Kayuhan Merentasi Negeri di atas Awan dan Seribu Bukit di Tanah Tinggi Gayo, Aceh ~ Kutacane ke Blangkejeren

 Mukadimah

Gayo Lues adalah sebuah kabupaten yang terletak di Aceh, Sumatera. Kabupaten ini beribu kotakan Blangkejeren dan mempunyai 11 Kacamatan iaitu Blankejeren, Kuta Panjang, Pining, Rikit Gaib, Terangon, Putri Betong, Blang Pegayon, Dabun Gelap, Blang Jerango, Tripe Jaya dan Pantan Cuaca. Untuk kayuhan kali ini kami telah memilih untuk melalui 4 Kacamatan iaitu bermula dengan Putri Betong, Blangkejeren, Rikit Gaib dan Pantan Cuaca. Keempat-empat kacamatan ini adalah merupakan laluan utama di Gayo Lues. Pembinaan dan pelebaran jalan raya sedang giat dijalankan dilaluan ini dimana ianya merupakan sumbangan dari kerajaan Jepun sebagai ganti rugi/pampasan diatas kependudukan mereka di Gayo Lues pada 1942 – 1945.

peta_gayo_lues

Untuk sampai ke Gayo Lues ini kami telah menaiki feri dari Port Klang ke Tanjung Balai dan kemudian menyewa kenderaan ke Medan sebelum menaiki angkutan yang dikenali sebagai BTN (L300) ke Kutacane, sebuah kota kecil yang terletak di Kabupaten Aceh Tenggara (AGRA). Kayuhan kami bermula dari Kutacane dan kemudiannya merentasi Kabupaten Gayo Lues sebelum memasuki Takengon, sebuah Kecamatan yang dahulunya terletak didalam kacamatan Gayo Lues. Setelah pemekaran semula (2003), kini Takengon telah menjadi sebahagian daripada Kacamatan Aceh Tengah. Kami kemudiannya menaiki kenderaan awam dikenali sebagai labi-labi terus ke Banda Aceh sebelum pulang ke Malaysia melalui jalan darat dan menaiki feri.

Ringkasan perjalanan adalah seperti berikut

Hari 1 – Port Klang > Tanjung Balai > Medan

Hari 2 – Medan > Kutacane

Hari 3 – Kutacane > Ketambe

Hari 4 – Ketambe > Gumpang (Putri Betong)

Hari 5 – Putri Betong > Blangkejeren

Hari 6 – Blangkejeren > Rikit Gaib > Iseise (Pantan Cuaca)

Hari 7 – Iseise > Gelampang Gading (Aceh Tengah)

Hari 8 – Gelumpang > Isaq > Takengon

Hari 9 – Takengon

Hari 10 – Takengon > Bireun > Banda Aceh

Hari 11 – Pulau Weh (Sabang)

Hari 12 – Banda Aceh > Medan

Hati 13 – Medan > Tanjung Balai

Hari 14 – Tanjung Balai > Port Klang

Kayuhan kali ini, saya dan Wak telah membawa 2 rakan kayuhan iaitu Abang Amer (62) dan Wak Husaini (55). Umur bukan menjadi alasan atau faktor penghalang. Minat dan kekuatan mental mengatasi segala-galanya. Keputusan untuk berkayuh di Aceh dibuat dua minggu sebelum tarikh kami pergi. Seminggu sebelum pergi, saya telah dihubungi oleh Kudean yang ingin mengikuti kami ke Tanjung Balai tapi cuma punya 4 hari cuti. Saya telah mencadangkan mereka untuk membuat kayuhan Permatang Siantar > Samosir (Danau Toba). Dia bersama rakannya Azlan belum pernah lagi berkayuh di Indonesia dan saya galakkan mereka untuk merasai sendiri pengembaraan disini tanpa guide atau saya. Beliau nampaknya berani menerima cabaran ini dan telah sama- sama berangkat dengan feri ke Tanjung Balai pada 6 Dis 2014.

Di dalam entry saya kali ini mungkin akan banyak menyebut kacamatan, kabupaten dan sebagainya. Mungkin rumusan tersebut dapat membantu pembaca memahami lebih lanjut.

Maksud kawasan berbanding Malaysia

Probinsi/Provinsi – Negeri : cth Selangor

Kabupaten – Daerah : cth Klang

Kecamatan – Mukim : cth Kapar

Gampong/negeri – kampung : cth Kampung Perepat

Hari 1 (6 Dis 2014) – Port Klang > Tanjung Balai > Medan

Tiket feri telahpun kami beli awal dengan harga RM240 (return) termasuk tax dan lain-lain caj. Untuk basikal pula, perlu pandai untuk berurusn dengan pelbagai pihak dan cara bagi mendapatkan caj yang paling minima. Caj asal yang dikenakan oleh Asa Niaga (operator jeti penumpang) adalah sebanyak RM50 untuk basikal dan caj yang berlainan juga akan dikenakan diatas bagasi kita. Yang penting, BARGAIN! Ya, jangan tak percaya, anda perlu tawar menawar kerana Asa Niaga bukan badan kerajaan.

Sesampai di jeti, ramai kawan-kawan lain telah menunggu kami. Mereka hadir untuk “flag off” dan mengucapkan selamat jalan. Saya sangat terharu dan menghargai kehadiran kawan-kawan. Kami berenam iaitu saya, Wak, Abang Amer, Wak Husaini, Kudean dan Azlan telah bersedia dan bersemangat untuk menuju kedestinasi pertama kami iaitu Tanjung Balai sebelum berpisah untuk menuju kedestinasi masing-masing.

Seawal jam 9 pagi kami telah dipanggil masuk. Kami telah mendapat kebenaran untuk menyorong basikal masing-masing ke feri. Tepat jam 11am, feri pun bergerak menuju ke Tanjung Balai. Kami tiba di Pelabuhan Teluk Nibong pada jam 4 petang waktu tempatan. Sesampainya kami disitu seperti biasa urusan imigrasen dan kastam Indonesia sangat kelam kabut. Dengan tiadanya kaunter khas untuk warga asing, kami perlu berebut-rebut bersama warga Indonesia yang rata-ratanya punya sifat kurang sabar dan suka memotong barisan.

IMG_6119

Antara rakan2 yang sudi hadir untuk “flag off” kami

IMG_6123

Kudean gembira kerana “terlepas”

Selesai urusan saya terus mencari Pak Atan merupakan warga tempatan yang boleh membantu dari segi pengurusan kenderaan dan juga merupakan agen pendaftaran masuk/keluar dijeti Pelabuhan Teluk Nibong ini. Saya mengenali beliau ditrip terakhir saya ke Danau Toba. Setelah berbincang dengan dia dan isterinya (Nevi), kata persetujuan dicapai untuk menyewa MPV beliau untuk perjalanan dari Tanjung Balai > Permatang Siantar > Medan dengan kadar sewa sebanyak IDR 1,200,000.

pak atan

Wak bersama Pak Atan, abang kawasan Telok Nibong

20141206_171621

Nevi, isteri Pak Atan beraksi didepan MPV mereka yang kami sewa. Lihat bagaimana mereka mengikat basikal kami.

20141206_174949

Kanak2 di Tanjung Balai memperlihatkan aksi berani mereka

IMG_6126

Masih terdapat aktiviti2 membasuh pakaiandan mandi-manda di sungai2 di sini

IMG_6135

Nasi Uduk yg berasal dari Jawa sangat popular di Tanjung Balai. Sedap dan murah

Kami tiba di Permatang Siantar sekitar jam 11 malam dan pencarian losmen (rumah tumpangan) untuk Kudean dan Azlan berakhir disebuah losmen berharga IDR 50,000. Sangat murah tetapi kurang selesa kerana bercampur dengan sebuah kelab malam dan keadaan bilik yang sempit dan kotor. Kudean dan Azlan telah bersetuju untuk menginap memandangkan mereka hanya akan tidur sebentar sahaja sebelum menyambung perjalanan dengan berkayuh ke Parapat seawal mungkin keesokannya. Setelah meninggalkan mereka disitu, kami meneruskan perjalanan ke Medan dan hanya tiba disana pada jam 4 pagi. Pemandu telah menurunkan kami di loket (stesen) bas BTN, merupakan satu-satunya operator pengangkutan awam ke Kutacane.

