Kayuhan Pulau Rupat, Bengkalis di provinsi Riau, Sumatera (6 – 10 Feb 2016)

6 Feb 2016 (Sabtu)

Melaka – Dumai

Dengan jumlah peserta seramai 18 orang kami memulakan perjalanan dari jeti penumpang ICQ Terminal Antarabangsa Melaka pada 6 Feb 2016 ke Dumai. Perjalanan hanya mengambil masa selama 3 jam berbanding 4 jam pelabuhan Klang – Dumai. Urusan dijeti ini juga jauh lebih mudah dan baik berbanding Jeti Penumpang ASA Niaga di Pelabuhan Klang.

IMG-20160206-WA0003

Ada yg dah pernah berkayuh bersama, ada yg pernah bersua tapi tak pernah kayuh bersama dan ada yg tak pernah bersua pun lagi.

Untuk memudahkan urusan, kami telah menginap disebuah hotel yg terletak tak sampai 2km dari jeti penumpang Dumai – Melaka. Sebaik urusan bilik selesai kami masing2 keluar untuk makan tengahhari dan bersiar2 disekitar kota Dumai. Pada sebelah malamnya kami telah memenuhi jemputan dari keluarga Hamdi untuk makan malam. Dapatlah kami beramah mesra dengan keluarganya. Hamdi adalah seorang pemuda berketurunan Batak Mandailing yang pernah berbasikal di Malaysia dan banyak membantu semenjak dari mula kenal.

FB_IMG_1455514564195

Dari kiri Wani, saya, ibu Hamdi, Kak Ann, kakak Hamdi, Katya, Tun dan Sara. Kopi O mereka sangat sedap! Habis 4 jug besar kami kerjakan!

 

7 Feb 2016 (Ahad)

Dumai -Batu Panjang

Batu Panjang – Pantai Ketapang

Pulau ini bukanlah terkenal didalam peta pelancongan (wisata) Indonesia. Masih banyak kemudahan seperti jalan raya dan air bersih belum tersedia. Boleh dikatakan kayuhan kali ini melibatkan hampir 80% darinya adalah off-road. Saya yg kekurangan info mengenai kondisi terbaru jalannya telah mengakibatkan pemilihan jenis basikal dan tayar yg salah oleh peserta. Alhamdulillah tiada masalah besar terjadi, cuma salah seorang peserta, spoke basikalnya telah patah di 2 tempat.

20160207_092952

Spoke basikal Sara patah pd 2 bahagian

Pada asalnya kami ingin menaiki RORO untuk ke Pulau Rupat. Tetapi setelah melawat ke jeti tersebut semalam, kami dapati ianya terletak kira-kira 8km dari hotel dan bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina, ianya sesak dan proses beratur akan mengambil masa yg sangat lama dan kami harus keluar hotel seawal jam 5 pagi waktu Indonesia. Hamdi telah mencadangkan perkhidmatan speedboat laju di jeti Pattimura tersebut. Ianya pilihan yang tepat kerana menurut penduduk, pada hari tersebut ada yang terpaksa menunggu sehingga trip ke 2 untuk menaiki feri (feri berlayar setiap 1 jam).

IMG-20160211-WA0008

Di Jeti Pattimura bersama (dari kiri) Nuri, Hamdi mereka berdua pernah datang ke Malaysia dan menginap dirumah saya, Kyrul, saya, Ifal pemuda berasal dari Bandung menetap di Dumai mengusahkan stall burger, Sharil dan Adi

FB_IMG_1455517131494

Satu boat memuatkan 5 orang dan 5 basikal. Perjalanan selama 20 minit menuju pelabuhan Batu Panjang.

20160207_081035

Beginilah rupanya boat kami beraksi

IMG-20160211-WA0026

Jeti Batu Panjang, Pulau Rupat. Abang Haris dengan folding bike DAHONnya

Terdapat 3 cara untuk sampai ke pulau ini dari Dumai iaitu speedboat kecil, speedboat besar berkuasa 800 atau 1000 kuda dan juga Feri RORO. Ketiga2nya melalui jeti yg berbeza disekitar pesisir laut Kota Dumai. Pulau ini masih bergantung kepada air hujan dan air bawah tanah sebagai sumber bekalan air mereka. Tanah gambut menyebabkan air bawah tanah berbau agak busuk seperti telur tembelang.

FB_IMG_1455518806529

Jeti RORO yg terletak kira-kira 9km dr jeti penumpang Dumai – Melaka

Keindahan pulau ini tidak terletak kepada pantainya tetapi keindahan budaya dan masyarakatnya. Penduduk asal pulau ini adalah suku kaum asli yang dipanggil suku Akit yg berasal dari sekitar Sungai Siak dan telah diberikan penempatan di Pulau Rupat oleh Sultan Siak semasa mereka diserang Aceh. Nama Akit dipercayai berasal dari perkataan’rakit’ yg mana mereka menghabiskan banyak masa mereka diatas rakan yang gunakan sebagai rumah dan kenderaan menangkap ikan dan berburu. Mereka telah mula menduduki Pulau Rupat semenjak kurun 15 – 17.

