Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 15 & 16 Disember 2013 ~ Ahad & Isnin (Hari Kesembilan & Kesepuluh)

Hati Kesembilan

Lembah Harau – Payakumbuh (20km)

Payakumbuh – Dumai (Bas)

Terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di SUMBAR. Saya meninggalkan Harau dengan hati yang berat. Perjalanan ke Payakumbuh seawal jam 7 pagi amat mengujakan kerana diselaputi kabus tebal. Seawal pagi itu jugalah ramai penduduk sekitar Harau dan Payakumbuh keluar beraktiviti. Kelihatan ramai penduduk keluar berjogging dan berbasikal. Satu pemandangan yang menarik kerana ternyata mereka mengamalkan gaya hidup yang aktif.

1527067_10152173631818430_1689785193_n

Meninggalkan Harau sekali lagi dgn hati yg berat

1520807_10152173632198430_727099800_n

Pagi itu kabus tebal

1013761_10152173632103430_1639927539_n

Udara terasa sungguh segar

1607089_10152173632063430_746986247_n

Antara aktiviti penduduk tempatan, membawa anjing mereka bersiar-siar

IMG_3967

Antara penduduk tempatan yang keluar berkayuh

IMG_3984

Terlalu indah tidak dapat digambarkan

1459081_10152173632508430_1417222574_n

Anak-anak muda juga sibuk beriadah

1525530_10152173631938430_629364213_n

Mereka berjogging menuju Lembah Harau

1526619_10152173632423430_528032501_n

Mereka semua ingin menyertai jamboree PSN

IMG_3985

Pagi itu jalan sepanjang menuju ke Payakumbuh sibuk dengan para pesikal

 

Sesampainya kami dijamboree, kami telah disambut meriah oleh pihak Payakumbuh Sepeda Nanjax (PSN). Kami telah diberi penghormatan untuk berada dibarisan hadapan Fun ride dan bermesra dengan Wali Kota. Jumlah penyertaan adalah melebihi 2,000 orang untuk kedua acara fun ride dan MTB. Penyertaan untuk fun ride terdiri dari pelbagai jenis basikal dan peringkat umur. Bagi saya yang tidak pernah menyertai acara sebegini merasa teruja apatah lagi berpeluang merasai pengalaman menyertai acara anjuran negara lain.

1520695_10152173632763430_595555359_n

Basikal Klasik. Abang itu memakai pakaian tradisi orang Minang

 

1016534_10152173632708430_3459241_n

Komunitas Onthel – komuniti basikal antik

1536460_10152173632738430_967669868_n

“I shot the sheriff”

1604592_10152173632598430_1833716541_n

Deretan basikal klasik yang akan meyertai Fun Ride di Jamboree PSN

1528525_10152173633178430_1555196992_n

Basikal emas milik pakcik yang kami jumpa semasa pertama kali sampai di Payakumbuh

8198_10152173633358430_1757881982_n

Jeep

12688_10152173633543430_905997038_n

Bunting besar yg diletakkan di bangunan Bank Rakyat Indonesia (BRI) penganjur bersama. BRI menyambut ulang tahun ke 118

58969_10152173633213430_550388876_n

Peserta datang dari setiap daerah secara berkumpulan

IMG_4007

Pick-up kecil ini telah diubah suai supaya boleh memuatkan 10 buah basikal

IMG_4059

Marshall

1555320_10152173633438430_409465327_n

Mereka adalah peserta MTB

1609854_10152173633818430_318440416_n

Makcik ini berumur 60 tahun. Berkayuh setiap hari untuk menjaga kesihatan beliau. Dia angat merekomen berbasikal untuk menjaga kesihatan

995304_10152173635308430_2123072467_n

Peserta funride memang ramai!

1016356_10152173635948430_1318784224_n

Kanak- kanak juga tidak melepaskan peluang

1526089_10152173633888430_1013104897_n

Peserta fun ride. Kalau di Malaysia, peserta fun ride dressing overkill mengalahkan pro racer

1557485_10152173633838430_1704768216_n

“Peminat” kami.

1546393_10152173633548430_139042987_n

bergambar bersama orang kuat PSN

1536437_10152173634008430_617293355_n

Diberi penghormatan untuk berada dibahagian paling hadapan

1554374_10152173635163430_1066636678_n

Bersama Pengurus BRI Payakumbuh… pssttt yg paling tinggi dan handsome tu lah

1524706_10152173635738430_152081668_n

Barisan VIP. Simple, tanpa khemah tanpa protokol

1526990_10152173635608430_1612284646_n

Wak sedang menyampaikan sticker BPM kepada Wali Kota

1486544_10152173635518430_578460131_n

Mengambil gambar bersama Wali Kota sebelum berlepas

64594_10152173636263430_1028312053_n

Off we go!

943337_10152173647518430_860801174_n

manis-manissss

1509197_10152173648048430_2005599617_n

Terserempak dgn sekumpulan pancaragam sekolah yg sedang mengadakan latihan

1522051_10152173648053430_2085775705_n

sangat comel!

1545835_10152173647348430_784249696_n

Pakcik ini berumur 72 tahun

1601211_10152173636618430_1853565398_n

Comel kan?

1525742_10152173636843430_1815937435_n

A mother and her daughter. Sangat comel!

IMG_4164

Klasik!

IMG_4128

Kereta kuda Payakumbuh

IMG_4129

Peserta wanita dengan basikal klasiknya.