Hari 2 (7 Dis 2014) – Medan > Kutacane

IMG_6141

Stesen bas BTN di Medan. Kelihatan Wak sedang menukar tiub basikalnya yang sudah dua kali pancit walhal belum pun berkayuh lagi

Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak IDR480,000 termasuk basikal. Kami diberitahu, jadual perjalanan terawal adalah pada jam 6 pagi. Perjalanan ini melalui beberapa Kacamatan di Sumatera Timur sebelum memasuki Aceh Tenggara (AGARA). Keadaan jalan selepas Kabanjahe adalah sangat teruk. Jalan-jalan tersebut telah rosak teruk, mendaki dan berliku. Semasa di Kabanjahe kami telah lihat sendiri hujan debu akibat letupan Gunung berapi Sinabung. Gunung berapi tersebut telah meletus semalam dan telah mengakibatkan hujan debu yang agak teruk di Kabanjahe.

IMG_6143

Keadaan basikal kami yang diikat diatas bumbung labi-labi @ L300. Mengalami sedikit masalah gandar di Berastagi

20141207_072755

Hujan debu di Kabanjahe

20141207_073117

Debu volkanik menutupi jalan di Kabanjahe

20141207_075802

Gunung berapi Sinabung yang baru meletus. Masih aktif mengerluarkan debu volkanik

20141207_083232

Keadaan jalan sebaik sahaja memasuki Aceh Tenggara adalah sangat teruk.

20141207_102832

Anda setuju?

20141207_104639

Sepanjang jalan kelihatan aktiviti memecahkan dan menjemur buah pala

20141207_105707

Menghijau

Kami tiba di Kutacane pada jam 2 petang dan terus mencari tempat makan kerana sepanjang perjalanan hampir tiada kedai makan yang halal. Pemandu ada menghentikan kami disebuah restoran yg tertulis rumah makan Islam disebuah kawasan majoriti penduduk Batak Karo. Agak meragukan tahap kehalalannya apabila melihat kepada pengendali rumah makan tersebut. Saya memutuskan hanya untuk memesan mee instant. Tayar basikal Wak telah mula pancit semenjak kami sampai di Medan lagi. Walaupun setelah dipam, tayarnya masih pancit. Perkara pertama yang Wak mahu selesaikan ialah mencari kedai basikal, kemudian baru makan. Dengan rasa agak sedikit geram kerana kelaparan, keletihan, tidak mandi lebih 24 jam, saya dan yang lain-lain mengekori Wak mencari kedai basikal. Setelah puas bertanya dengan penduduk tempatan, akhirnya kami temui sebuah kedai basikal yang ada menjual tayar yg bersesuaian. Ianya milik seorang anggota polis disitu. Tidak banyak pilihan, malah hanya ada satu jenis sahaja tayar yang sesuai iaitu Deli buatan Indonesia.

20141207_120818

Kutacane, ibu kota Aceh Tenggara. Disini barulah kelihatan ciri ke Islaman yang kuat.

20141207_133344

Wak membeli tayar baru dikedai ini berjenama Deli

Setelah selesai barulah kami mencari kedai makan yang ada menghidangkan ayam penyet, mee aceh dan lain-lain makanan tempatan. Kami memutuskan untuk menginap dihotel yang selesa untuk mendapatkan rehat secukupnya setelah mengharungi perjalanan hampir 30 jam. Setelah puas berkeliling mencari hotel, kami akhirnya memilih utk menginap di Sastika Hotel dengan harga IDR150,000 semalam.

20141207_140452

Ayam Penyet

IMG_6154

Kelaparan dan keletihan setelah lebih 24 jam perjalanan tanpa makan yang sempurna

20141207_135350

Pakcik ini menjual burung-burung paya (water fowl). Kalaulah sesuai masanya dah tentu saya beli.

20141207_201743

Berehat sebelum meneruskan kayuhan pada esok hari

Hari 3 (8 Dis 2014) – Kutacane > Ketambe (35km)

Jarak diantara Kutacane ke Ketambe cuma 35km. Saya tidak mahu memulakan kayuhan dengan jarak yang terlalu jauh. Kami perlu menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian daerah ini. Kenaikan ketinggian yang mendadak boleh menyebabkan masalah bagi yang tidak tahan. Untuk tidak mengambil risiko, biarlah perlahan-lahan lagipun saya tahu route ini adalah mendaki tanpa henti. Kami pasti perlukan tenaga yang lebih untuk menghabiskan kayuhan kali ini.

Sebelum matahari menyinar, kami mendahului penduduk tempatan untuk memulakan perjalanan. Kehadiran kami sentiasa mendapat perhatian dan kebanyakkan mereka menyangka kami pesikal dari barat dan menegur kami dengan perkataan “hello mister!”, “where you going”, “morning!” dan sebagainya. Sengaja kami balas dengan “Assalamualaikum!”. Agak terperanjat mereka dan membalas “Waalaikumsalam!” serentak dan ketawa lucu kerana menyedari kami bukan orang ‘bule”. Suku Gayo sangat ramah dan terbuka menerima kunjungan dari orang asing. Saya dapati mereka juga sangat jujur dan tidak pernah cuba menipu kami dalam urusan jual beli walaupu dari awal menyedari kami bukan orang Indonesia.

Gayo Lues atau juga dikenali sebagai Tanoh Gayo adalah didiami oleh suku Gayo yang telah mula meneroka dan membuka tanah disitu sejak berabad lamanya. Boleh dikatakan 100% suku Gayo adalah beragama Islam. Menurut data di Wikipedia, jumlah keseluruhan suku ini sekaranh adalah lebih kurang 85,000 orang. Saya dapati jumlah ini semakin berkurangan berbanding bancian yang telah dilakukan pada tahun 2001 iaitu seramai 200,000 orang. Mereka mempunyai bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Gayo.

Kebanyakkan mereka sekarang tinggal di Bener Meriah, Aceh Tengah dan Gayo Lues. Mereka mempunyai pertalian etnik dengan suku Alas dan Karo yang terdapat di Aceh Tenggara yang bersempadan dengan Sumatera Utara. Menurut sejarahnya suku inilah yang telah mengasaskan Kerajaan Linge dalam abad ke 11. Menurut sejarah mereka juga, Raja Linge ke XIII pada tahun 1533 telah menubuhkan kerajaan Johor di Malaysia dan memerintah sebagai Sultan Alauddin Mansyur Syah.

Disepanjang perjalanan kami dapat melihat aktiviti penduduk tempatan dari berjogging sampailah membawa haiwan ternakan seperti lembu ke ladang. Anak sekolah juga kelihatannya sibuk ke sekolah, ada yang jalan kaki dan ada juga yang menaiki angkutan sehingga ke bumbung. Rata-rata sekolah memulakan sessi dengan perhimpunan. Kehadiran kami sedikit sebanyak mengganggu penumpuan mereka sehingg beberapa kali harus dipanggil oleh guru mereka.

IMG_6169

Petani sedang membawa kerbau ke sawah

Kami singgah bersarapan pagi disebuah warung di tepi jalan. Menu sarapan pagi masyarakat disini hampir sama dengan mana-mana warung di Sumatera iaitu lontong ataupun nasi berlauk. Saya biasanya lebih suka memilih untuk memakan tauhu goreng bersalut tepung. Di dalam warung tersebut kami disapa oleh seorang pemuda yang bekerja sepenuh masa sebagai petani disitu. Darinya kami tahu penanaman ganja masih ada cumanya ianya ditanam ditengah-tengah hutan untuk mengelak dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Selain bertani pemuda itu juga menceritakan tentang kegemaran anak muda gayo berpetualang (mengembara) di dalam hutan selama berhari-hari. Beliau merasa lucu dengan kemahuan kami berkayuh di Gayo. Berkali-kali menggeleng kepala tidak percaya. Katanya pasti lebih seminggu baru kami sampai ke Takengon. Ternyata benar telahannya. Rancangan asal setelah membaca review diinternet adalah selama 4 hari, tapi berakhir dengan 6 hari, itupun terpaksa menaiki kenderaan didua tempat, jika tidak saya pasti kami perlukan 8 hari untuk sampai ke Takengon.