 

Kemudiannya pulau ini didatangi oleh pendatang dari Kepulauan Jawa dan juga masyarakat Cina Tionghua yg dibawa masuk oleh pedagang2.  Masyarakat Cina ini kemudiannya ada yang mengahwini suku Akit, mengamalkan budaya Cina dan dikenali sebagai Cina Akit. Berkulit gelap, bermata sepet. Hasil dari pemerhatian kami terdapat 4 bangsa menetap di pulau ini iaitu Akit, Jawa, Cina Tionghua dan Cina Akit.

 

Bahasa yang digunakan oleh masyarakat disini sangat mirip dengan bahasa Melayu Malaysia. Tiada jawapan pasti kenapa tetapi yang pastinya mungkin kerana kedudukan mereka yang hampir dengan Malaysia. Kadang2 kami tersasul menggunakan bahasa Indonesia sedangkan mereka membalasnya dengan bahasa Melayu yg pekat. Gurau kami “ni siapa yg org Indonesia, siapa yg org Malaysia?!”

FB_IMG_1455514517138

Bersama salah seorang penduduk berbangsa Cina Akit (paling kanan) dan bangsa Jawa (paling kiri)

Malam pertama di Pulau Rupat adalah di Pantai Ketapang yg terletak kira-kira 70km dari jeti Batu Panjang. Dengan keadaan jalan yang sekejap simen sekejap kerikil dicampur dengan angin dari arah depan yang kuat melambatkan perjalanan kami. Pada sesetengah peserta ianya sungguh mecabsr metal dan fizikal mereka. Jalan masuk ke Pantai Ketapang adalah 10km off road dgn 2km terakhirnya jalan berpasir. Sebaik tiba dipantainkami dapati anginnya terlalu kuat. Kami percaya ianya sekitar 30 ke 40 knott perjam. Menurut orang kampung ianya tidak pernah terjadi sebelum ini dan ianya telah berlangsung selama 3 hari. Terkejut agaknya menyambut rombongan dari Malaysia! Keinginan untuk berkhemah dipasir pantai terpaksa dibatalkan. Mujur ada pondok-pondok buluh disekitar pantai yang disewakan dengan kadar 100,000 Rupiah bersama kemudahan elektrik dan air.

20160207_085918

Kami sempat bergambar diatas pelamin pengantin! Tuan rumah ajak makan tapi kami baru sahaja lepas bersarapan dan mengejar masa. Setiap rumah pengantin ada 2 pelamin. Yang ini diluar dan didalam  rumah pula sebuah pelamin kecil, mungkin untuk upacara berinai.

FB_IMG_1455543487042

Setelah hampir 30km Sara mengayuh basikalnya dalam keadaan tayar belakang gelong teruk, akhirnya kami jumpa kedai pakcik ini. Walau pada mulanya beliau enggan membaiki basikal Sara, namun akhirnya beliau mengalah setelah Sara memujuknya dengan muka kesian. Tanpa menanggalkan tayar dari basikal beliau telah menggantikan 2 batang spokes dan melakukan ‘balancing’. Pakcik memang hero lah

IMG-20160210-WA0013

Orang kampung ajak kami joget lambak di sebuah kenduri kahwin! Wak layan kan jer lah! Satu adat yang telah tidak diamalkan di Malaysia.

IMG-20160212-WA0015

Adi bersama Sharil

FB_IMG_1455517105832.jpg

Pondok2 buluh beratap nipah yg dimiliki oleh seorang lelaki Cina Akit. Tanah disekitar situ adalah milik neneknya yang berbangsa Akit.

 

8 Feb 2016 (Isnin)

Pantai Ketapang – Teluk Rhu

Hari kedua di Pulau Rhu perjalanan agak pendek iaitu sekitar 30km dan saya mengambil keputusan untuk tidak menetapkan waktu untuk semua orang bersiap. Tapi nampaknya mereka semua jenis’on-time’. Sekitar jam 8 pagi, masing2 sudah siap untuk berkayuh. Cukup berdisiplin mereka semua ni nampaknya. Seperti biasa, bergerak dalam kumpulan yang besar, keberangkalian untuk berpecah dah salah informasi adalah tinggi. Kumpulan kami telah terbahagi dua dan masing-masing bergerak dgn kadar kelajuan masing-masing. Kumpulan hadapan telah mendapat info bahawa destinasi bermalam telah bertukar dari Teluk Rhu ke Pantai Lapin. Saya yang berada didalam kumpulan kedua pula telah meneruskan perjalanan ke Teluk Rhu. Komunikasi agak sukar kerana liputan internet yang kurang baik. Saya telah memutuskan untuk bermalam ditempat berasingan. Bagus juga mereka bermalam di Pantai Lapin kerana ianya lebih “happening” dari Teluk Rhu. Saya hanya berpesan kepada kumpulan yang satu lagi untuk memastikan mereka berada di Pelabuhan Tanjung Medang yang  terletak kira-kira 6km dari Teluk Rhu sebelum jam 1 tengah hari.