IMG_4127

Makcik ni setia mengikut saya. Kawasan berbukit, selamba jer dia follow saya dengan basikal lipatnya

IMG_4141

Manis-manis staff BRI. Mereka memberikan kami kupon cabutan bertuah. Wak sampai lupa mana dia letak tiketnya hahaha

1530415_10152173637228430_1520068880_n

Berselisih dgn peserta MTB

1546395_10152173649028430_1282362359_n

Dataran tempat tamatnya kayuhan

IMG_4165

Berbeza disini, makanan ringan utk peserta adalah sangat menarik, iaitu telur rebus, pisang rebus dan juga jagung

1511778_10152173651343430_1166889974_n

Peserta MTB yg telah menamatkan kayuhan

156561_10152173650668430_1455356422_n

Group ini memang hebat!

1450695_10152173648683430_1627534393_n

Dihiburkan oleh penanyi dang-dut!

1383760_10152173650733430_31164709_n

Pengerusi BRI menyerahkan hadiah

1526464_10152173648378430_1105666120_n

Sebuah acara yang hebat anjuran PSN yang diadakan setiap tahun

IMG_4177

Wak tak lepas peluang berjoget lambak!

                

Selesai acara, saya telah menghubungi syarikat bas PO Yanti untuk bertanya samada kami boleh mengambil bas mereka di Payakumbuh atau tidak. Saya berasa amat lega bila diberitahu ada tapi kami perlu pergi ke agen mereka. Setelah bertanyakan pada orang tempatan, akhirnya kami tiba ditempat agen pada jam 11.30 pagi, masih awal tapi kami perlu menempah tiket, bimbang penuh kerana kami mesti sampai di Dumai pada keesokan harinya. Sementara menanti bas yang hanya akan tiba sekitar jam 7 malam, kami telah berehat di sebuah masjid yang berdekatan.

IMG_4181

Didalam perjalanan mencari pejabat PO Yanti, sempat juga wak mengambil gambar ini. Pakcik ni tumpang promo syarikatnya apabila nampak Wak mengambil gambar vespa klasiknya ini

Bas tiba agak lewat. Bas yang pertama tiba tiada tempat untuk meletakkan basikal di atas bumbungnya. Kami terpaksa menanti satu lagi bas yang menurut agen mempunyai kemudahan tersebut. Bas tiba sekitar jam 8.30 malam. Lagi sekali kami terpaksa menempuh perjalanan selama 10 jam didalam bas yang penuh dengan perokok tegar.

1010228_10152173633073430_2115143937_n

Bas yang ini mempunya tempat emletak barang diatas bumbungnya. Cukup untuk meletakkan kesemua basikal kami

IMG_4192

King sentiasa menjaga keselamatan walau dalam bas. Seorang kakak tu gelak tak berhenti memerhati gelagat King

 

 

Hari Kesepuluh

Dumai – Pelabuhan Kelang (Feri)

Sesampainya kami di Dumai, har sudah terang. Tanpa melengahkan masa kami terus berkayuh ke pejabat jualan tiket feri ke Pelabuhan Klang yang terletak kira-kira 4km dari pejabat PO Yanti. Pengesahan tiket dan boarding pass berjalan lancer cuma layanan mereka dikaunter agak kurang memuaskan kerana kami tidak menggunakan agen. Kami diminta menunggu sejam dan disuuh mengambil semula passport dan tiket dipelabuhan. Lagi sekali kami dipaksa menggunakan agen secara tak lansungnya. Saya berkeras untuk mereka siapkan segera dan kami sendiri akan bawa tiket dan passport tanpa menggunkan agen. Walau keberatan mereks uruskan juga tetapi melengahkan masa selama setengah jam.

Setibanya kami di pelabuhan sekali lagi agen-agen ini cuba menunjuk lagak mereka dgn memberi layanan keras terhadap kami kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka. Sedangkan pegawai imigresen dan kastam sangat memberi kejasama dan mesra. Yang bagusnya di pelabuhan ini, mereka menerima tukaran wang mereka. King dan Abg Syaaban yang ada banyak lebihan wang rupiah dapatlah menukar kembali wang mereka dengan kadar yang berpatutan.

Kenangan berkayuh di SUMBAR amatlah manis dan tak akan dapat kami lupakan. Masih teringat-ingat dan kami sangat ingin untuk kembali ke sana.

1528764_10202584528523071_636645181_n

Seorang ayah menghantar anaknya kesekolah. Teringat lagu nyanyian Aris Ariwatan

1505059_10202875772841525_1139260554_n

Di Pelsbuhan Dumai. King sedang melihat2 passport dan tiketnya

988421_10202584530203113_752505578_n

Keadaan didalam feri. Mcm dlm Airasia, siap ada pramugara tunjuk langkah2 keselamatan. Memang cozy dlm feri ni.

1512572_10202584531483145_1576466687_n

Ruang cockpit feri

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 & 16 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) & Isnin (Hari Kesepuluh) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai – Pelabuhan Klang

Advertisements

9 responses to “Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 15 & 16 Disember 2013 ~ Ahad & Isnin (Hari Kesembilan & Kesepuluh)

  1. saya dah banyak menyertai fun ride dan jamboree kat malaysia…tapi tengok aje gambar dah tau betapa best nye, siap ada joget lambak kau..pehhh..salam perkenalan kak ija..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s