IMG_6203

Sarapan pagi – mee lontong

Perjalanan pada awalnya agak mendatar dan cuma sesekali sahaja terdapat pendakian mudah. Pemandangan pertama yang sangat mengujakan adalan Sungai Kali Alas yang sangat besar, cantik dan bersih. Sungai sepanjang 350km ini berhulu di Hutan Bipak sekitar Keudah dan mengalir melintasi kawasan hutan simpan Gunung Leuser serta 4 kabupaten iaitu Gayo Lues, Aceh Tenggara, Sabulussalam dan Singkil akhirnya bermuara di Lautan Hindi. Sungai Kali Alas ini merupakan tumpuan untuk mereka yang gemarkan sukan “white water rafting”. Jeram-jeramnya dikategorikan sebagai kategori III – IV. Ketambe merupakan tempat paling popular dikalangan rafter luar dan dalam negeri. Di Blangkejeren, penduduk tempatan masih mengamalkan mandi di bulan Safar atau mandi menyambut Ramadhan disungai ini.

IMG_6175

Terpaku kami melihat pemandangan pertama kami

20141208_064452

Sungai Kali Alas

20141208_075557

Abang Amer berhenti rehat disebuah pondok di tepi Sungai Kali Alas

IMG_6183

Dari kiri Wak Husaini, Wak dan Abang Amer

IMG_6218

Antara perkampungan yang kami lewati

IMG_6222

Sebuah sekolah sedang mengadakan perhimpunan pagi

Jalan utama disini disebut sebagai Lintas Gayo yang melintasi Gayo adalah seiring dengan Sungai Kali Alas. Jalan tersebut samada satu paras dengan sungai tersebut atau beberapa ratus meter dari paras sungai. Semakin menghulu semakin besar jeramnya. Jalan ini pada ketika ini sedang dalam proses pelebaran dan naik taraf. Sistem jalan ini telah wujud semenjak zaman jajahan Belanda lagi. Semasa Jepun menakluk Sumatera, mereka telah memperbaiki jalan ini dengan menggunakan penduduk Gayo sebagai buruh paksa. Sebagai pampasan, Jepun telah menaja sepenuhnya pembinaan jalan raya dari Kutacane (Aceh Tenggara) hinggalah ke Takengon (Aceh Tengah) melintasi Gayo Lues. Saya pasti dalam tempoh dua tahun jalan disini sepenuhnya akan berturap dan lebar dan pasti akan lebih banyak pembangunan dapat dilakukan. Ianya baik untuk penduduk tempatan dari segi ekonominya tapi bagi orang seperti saya, kemajuan membawa bersama banyak kesan negatif dari segi sosial. Baiklah anda semua berkunjung kesini sebelum arus kemodenan mengubah landskep dan sosial mereka.

IMG_6228

Lagi gambar Sungai Kali Alas

IMG_6233

Melalui sebuah pekan kecil

20141208_101825

Perjalanan mula mendaki

Jumlah pendakian kami pada hari ini adalah sekitar 360m. Kami telah melewati beberapa kampung dan ladang jagung serta pasar pagi. Kami telah berhenti beberapa kali untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan kadang-kadang ada juga penduduk yang bermotor sanggup berpatah balik dan menegur kami dan sangat ingin tahu sebab kami berbasikal di kawasan ini. Jawapan Wak senang sahaja – “untuk menziarahi dan mengenali suku Gayo”. Bagi mereka adalah amat pelik untuk seseorang sanggup berbasikal di tempat mereka kerana daerah mereka ini juga dikenali sebagai negeri diatas awan atau negeri seribu bukit. Ada juga yang mengesyaki kami adalah pengintip pemerintah (kerajaan) terutama saya kerana sebagai seorang perempuan bagi mereka adalah agak mustahil sanggup berbasikal semata-mata hanya untuk menikmati keindahan tempat mereka. Mungkin kerana mereka sudah imune dengan keindahan semula jadi disini dan mereka juga jarang menerima tetamu dari luar terutama negara lain.

20141208_081528

Suasana pasar pagi

20141208_081603

Pelbagai juadah turut dijual

IMG_6258

Masih terdapat banyak jambatan gantung seperti ini merentasi Sungai Kali Alas

IMG_6264

Kanak-kanak sekolah

IMG_6268

Penduduk kampung sedang bergotong royong memasak untuk kenduri kahwin

IMG_6266

Kanak-kanak ini cacat kakinya kerana tersepit pintu semasa bayi. Wak memberinya agar-agar yang biasanya kami bawa untuk diberikan kepada kanak-kanak disepanjang perjalanan kami

20141208_085433

Ada sahaja penduduk yang ramah menyapa kami. Anak-anak sungai seperti dibelakang kami ini adalah pemandangan biasa disini

20141208_092438

Trek motorcross

20141208_094801

Dimana saja kami berhenti, kami akan menjadi tumpuan kanak-kanak

Kami tiba di Ketambe sekitar jam 2 petang. Sebaik sahaja saya nampak deretan “guesthouse” dikiri kanan jalan, saya tahu ini merupakan destinasi terakhir kami pada hari tersebut. Kelihatan Pak Mus Guesthouse dan Friendship Guesthouse yang banyak disebut di internet, sangat terkenal sbg penginapan pilihan sang backpackers dan peminat sukan white water rafting baik dalam mahupun luar negara. Kami berkayuh perlahan sambil mencari tempat yang sesuai untuk berkhemah. Setelah melewati barisan guesthouse tersebut, disebelah kiri jalan terdapat sebuah pondok menjual ikan pais panggang. Kami berhenti disitu untuk makan tengah hari. Setelah melihat kawasan disitu punya sumber air dan pondok wakaf, kami meminta kebenaran dari pemilik warung untuk bermalam disitu. Alhamdulillah kami diizinkan. Pemiliknya adalah sepasang suami isteri muda berumur 22 tahun bernama Rahimi dan Rahmah. Isterinya sedang sarat mengandung 8 bulan anak pertama mereka.

Oleh kerana mereka tiada nasi, Rahimi telah berbaik hati menawarkan untuk membelikannya untuk kami. Petang itu kami makan nasi berlaukkan ikan sungai yang dipais. Ikan sungai tersebut halus-halus seperti bilis. Beliau juga telah menyediakan pelita untuk kami kerana menurut beliau, pada malam hari kawasan ini adalah sunyi dan gelap. Kedudukannya agak jauh dari rumah-rumah lain. Malam tersebut, Wak telah memasak ikan sadin atau sebutan orang tempatan ikan kaleng. Kaleng itu bermaksud tin atau tong. Memang agak gelap kawasan itu dimalam hari. Habis semua lampu yang kami ada kami gunakan. Pelita Rahimi telah lama padam kerana kehabisan minyak tanahnya.

Tidak berapa lama kemudian, Rahimi datang melihat-lihat keadaan kami dan membelikan kami minyak tanah dan ubat nyamuk. Bilik air disitu hanyalah berdindingkan guni yanb diikat mengelilingi 4 tiang kayu. Tiada privacy kerana betul-betul ditepi jalan dan tidak tertutup dgn sempurna dan hanya berlapikkan kayu diatas aliran air. Sumber air adalah air bukit yang mengalir dikawasan itu. Sangat sejuk dan menyegarkan. Untuk buang air besar, faham-faham sahajalah, kami harus masuk ke dalam hutan! Bilik air disitu adalah untuk kegunaan awam. Ianya ibarat sebuah RNR. Penggunanya adalah mereka yang menggunakan jalan tersebut samaada untuk membuang air ataupun menyiram tayar kereta mereka. Berasap-asap! Pada mulanya saya tidak faham kenapa. Besok barulah saya tahu mengapa.