Perayaa Tahun Baru cina disambut meriah oleh penduduk berketurunan Cina di pulau ini. Kebetulan kembara kami kali ini bersempena dengan cuti perayaan tersebut, maka kami berpeluang melihat budaya mereka menyambutnya. Apa yang dapat dilihat ialah rumah-rumah mereka dihiasi dengan kain rentang berwarna merah dipintu masuk. Apa yang menariknya sepanjang jalan dapat kami dengar mereka memasang lagu-lagu berselang seli antara lagu dangdut dan lagu Cina. Sangat meriah!

FB_IMG_1455542260893

Sebuah keluarga Cina Tionghua lengkap berpakaian serba merah bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Gong Xi!

FB_IMG_1455524734985

Saya bersama Kak Ann disalah sebuah rumah penduduk di Desa Cingam

IMG-20160211-WA0057

Anak Rupat excited melihat kami

20160208_170518

Kumpulan saya menginap di Teluk Rhu. Pemilik wisma ini nampaknya mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tinggi atas kami. Bilik berkipas angin dikenakan harga 150,000 rupiah dan untuk tapak perkhemahan 40,000 rupiah setiap orang. Sumber air bawah tanahnya tidak dirawat dengan baik. Busuk melekat dibadan!

 

9 Feb 2016 (Selasa)

Teluk Rhu – Pelabuhan Tanjung Medang

Semasa pulang kami menaiki sebuah speedboat besar menggunakan enjin kuasa 800 kuda melalui pesisir pantai Pulau Rupat disebelah Barat. Boat ini berhenti dibeberapa buah jeti untuk mengambil penumpang di perkampungan2 yang terpencil dan sukar untuk dicapai kerana masih tiada jalan raya dan bekalan elektrik.

IMG-20160211-WA0043

Main panjat2 pokok kelapa!

FB_IMG_1455517220694

Speedboat besar berkuasa 800 kuda.

20160209_155314

Antara jeti2 di perkampungan sekitar Rupat Barat. Jeti ini dibuat dr batang Nibong, dibina penduduk tanpa bantuan kerajaan sepanjang 500m.

Malam terakhir di Dumai kami memutuskan untuk menikmati “street food” yang memang saya gemari. Roti Bakar Bandung adalah antara satu kemestian!

IMG-20160211-WA0053

Cak! Roti Bakar Bandung pelbagai perisa!

FB_IMG_1455524315882

Ifal, mengusahakan stall burger. Pemilik basikal Faderal. Malam pertama belanja kami air lassie, malam terakhir belanja kami teh botol dan cuba tidak mahu mengambil wang dari kami yang membeli burgernya. We insist to pay! Dia mengalah hehehe

 

10 Feb 2016 (Rabu)

Dumai – Melaka

Urusan pulang pada keesokan harinya berjalan lancar. Ternyata berurusan denga jeti penumpang di Melaka ini sangat mesra pengguna!

FB_IMG_1455524815807

Mission accomplished!

 

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengikuti pengembaraan kali ini. Harap Pak Latif, Jai, Shukri, Abg Haris, Adi, Thor, Sharil, Kyrul, Avtar, Kak Ann, Wani, Katya dan Sara tidak serik. Wak Rahim, King, Wak Jan dan Tun terima kasih kerana selalu ada dalam setiap trip saya.

Ada diantara gambar2 didalam blog ini adalah hasil dari lensa camera rakan-rakan yang pergi. Terima kasih!

Keep visiting this entry, videos by Wak Jan will be updated soon!

 

 

Advertisements

9 responses to “Kayuhan Pulau Rupat, Bengkalis di provinsi Riau, Sumatera (6 – 10 Feb 2016)

  1. Good job Ija..bukan mudah nak membawa kumpulan besar ke satu kawasan dimana logistiknya agak mencabar. Satu trip yang sangat enjoy disebabkan keakraban ahli ahlinya..

  2. Salam. Mohon sedikit info. Boleh bagi tahu nama hotel tempat grup ini menginap di Dumai? Saya bercadang turing basikal dari Port Klang (feri) ke Tanjung Balai, Asahan ke Dumai dan Port Klang (feri) pada bulan Mei 2016. Mohon info hotel tersebut. TQvm

    • Salam. Nama hotel tu Southern Asia. Terletak di main road tak sampai 2km dr jeti. Selepas jalan Sudirman (kiri) dan betul2 disimpang jalan kemboja (kiri). Tapi kalau masuk sedikit ke jalan sudirman pon banyak hotel. Dekat dengan kaunter tiket feri operator.

      • Wsalam. TQvm atas info. Kalau ada sahabat2 tourer local Indonesia di Dumai or Tanjung Balai, Asahan, mohon nama dan alamat email mereka utk bhubung utk minta info2 spt homestays dll. bagi laluan sepanjang Tanjung Balai ke Dumai.
        TQvm

      • Boleh hubungi saudara Hamdi. Cuba cari di FB nama Hamdi Anshori Harahap. Dia boleh membantu dr segi memberi info. Anak jati Dumai berketurunan batak mandailing.

  3. Assalamualaikum kak…saya dah baca pengalaman akak ke bruas..dan pulau rupat.. mmg menarik..macamane sekiranya sya ndak turut serta dlm team mcm nie….0193490560 kema..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s