Rakaman Video Kembara Bermotorsikal di Laos

Video tahun 2011 (Disember) ini telah lama dimuat naikkan ke laman Youtube tapi barulah sekarang saya terfikir untuk mengkompilasikannya di dalam blog saya supaya mudah dicapai. Pengalaman ini sudah tentu tidak dapat saya lupakan dan sentiasa dikenang dan diulang tayang didalam minda ini. Laluan ini sebenarnya tidak sukar jika dilakukan dengan motorsikal lebih kecil dan ringan. Ini kerana setiap kali kami tekial-kial hendak melintasi sungai, motor-motor cub dengan selambanya memintas kami tanpa teragak-agak. Setiap kali hendak melintas, sayalah yang jadi mangsa turun ke dalam sungai dan memeriksa dasar sungai untuk memastikan kedalaman dan keadaan permukaan dasar sungai. Sangat penat tapi menyeronokkan. Laluan ini adalah laluan alternatif  untuk ke sempadan Laos-Thailand. Ianya bukan Imigresen Checkpoint Antarabangsa, maka untuk keluar dari Laos tiada masalah tapi untuk masuk dari Thailand bergantung pada nasib (pada ketika itu, sekarang saya tak pasti). Di dalam google map pun tidak dapat saya plotkan laluan kerana tidak kelihatan. Ianya bermula dari Luang Prabang (menyeberangi sunga) menuju ke Mueng Ngeun yang akhirnya akan keluar ke Hongsa. Saya percaya jalan di Hongsa kini sudah menjadi lebuh raya. Semasa melaluinya ianya sedang giat dibangunkan dan mungkin Power Plant yang dalam pembinaan itu sudah siap.

Terdapat 9 sungai semasa kami melaluinya. Bilangan sungai bertambah atau berkurangan mengikut musim

Bebelan kami yang baru lepas tergolek beberapa kali. Penat!

Hongsa

Rindu hendak merasa laluan sebegini lagi!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s