Setelah memasang khemah masing-masing, kami pun tidur dengan lenanya. Tetapi sekitar tengah malam, kedengaran bunyi sebuah kenderaan berhenti agak lama di tempat kami berkhemah. Abang Amer yang rasa tidak sedap hati, keluar dari khemah dan menyuluh kearah kenderaan itu. Abang Amer bertanya “Ada apa pak?”, pemandunya membalas “Kenapa tidur disini, dibelakang sana masih banyak penginapan yang selesa?”. “Kerana memang mahu tidur disini.” balas Abang Amer. Tidak lama kemudian, pemandu itu berlalu pergi meninggalkan kami setelah membuat satu panggilan teledon. Kami pun menyambung semula tidur kami yang terganggu sehingga pagi.

IMG_6276

Dapat dilihat betapa suburnya daerah ini

10429275_398175846996675_8756721750670444240_n

Rahimi dan Rahmah pasangan muda berusia 22 tahun. Isterinya Rahmah sedang sarat mengandung anak mereka yang sulung

IMG_6285

Kami menumpang makan dan tidur di pondok menjual ikan pais Rahimi di hujung Ketambe

IMG_6284

Rahimi telah menolong kami membeli nasi

IMG_6281

Ikan pais sungai

IMG_6279

Inilah kamar mandi yang kami gunakan. Terletakditepi jalan dan sumber air adalah dari mata air. Sejuk!

20141208_121759

Gerai ini terletak dihujung jalan Ketambe

20141208_132706

Inilah rupa ikan pais itu, Ikan sungi kecil-kecil

IMG_6287

Kemah Abang Amer!

Hari 4 (9 Dis 2014) – Ketambe > Gumpang (kurang dari 45km, tiada maklumat tepat)

Semasa sedang berkemas untuk sedia bertolak, Rahimi telah sekali lagi datang melawat kami. Ternyata beliau amat mengambil berat tentang kami. Kami ceritakan pada beliau tentang kejadian malam tadi. Menurut Rahimi, lelaki tersebut adalah abangnya, Pak Mus pemilik Pak Mus Guesthouse. Dia telah menelefon Rahimi semalam apabila mendapati gerai adiknya itu didiami oleh orang luar. Setelah diberi jaminan oleh Rahimi dan meyakinkan abangnya itu bahawa kami berniat baik dan memang mahu tidur disitu, barulah dia berlalu pergi. Rupa-rupanya Rahimi ini bukanlah calang-calang orang. Dia adalah adik kepada Pak Mus dan keluarga mereka memiliki tanah hampir seluruh Ketambe. Ianya diteroka oleh arwah bapanya dulu.

Dia bercita-cita untuk mengusahakan penginapan seperti abangnya itu. Wak menasihatinya untuk mengusahakan tapak perniagaannya sekarang menjadi tapak perkhemahan. Kedudukannya dipinggir jalan adalah amat stratergik terutama kepada pesikal seperti kami. Beliau menerima baik cadangan kami dan Wak kata, kalau boleh bila kami kembali disini, sudah ada Rahimi Camp atau Rahimi Guesthouse. Kami sama-sama mendoakan yang terbaik buat beliau, seorang pemuda yang baik hati.

Tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki tua berkaki ayam tidak berbaju. Giginya rongak-rongak dan beliau kelihatan seperti sudah tidak mandi seminggu. Tidak berani saya bernafas apabila dia menghampiri saya, bimbang saya akan terbau sesuatu yang kurang enak! Rahimi memperkenalkannya sebagai pakciknya. Dia mengenalkan dirinya sebagai Zailani Pawang Ketambe (!?). “Saya pawangnya Jokowi. Tidak penah bertemu dia, tapi akulah pawang yang memenangkan dia dalam pemilu yang lepas”. Dalam hati saya berkata “Boleh percaya ke ni??”. Dari air muka Rahimi, dapat saya telah rasa kurang senangnya. “Saya dulu bertapa di Gunung Leuser itu, jenggot saya sampai sini!”, katanya sambil menunjuk perutnya. “Kawan saya harimau!”, tambahnya lagi. Kami hanya mendengar dan sesekali menyampuk. “Seluruh Aceh menyokong Jokowi”. Cepat-cepat saya beri isyarat pada Wak untuk meneruskan perjalan. Kalau dilayan mau sampai ke petang nanti.

1013643_398500110297582_288100929458144873_n

Rahimi bersama pakciknya yang mendakwa dirinya sebagai Pawang Ketambe yang terkenal

10419399_398773416936918_5620136662536583718_n

Menurutnya dialah yang telah memenangkan Jokowi dengan ilmunya

Destinasi kami pada hari tersebut adalah Blangkejeren. Kami masih belum pasti lagi dengan bentuk topografi route tersebut. Jaraknya adalah sejauh 74km menurut bacaan saya diinternet dan bantuan dari rakan (Haikal) yang pakar dalam alat navigasi. Google map tidak dapat memberi input kerana menurutnya tiada jalan disitu. Saya dan Wak memang tidak mempunyai meter jarak untuk basikal dan juga tidak menggunakan apa-apa peranti navigasi seperti GPS. Abang Amer pula meternya tidak dapat memberikan bacaan manakala Wak Husaini pula tidak tahu menggunakan alat tersebut walaupun ianya terpasang dibasikal beliau. Jadinya kami mengembara ibarat orang rabun! Kalau menurut review dua buah blog yang ditulis oleh pesikal dari Barat, mereka telah berjaya berkayuh dari Ketambe ke Blangkejeren dalam masa 1 hari.

Kayuhan bermula dengan sebuah turunan yang agak menjunam dan panjang. Sebaik sahaja habis turunan itu, saya rasa seperti mahu pengsan melihat tanjakkan dihadapan. Terlalu curam! Menurut Rahimi, tanjakkan itu adalah sepanjang 3km. Kilometer yang pertama saya lepas, itupun separuh nyawa rasanya. Abang Amer dan Wak Husaini sudah mula mengalah dan menolak basikal. Sehingga 500m berikutnya saya gagal mengawal basikal, mungkin kerana kayuhan terlalu perlahan menyebabkan saya hilang imbangan dan terjatuh. Selepas itu lebih separuh dari 3km itu saya menolak. Terlalu curam dan saya pasti ianya melebihi 10% gradiant. Pendakian berakhir di Puncak Ketambe. Barulah saya terfikir, kenapa banyak kenderaan yang berhenti dan menyiram tayar mereka dengan air sampai berasap-asap semalam. Rupanya mereka terpaksa membrek keras menuruni tanjakkan ini. Bolehkah anda bayangkan kecuramannya?

20141209_071141

Pendakian pun bermula!

20141209_074211

Wak sedang beraksi melawan graviti

20141209_074628

Saya, Wak Husaini dan Abang Amer betul2 berhempas pulas menghadapi pendakian yang disebut sebagai “bukit setan” oleh penduduk tempatan

10424346_405002329647360_5476960093973696573_n

Kelajuan hanya sekitar 3 km/jam sebelum tewas hehehe

20141209_075914

Akhirnya sampai ke Puncak Ketambe

10354613_398775173603409_3841965357408938171_n

Terdapat banyak pondok-pondok rehat seperti ni di puncak

Selepas itu jalan mula menurun dan kembali berada satu paras dengan Sungai Kali Alas. Jalan disitu dibina terlalu hampir dengan sungai. Akibatnya banyak jalan telah rosak atau runtun akibat hakisan. Saya sangka itulah pendakian yang paling teruk seperti apa yang penduduk tempatan katakan. Pendakian ke puncak Ketambe itu tadi disebut oleh orang kampung sebagai Bukit Setan! Ternyata apa yang dikatakan tidak teruk itu adalah seperti GAP – Fraser curamnya, tiada henti! Sesekali ketajaman selekoh dan pendakiannya adalah seperti di Wang Kelian. Setiap satunya adalah sepanjang 2 hingga 3 km. Hanya sesekali turunan kecil dan datar apabila memasuki kawasan perkampungan. Sungai Kali Alas kelihatan semakin deras jeramnya, menunjukkan semakin tinggi jalan yang telah kami daki.

