereka menuju kota Padang

1476429_10202875756041105_1765547734_n

Macam comel jerrr

1560595_10152151387403430_1498036339_n

Sepeda untuk disewa

1604532_10202875756721122_2032350343_n

Monument memperingati kejadian gempa pada tahun 2009

1551480_10202875755761098_1928689964_n

Monument memperingati mangsa gempa 2009

IMG_3612

Puisi-puisi yang dititip untuk mangsa-mangsa gempa

IMG_3621

EIGER – satu jenama barangan outdoor terbesar di Indonesia

1510850_10152151388228430_164149498_n

Kedai basikal terbaik di Padang

1502567_10152151388318430_1280601209_n

Di rumah club – Padang MTB

1511273_10152151389198430_1122761482_n

Nadia dan Heni pula datang lewat petang itu untuk bertemu dengan kami

20131212_134458

Khemah kami menghadap lautan lepas ~ Lautan Hindi

1510996_10152151386018430_293130244_n

Kami amat menghargai kesudian mereka datang menyambut kami

1601221_10152151389543430_304243267_n

sedang memasak spaghetti

7560_10152151389648430_2056020877_n

Nadia dan Heni membantu kami memasak

1010727_10152151386428430_819195553_n

Antara lauk pauk malam itu

1545000_10202875763681296_134048906_n

Ikan, udang, sotong bakar ala portugis, spaghetti, mee segera, jagung bakar, nasi beriani segera dan nasi bungkus.

1521536_10152151390488430_722384411_n

Berselera semuanya dgn lauk yg agak simple ini

1526234_10152151390618430_1050560377_n

Jefri tiba agak lewat

1604455_10152151390118430_917190896_n

Habiskan! kata wak

1558520_10152151389493430_700743288_n

Jagung bakar pedas!

1536656_10152151380803430_407828216_n

khemah-khemah kami

1601002_10152151390718430_644409337_n

waktu untuk tidur!

 

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan

Advertisements

4 responses to “Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 12 Disember 2013~ Khamis (Hari Keenam)

  1. assalam, sebenarnya saya belum habis baca keseluruhan pengembaraan yang ditulis dalam blog ni, tapi saya suka membacanya kerana saya juga pengembara, cuma cara yang berbeza. Tahun depan 2015, rakan2 beskal merancang membuat touring dari Dumai ke Pekan Baru (+- 10 riders). Mungkin tuan/puan bole memberikan nasihat dan panduan kepada saya. terima kasih.

    • Wassalam. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

      Pada pendapat saya, semuanya bergantung pada budget, masa dan tujuan kayuhan tersebut. Kalau masa pendek dan kurang budget serta asalkan boleh kayuh, Dumai – Pekan Baru is ok. Nothing much, tiada bezanya dgn suasana di Malaysia. Tidak banyak perbezaan budaya dan masyarakat yg dapat kita alamai.
      Tapi alang dah pergi, lebihkan sikit masa dan duit, terus jer dari Dumai naik bas atau kenderaan angkut ke sekurang2nya Bangkinang (sudah masuk ke Sumater Barat) dimana pemandangan, budaya masyarakatnya sudah berbeza dgn masyarakat Riau. Cuaca juga sudah agak kurang panas. (Dumai – Pekan Baru sgt panas dan kering!)

      Apa pun terpulang pada masing2. Tempat biasa2 pun boleh jadi luar biasa kalau kita ada misi/tujuan 🙂

      Kalau punya apa2 pertanyaan lagi jgn segan utk bertanya saya lagi. Saya akan bantu sedaya upaya saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s