20141209_084226

Kawasan ini mengalami hakisan sungai yang teruk

20141209_112102

Jeram Sungai Kali Alas

IMG_6293

Pemuda kampung ini menusahakan ladang milik keluarganya. Beliau juga ada menceritakan tentang penanaman ganja di hutan Leuser.

IMG_6297

Setuju?

20141209_111357

Penduduk kampung menjemur koko yang merupakan salah satu hasil tanaman utama mereka

Pada mulanya jalannya adalah berturap cantik. Menurut penduduk tempatan ianya baru sahaja diturap. Menjelang petang kami mula memasuki jalan yang sedang dalam pembinaan sebaik sahaja melintasi pintu gerbang yang menandakan kami memasuki Kabupaten Gayo Lues. Basikal Abang Amer mula bermasalah disini. Sesekali gear belakangnya menjadi longgar dan hilang kuasa kayuhan, lalu terpaksa berhenti mengejut dan menyebabkan saya dibelakang terpaksa berhenti diatas lumpur. “Abang Amer yang loose gearnya, saya yang masuk lumpurnya!” gurau saya.

1466171_414951615319098_2712609854439792423_n

Pintu gerbang yang menunjukkan kami telah memasuki Kabupaten Gayo Lueas. Jalan rosak teruk akibat tanah longsor baru-baru ini.

Kami berhenti rehat dihadapan sebuan sekolah. Kebetulan waktu persekolahan tamat. Riuh rendahlah mereka mengerumuni kami. Mereka sangat seronok mendengar percakapan kami, lantas ada yanga berkata “seperti upin dan ipin!”. Wak sempat merakam perbualan saya bersama anak-anak Gayo ini. Semasa mahu meneruskan perjalanan, anak-anak ini berlari-lari mengiringi kami. Mereka kebanyakkannya berjalan kaki kesekolah. Semasa mendaki, beberapa anak-anak perempuan ini menolak basikal saya. Walaupun saya kata jangan kerana bimbang mereka akan penat, tapi mereka tetap menolaknya sehingga saya tiba diturunan. Bergolek diatas rumput mereka menghilangkan penat. Saya hanya ketawa dan penduduk tempatan yang melihat juga turut ketawa lucu melihat adengan itu. Ada diantara mereka berjalan kaki sejauh 2km menaiki dan menuruni bukit untuk kesekolah. Mereka mengikut saya sehingga mereka sampai ke rumah masing-masing.

IMG_6301

Kanak-kanak sekolah sedang mengerumuni saya

20141206_171621

Mereka seromok menolak saya mendaki bukit

 

Kami berhenti disebuah kedai makan berhampiran sungai dan masjid untuk makan tengah hari dan solat. Tuan kedai sedang menikmati sejenis makanan tradisi masyarakat gayo iaitu biji jagung rebus dimasak bersama kelapa parut dan gula. Wak meminta sedikit untuk rasa tapi sebaliknya kami diberi seorang sepinggan! Memang sedap disaat perut berkeroncong. Saya meminta untuk menggunakan bilik air kedai makan tersebut, dia tunjuk arah belakang sambil berkata “Hati-hati, air panas”. Saya kurang faham tetapi sebaik sahaja saya masuk ke bilik air tersebut, saya nampak sebuah kolah, bila saya mencedok airnya, panas! Rupanya air yang disalurkan disitu adalah air panas dari mata air yg terdapat disitu.

20141209_123451

Jagung bersama hampas kelapa yang dimasak dengan api perlahan. Yummy!

20141209_164357

Banyak jalan yang sedang didalam pembinaan/perlebaran

20141209_164939

Jalan ini pula sedang diperbaiki setelah berlaku runtuhan tanah

Masjid yg terdapat diseberang sungai tidak punya sumber air. Untuk bersolat, kita perlu turun kedalam sungai. Pada waktu itu cuaca agak panas. Wak mengambil keputusan untuk mandi lalu bertanya kepada penduduk tempatan tempat yg sesuai. Setelah mandi dan solat, Wak maklumkan pada saya terdapat sumber mata air panas tidak jauh dari belakang masjid. Saya yang pada ketika itu terlalu penat dan ditambah dengan matahari terik memancar, ambil endah tak endah sahaja mendengar cerita Wak. Hanya setelah beberapa hari selepas itu, bila Wak ceritakan kembali, baharulah saya menyesal. Ketika pergi mandi, Wak tidak bawa kamera. Menurut Wak air panas itu seperti mata air yang keluar dari celah batu dan jatuh keatas sebuah batu besar yg berlumut dan air itu mengalir turun disekeliling batu besar tersebut menjadikan seperti air dari ‘shower’. Air itu kemudiannya mengalir ke sungai, maka air di sungai itu berperingkat suhunya dari panas ke suam dan sejuk seperti biasa. Dari gambaran Wak, itulah air panas yang saya hendak cari sebenarnya setelah baca di internet seminggu sebelum pergi! Informasi yang ada hanyalah mengatakan bahawa ianya berada di Blangkejeren.

Kami berehat dikedai makan itu agak lama. Setelah makan mee segera (itu sahaja hidangan yg ada disetiap kedai makan di daerah ini) dan melelapkan mata sebentar, kami pun menyambung kayuhan. Pendakian bagai tiada penghujungnya. Saya sudah mula merasa sangat dahaga dan ingin minum air batu, begitu juga dengan Wak Husaini. Selepas satu pendakian yang panjang, kami nampak sebuah warung kecil menjual lemang. Teringin juga nak menikmati lemang Aceh. Kami pun berhenti tapi sayangnya warung itu tiada ais, yang ada cuma kopi gayo panas. Memang agak susah mencari kedai yg menjual minuman berais di Gayo ini. Mungkin cuacanya yang sejuk maka mereka kurang minum ais. Cuaca disini sebenarnya agak dingin tetapi apabila kita berada dibawah cahaya mataharinya tanpa pelindung, agak perit dan membakar. Walaubagaimanapun kami tetap mencuba lemang bersama kopi gayo. Lemang dihidangkan tanpa pencicah seperti lazimnya di Malaysia. Namun begitu, rasanya cukup lemak dan sedap. Pemilik warung itu adalah seorang lelaki tua yg sedang duduk berehat bersama dua orang lelaki lain berketurunan Batak Toba.

Tersisip dipinggangnya sebilah parang tepek. Wak bertanya senjata apakah itu dan untuk apa. Dia kata parang itu bukan senjata tapi hanyalah sebilah parang pelbagai guna yang memang sentiasa dibawa bersama oleh orang lelaki gayo untuk kerja seharian mereka semasa dikebun mahupun dirumah. Saya perhatikan lelaki tua ini penuh cincin batu ditangannya. Mungkin perasan yang saya sedang memerhati cincinnya, langsung dia bertanya “Apa ada jumpa batu giyok tadi diperjalanan?”. “Apa itu batu giyok?” balas saya. Salah seorang lelaki batak itu menunjuk gelang ditangan saya. “Ooo batu jade.” kata saya mengangguk faham. Dalam hati saya berkata “Nampak pula dia gelang aku.” “Disepanjang jalan di Gayo ini boleh jumpa batu giyok. Sekarang lagi musiman! Cincin saya ini ada yang giyok ada yang batu solar. Semuanya dari daerah ini.” tambahnya lagi.

IMG_6305

Lelaki Gayo bersama dua rakannya berbangsa Batak Karo dari Medan

IMG_6306

Beliau menunjukkan cincin batu giyok (dijari tengah) dan batu solar miliknya yang menjadi kegilaan orang Indonesia sekarang ini.

Lelaki tua itu menasihati kami agar kurang bertanya tentang pasukan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bimbang nanti kami dilaporkan sebagai pengintip dari GAM ataupun Tentera Nasional Indonesia (TNI). “Apa lagi yang perempuan. Mana mungkin perempuan biasa mau berspeda disini!” katanya. Menurut beliau sangat jarang ada pesikal dari barat melalui kawasan ini dan belum pernah lagi beliau melihat pesikal bukan orang barat. Menurut beliau kami adalah yang pertama yang beliau jumpa.

IMG_6311

Bangunan diatas bukit itu adalah sebua sekolah dasar.

IMG_6310

Jalan berliku dan mendaki tiada hentinya

Kami kemudiannya meneruskan kayuhan kami. Pendakian masih berterusan. Naik, naik, naik, turun, naik, naik, turun, begitulah sepanjang hari. Setelah hampit lewat petang saya sudah mula bimbang. Tidak mungkin kami akan sempat sampai ke Blankejeren. Melihat pada tanda di batu jalan, Blang (sebutan orang tempatan) adalah sejauh 30km. Saya menasihati Wak untuk mula mencari tempat untuk bermalam sebelum hari gelap. Akhirnya kami tiba disebuah rumah makan yang agak jauh dari kampung terakhir yang kami lewati. Kedudukannya berada dilereng bukit dan puncak menyebabkan saya rasa teruja. Dikiri kanan rumah makan ini ada wakaf dan sebuah musollah. Rumah makan itu diusahakan oleh seorang wanita berusia awal 40an. Kami meminta kebenaran untuk bermalam disitu dan Alhamdulillah dia izinkan.

Seperti kebiasaannya, apabila menumpang tidur di rumah makan, kami akan membalas jasa baik tuan punya kedai dengan makan dikedainya. Tapi menurut kakak itu, suaminya tiada kerana pulang ke Banda Aceh, oleh kerana itu dia tidak buka pada waktu malam. Tetapi dia bersetuju untuk memasakkan nasi dan mee segera untuk kami. Sebelum hari gelap, Wak terus memasak untuk kami. Cuaca agak sejuk dan kami memutuskan untuk memasang khemah diwakaf untuk mengurangkan rasa sejuk. Saya pasti suhu akan bertambah sejuk menjelang subuh. Selain menguruskan rumah makan, keluarga itu juga mempunyai kedai menjual alat ganti motorsikal, menampal tayar lori dan juga menjual minyak petrol dan diesel. Kedudukanya berada agak jauh dari rumah penduduk lain.

Setelah makan, kami berehat-rehat sambil berbual dihadapan rumah makan tersebut sementara kakak itu mula mengemas kedainya untuk ditutup. Tiba-tiba, sebuah motor berhenti dihadapan kedai. Penunggang sama pemboncengnya turun dan mendekati kami. Penunggangnya terus menuju kearah saya dan berkata “Saya kenal kakak!”, berulang-ulang kali. Saya terpinga-pinga. Terus saya teka, “melalui FB?”. ” Iya lah! Saya memang tahu kakak mahu kemari. Melalui FB Backpacker Aceh. Tapi saya tak tahu kakak mahu tiba hari ini. Kedai ini punya mamak (emak) saya” ujarnya tersenyum lebar.

10426556_398780503602876_5403572666668067217_n

Wahyudi. What a surprise!

Ternyata Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Kebetulan yang tidak terfikirkan. Nama beliau ialah Wahyudi berusia awal 20an dan bekerja sebagai renjer hutan Taman Negara Leuser. Selain menjadi renjer, beliau juga menjadi pemandu arah untuk mereka yang ingin mendaki gunung di kawasan taman negara ini termasuk Gunung Leuser (3,404m) dan Kemiri (3,314m). Untuk mendaki Leuser, seorang pendaki memerlukan 8 hari untuk mendaki dan 7 hari untuk turun! Bayangkan betapa tebalnya hutan dan tingginya gunung itu. Kepada yang berminat boleh la menghubungi beliau di +6281361225496, sebagai seorang ranjer, saya pasti perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.

Sedang asyik kami berbual, termasuklah kisah perjalanan kami dan pertemuan dengan Rahimi dan pakciknya yang mengaku sebagai Pawang Ketambe, tiba-tiba dua buah lori tangki minyak Pertamina berhenti dihadapan kedai. Menurut Wahyudi ianya lori yang membekalkan minyak kebeberapa buah stesen minyak di Blangkejeren. Bekalan minyak adalah dari Kutacane. Kelibat salah seorang dari kelendan lori tersebut seperti saya kenali. Sebaik sahaja saya mengenalinya, saya terus memandang Wak dan Abang Amer sambil tersenyum. Ternyata kelenden itu adalah Pawang Ketambe itu! Saya memberi isyarat mata kepada Wahyudi sambil berbisik, “Itu Pawang Ketambe!”.

Satu lagi kebetulan yang tidak disangka dan ianya sangat melucukan. Dia seakan-akan berpura-pura tidak mengenali kami dan mungkin juga berharap kami tidak mengenali beliau. Wak dengan selamba menegur, “Wah! Hebat kamu….sudah sampai disini ya!”. Tersipu-sipu dia membalas, “Iya, saya pantau lori-lori Pertamina ini” bilangnya tidak mahu mengalah. Kami hanya tersenyum dan pura-pura percaya. Setelah mereka berlalu pergi kami sambung perbualan kami sehingga jam 10 malam. Menurut Wahyudi rumahnya ini terletak di Gumpang Kecamatan Putri Betung. Nama Putri Betung itu ada kaitan dengan kerajaan purba Lingga dan menurut cerita rakyat, Putri Betung itu beribukan seekor gajah putih. Sekitar jam 11 malam kami pun masuk ke khemah masing-masing. Kepenatan dan suhu yang dingin, mudah sahaja untuk saya melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak sehingga pagi.

Hasil dari pencarian saya dinternet, barulah saya tahu bahawa jumlah pendakian kami pada hari tersebut adalah sekurang-kurangnya 737m kerana Ketambe berada di ketinggian 439mdpl manakala Gumpang pula adalah 1,176mdpl. Patutlah suhunya terlalu sejuk.

Hari 5 (10 Dis) – Gumpang > Blangkejeren (kurang dari 30km, tiada maklumat tepat)

Saya bangun seawal jam 5 pagi untuk terus berkemas agar dapat bergerak seawal mungkin. Suhu pagi itu memang terlalu sejuk. Tidak mungkin saya mandi air gunung! Maka saya pun hanya menggosok gigi dan membersihkan badan lebih kurang sahaja. Sebaik sahaja hari mulai terang, kabus tebal menyelubungi. Pemandangan dari wakaf temoat kami berkhemah sangat mengagumkan. Tak habis-habis saya memuji kebesaranNya yang menjadikan alam ini. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menikmati pemandangan ini. Rumah makan kepunyaan ibu Wahyudi ini berlatarbelakangkan rangkaian pergunungan dan puncak Leuser dan Kimiri. Setelah mengambil gambar kenangan bersama Wahyudi, kami pun meneruskan perjalanan kami.

20141210_070342

Bergambar kenangan bersama Wahyudi di hadapan kedai dan kediaman keluargnya

20141210_070405

Pemandangan dibelakang rumah Wahyudi

20141210_070454

Pondok dimana kmi menumpang tidur

Memandangkan kedudukan kami sekarang diparas melebihi 1000m dari paras laut, kami seumpama berkayuh diatas awan. Subhanallah, Masyaallah tak putus-putus keluar dari mulut kami. Sungai-sungai kecil berjeram, bersih dan cantik banyak yg mengalir dari kawasan pergunungan masuk ke Sungai Kali Alas. Sawah padi terbentang luas dihiasi pondok-pondok kayu tempat rehat sang petani. Anak-anak kecil berlari-lari ke sekolah dan petani mula sibuk bekerja diladang masing-masing. Disepanjang jalan kita akan dapat lihat hasil tanaman atau ladang mereka yang dijemur ditepi jalan seperti buah keras, koko dan kopi. Kelihatan juga petani sedang memecahkan buah keras dengan sejenis peralatan dengan memukulnya ke batu atau lantai.

IMG_6315

Pemandangan yang mengagumkan di Putri Betung

20141210_071846

Jalan yang cantik

20141210_071900

Sesuai dengan namanya ‘negeri diatas awan’

20141210_071942

Terasa bagaikan berkayuh merentasi awan

20141210_071949

Wak dan Abang Amer

20141210_073123

Pemandangan yang sangat mendamaikan

20141210_073503

Sawah padi

Kami diberitahu untuk bersarapan di kampung terdekat kerana jarak antara kampung tersebut dengan kampung lain agak jauh. Dan mengikut Wahyudi, pendakian juga agak keras sebelum turunan sejauh 5km ke Blangkejeren. Wahyudi juga kurang pasti jarak sebenar ke Blangkejeren tetapi memberi anggaran sekitar 25 – 30km. Kali terakhir saya melihat tanda batu jalan semalam, Blang adalah sejauh 30km lagi. Jadi saya anggarkan mungkin masih ada sekurang-kurangnya 28km lagi.

Di kawasan pergunungan ini, perkampungan terletak dilembah-lembah. Untuk sampai ke satu-satu perkampungan itu, kita akan melalui jalan mendaki dan kemudian turunan masuk ke perkampungan. Jadi disetiap pendakian hampir tiada rumah penduduk. Kami harus bijak mengagak jumlah air yang perlu kami bawa. Tidak terlalu banyak hingga membebankan dan tidak terlalu sikit sehingga tidak cukup.

Abang Amer nampaknya terlebih bersemangat pagi ini. Beliau berkayuh agak jauh kehadapan. Tidak sempat saya memberitahu beliau untuk berhenti dimana-mana warung yang terdekat untuk bersarapan pagi. Saya mengambil keputusan untuk berhenti sahaja disebuah warung walau dia tidak kelihatan. Sekiranya dia tidak berpatah balik, saya akan bungkuskan makanan untuk dia. Tetapi pemilik warung makan itu berbaik hati meminjamkan motorsikalnya kepada Wak untuk menurut Abang Amer.

Pemilik warung itu adalah seorang wanita muda yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Menurutnya dia hanya bekerja selama 3 minggu dimana dia telah melarikan diri apabila majikannya (berbangsa Cina) cuba berniat tidak baik terhadap beliau. Cantik dan manis orangnya, tambah pula ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan masih belum berkahwin. Dia telah melarikan diri ke balai polis dan minta dihantar pulang. Sebulan juga prosesnya untuk dia kembali ke Aceh. Setiap TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berhadapan dengan masalah akan diberi bantuan untuk memulakan hidup baru ditempat asal mereka. Dia telah diberikan modal untuk memulakan perniagaan warung itu. Kini dia telahpun berkahwin dan dikurniakan seorang cahayamata dan berasa serik untuk merantau lagi.

20141210_075812

Wak sedang memerhatikan wanita yang pernah bekerja di Malaysia. Dia sedang memasak nasi goreng mengikut resepi Wak

Kami menghabiskan masa hampir satu jam disitu kerana saya menumpang mengecas power bank dan tab saya. Apabila berkembara begini, saya membawa dua power bank untuk memastikan semua peralatan saya seperti kamera dan handphone dapat dicas apabila tiada bekalan elektrik. Setelah itu kami meneruskan perjalan. Dikiri kanan jalan kelihatan penduduk menjemur hasil pertanian mereka seperti kopi, koko dan buah keras. Kelihatan juga mereka sedang memisahkan kulit kopi dari bijinya menggunakan mesin yang masih tradisional.

20141210_085052

Wak sedang memberi madu kepada Abang Amer sebagai sumber tenaga pantas

20141210_091556

Abang Amer berlatar belakangkan Sungai Kali Alas

20141210_090538

Seorang lelaki dari Takengon datang melawat ladangnya di Putri Betong. Beliau memberikn nombor telefonnya untuk kami hubungi sekiranya bermasalah

IMG_6322

Mesin pengisar kopi memisahkan biji kopi dari kulitnya

Sesekali kami perlu menempuh jalan yang rosak yang sedang diperbaiki akibat tanah longsor dan ada juga berbatu kerikil kerana didalam proses pelebaran. Ini memperlahankan lagi progres kami. Pendakian ranpa henti juga memaksa kami banyak berhenti rehat. Apabila matahari mula terik dan kayuhan bertambah perlahan kami ambil keputusan untuk berhenti rehat dan minum disebuah kedai.

Sebaik sahaja memasuki kedai tersebut, kelihatan seorang pemuda tempatan sedang membersihkan senapang. “Senapang?! Wahhh….seram juga ni!” kata saya dalam hati. Wak terus menyapa pemuda itu “Senapang angin ya?”. Dia mengangguk tersenyum. “Oh…senapang angin”, lega hati saya. “Apa tidak salah punya senapang angin disini?”, tanya Wak. “Ya tidaklah. Untuk tujuan menjaga tanaman dari hama ya gak apa-apa” katanya tersenyum. Hama itu bermaksud musuh tanaman seperti monyet dan babi hutan. Menurutnya harga senapang itu adalah sekitar 2 hingga 3 juta rupiah. Agak murah juga. Kami berbual dengannya hampir satu jam. Kami bertanyakan apakah haiwan yang boleh didapati dihutan ini dan apakah tiada larangan memburu. Menurutnya sebagai orang asal disitu mereka boleh memburu hampir apa sahaja untuk kegunaan sendiri kecuali harimau. Mereka sering memburu rusa, napuh, landak dan juga ayam hutan. Di sungai Kali Alas ini masih kaya dengan hasil ikan yang hampir pupus di Malaysia seperti ikan Kelah, Tengas dan Jelawat. Harganya masih lagi murah. Malangnya pada ketika ini, musim hujan dimana air terlalu keruh dan agak sukar untuk menangkap ikan-ikan itu. Tiada rezeki kami nampaknya. Beliau juga menunjukkan beberapa gambar hasil tangkapannya dari telefon bimbitnya termasuklah gambar ikan kelah sepanjang sedepa dan juga anak harimau yang telah termasuk dalam jerat rusa.

IMG_6324

Jambatan besi yang dibina merentasi sungai-sungai yang lebar

IMG_6325

Seorang lelaki sedang menservis senapang angin milik beliau

20141210_105231

Wak menggayakan senapang angin

Beliau juga turut bercerita tentang batu giyok. Nampaknya seluruh Gayo ini sedang dilanda demam batu giyok! Gayo menurutnya bukan sahaja kaya dengan batu giyok tapi juga emas, berlian dan lain-lain batu berharga. Salah seorang dari rakannya menunjukkan sebutir batu yang didakwanya berlian muda atau lebih dikenali sebagai batu kecubung air. Beliau menemuinya di sungai Kali Alas ketika sedang memancing. Cantik juga batu itu, berbucu tajam dan berkilau seperti berlian.

IMG_6327

Batu kecubung

Menurut orang kampung, Blang masih jauh iaitu kira-kira 1 jam perjalanan lagi sekiranya berkereta. Ini bermakna 4 jam untuk kami yang berbasikal atau mungkin lebih. Ketika kami berada dipuncak tertinggi, cuaca menjadi semakin gelap. Tidak lama kemudian hujan mula turun dan bertambah lebat. Tiada perkampungan disitu untuk kami berteduh. Dengan suhu yang sangat sejuk kami mencari-cari tempat yang selamat untuk berteduh. Setelah hampir 10 minit berhujan kami nampak sebuah pondok dilereng bukit itu. Nampaknya ada beberapa penunggang motorsikal berhenti berteduh disitu. Bersesak kami didalamnya. Mereka semua kehairanan melihat kami dan suasana didalam pondok tersebut agak canggung. Abang Amer seperti biasa, ramah membuka mulut untuk mula bercerita. Sambil menggulung rokok tembakaunya dia berbual dengan mereka. Seorang demi seorang mahu mencuba tembakau Abang Amer. Akhirnya satu pondok dipenuhi asap tembakau Abang Amer! Apabila hujan reda, tanpa menunggu berhenti, kami meneruskan perjalanan.

IMG_6330

Mendaki dan terus mendaki tanpa henti

IMG_6331

Kesan tanah runtuh

20141210_121117

Hutan tebal berhampiran Hutan Simpan Gunung Leuser

20141210_122844

Take 5

20141210_141757

patutlah disebut sebagai negeri seribu bukit!

Kawasan yang kami lalui ini agak lebat hutannya. Ia dikenali sebagai Kedah dan sememangnya terkenal dikalangan pencinta alam. Seperti Ketambe aktiviti yang biasa dilakukan ialah melihat orang hutan, jungle trekking dan rapid. Pemandangannya memang sangat luar biasa. Terdapat juga banyak kesan runtuhan tanah.

Setelah hampir 3 jam berhempas pulas mendaki didalam hujan dan terik matahari, kami melintasi sebuah pintu gerbang yang menunjukkan kami telah memasuki Kabupaten Blangkejeren. Saya menarik sedikit nafas lega. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan hampir jam 2 petang. Tak jauh dari pintu gerbang tersebut kami boleh nampak bandar Blankejeren yang terletak disebuah lembah dari kejauhan. Tidak lama selepas itu kami mula menuruni jalan yang saya kira sejauh 5km! Seronok betul setelah penat mendaki tanpa henti.

20141210_134623

Masih banyak pendakian selepas ini. Wak samaikan sudah tak berbaju

Dari jauh saya nampak sebuah warung ditepi jalan. Memandangkan kami belum lagi makan tengah hari saya cadangkan untuk makan sahaja disitu. Lagipun sudah seharian saya tidak ke toilet! Seperti biasa, gerai itu juga hanya ada mee segera. Perut lapar, keletihan, apa lagi pilihan yg boleh dibuat? Saya pesan kepada pemilik warung (seorang wanita muda berusia pertengahan 20an) untuk meletakkan lebih sayur dalam mee saya. “Sebelum adik masak, boleh saya tumpang kamar kecilnya untuk buang air”. “Dikedai ni gak ada kak, tapi klu kakak mahu saya tunjukkan tempatnya”. Saya pun mengekori beliau sehingga kira-kira 200m dari kedainya. Saya terpinga kerana tidak kelihatan sebarang pondok yang layak dipanggil kamar kecil disitu. “Disini saja kak”. Beliau menunjuk ke arah aliran air bersih yang agak deras didalam sebuah lubang ditepi jalan. Mungkin perasan mata saya terbeliak agaknya, beliau kata “Usah bimbang kak, orang tak nampak….kakak masuk saja ke dalam”. Sekali lagi, apa lagi pilihan yang saya ada? Nekad kerana sudah tidak tahan menahan kencing, saya turun ke lubang itu. “Eh….betullah orang tak nampak” gumam saya setelah masuk dan mencangkung. Disebabkan aliran air yang deras, tempat itu bersih dan nampaknya memang tempat untuk membuang air kecil.

IMG_6340

Kebanyakkan penduduk masih menggunakan dapur kayu walaupun tong gas LPG mudh didapati

IMG_6337

Guni berisi serai wangi digolekkan dari atas kebawah untuk dismabut oleh isterinya

20141210_151843

toilet ditepi jalan yang diguna oleh saya

Setelah melepaskan hajat kecil itu, saya rasa seperti kanak-kanak nakal yang baru sahaja melakukan sesuatu yang dilarang! Sambil berjalan menuju ke warung saya menyanyi-nyanyi kecil. Hanya dengan membuang air kecil disitu, saya rasa bagaikan satu perasaan bebas, bebas dari kemodenan hidup dan bebas dari”‘dos and don’ts”. Kalau dalam bahasa English – “I feel silly!”. Sampai diwarung, adik itu tadi sudah mula memasak. Saya kedapur menjenguk beliau. Ternyata mereka masih memasak menggunakan dapur kayu. Sedang kami makan, tiba-tiba kedengaran suara melaung dari jauh. Adik itu tadi berlari keluar dan menuju ke lereng bukit tempat saya membuang air kecil tadi. Rupa-rupanya suaminya memanggil dia untuk menyambut guni-guni yang berisi daun serai wangi yang dia golekkan dari atas bukit. Seronok juga merakam saat-saat itu. Tiba-tiba saya terfikir, harap suami dia tidak nampak saya membuang air kecil tadi!

Setelah bertukar nama FB dengan adik itu, kami pun meneruskan perjalanan. Masih ada sedikit pendakian sebelum sampai ke kota Blangkejeren. Perkampungan disini sangat indah pemandangannya. Kira-kira jam 4 petang, kami pun sampai ke kota. Setelah beberapa hari berada dikawasan pendalaman, saya rasakan bagaikan rusa masuk kampung. Saya jadi rimas dengan kesesakan jalan dan orang ramai. Kami bertanyakan arah masjid raya kerana bercadang untuk bermalam disitu. Disepanjang perjalanan kelihatan ramai yang sibuk mengasah batu yang mereka percaya batu giyok atau solar yang menjadi kegilaan mereka sekarang. Sebaik tiba diperkarangan masjid, hati kami seakan tidak terpikat mahu bermalam disitu. Besar masjidnya tapi kelihatan kosong walaupun waktu sudah terlalu hampir dengan waktu Asar. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mencari penginapan murah. Saya sememangnya tidak merasa aman utk tidur dimasjid atau berkhemah dikawasan bandar. Akhirnya kami menginap disebuah hotel bernama Sara Juli yang terletak dijalan ke arah Subussalam. Harga penginapan adalah 100,000 rupiah satu malam. Bilik mandi dan tandas adalah dikongsi dan kemudahan didalam bilik sangat asas tanpa kipas mahupun penghawa dingin. Sejuk, tidak perlu semua itu.

Hotel tersebut adalah hotel dimana ramai kakitangan kerajaan menginap atas urusan rasmi. Ruang tidur dan ruang makan mereka adalah diasingkan dan agak istimewa. Tidak mengapa bagi kami kerana kami hanya menginap sekejap sahaja dan akan keluar seawal pagi untuk meneruskan perjalanan. Malam itu selepas mahgrib, kami keluar berjalan kaki untuk menikmati suasana kota Blangkejeren dimalam hari. Kami juga ingin menikmati makanan malam asli Gayo. Hery Santi, rakan dari Banda Aceh yang telah lama saya kenali sudah mula sibuk mengirimkan nombor telefon rakan-rakan di Takengon, Melabouh dan Biruen. Saya sendiri belum pasti arah mana yang akan kami ambil untuk ke Banda Aceh. Melihat pada pergerakkan kami yang telah lewat sehari dari yang dirancangkan. Saya pasti setiap perjalanan yang dirancang sehari, akan menjadi dua hari. Saya berkata kepada yang lain, semuanya bergantung pada bila kami boleh sampai ke Takengon.

Malam itu saya tidak dapat tidur lena. dinding bilik hotel yang hanya menggunakan kepingan kayu nipis tidak dapat menapis bunyi-bunyian dari bilik sebelah. Hotel itu juga merupakan persinggahan jurujual yang membawa van atau lori syarikat. Ada yang tiba agak lewat malam. Setiap pergerakan mereka dibilik sebelah dapat didengari dengan jelas. Ada juga yang berbual-bual dengan suara yang kuat sehingga memaksa wak menegur dengan suara yang keras “Eh! Orang nak tidur lah!”. Macam-macam bunyi, selepas satu, satu sehingga mengingatkan saya kepada cerita P. Ramlee – Seniman Bujang Lapuk! “Dia bunyi lagiiiii!”. Oh, saya rindukan tidur didalam khemah dipinggir kampung dan hutan!

IMG_6344

Kanak-kanak ini cuba menjual belut hasil tangkapan mereka kepada Wak

20141210_162336

Sebuah perkampungan yang kami lewati tadi

20141210_164503

Akhirnya kami sampai di Blangkejeren

20141210_170517

Kota Blangkejeren yang sibuk

IMG_6357

Seorang lelaki tua sedang membuat senduk kayu

IMG_6358

Sedang sibuk mengasah batu giyok

IMG_6363

Masjid Raya Blangkejeren. Sunyi

20141211_053847

Notis di hotel kami menginap

-bersambung~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s