Kembara bermotor mencari tinggalan sejarah Kesultanan Singora, Sultan Sulaiman Shah

Pada tahun 2012, pertama kalinya saya masuk ke Hatyai hanya berdua dengan Wak Rahim dan menginap disebuah hotel yang bernama Pink Lady. Semasa dilobinya saya tertarik dengan sebuah potret yang tertulis “Sultan Sulaiman Shah, King of Singora”. Pada saat itu saya mula berminat untuk membaca dan mencari sejarah mengenai tamadun Melayu dan Islam di Selatan Thailand. Namun begitu saya tidaklah terlalu serius untuk mencari dan melihat sendiri kesan-kesan sejarahnya kerana tidak tahu dimana hendak bermula. Setelah kisahnya sedikit saya kongsikan didalam group FB yang ramai pengikutnya iaitu Advanture Touring Malaysia, ramai pula yang berminat dan telah sama-sama memberikan maklumbalas dan petunjuk dimana terletaknya sejarah peninggalan Sultan Sulaiman Shah ini. Diantaranya ialah Abang Burn dan Joe Karlisa (aktivis bahasa Melayu di Satun). Yang rajin hendak membaca mengenai sejarah Raja Singora ini bolehlah baca di wikipedia (sila klik disini)

Potret Sultan Sulaiman Shah yang terdapat di lobi Pink Lady Hotel pd tahun 2012. Sekarang telah tiada

Potret Sultan Sulaiman Shah yang terdapat di lobi Pink Lady Hotel pd tahun 2012. Sekarang telah tiada

Berbekalkan petunjuk yang ada dan sedikit cerita dari wikipedia (yang lain dalam bahasa Thai), saya pun memulakan pencarian bersama Wak Rahim dengan menggunakan jentera Yamaha Y15ZR. Entah kenapa bagaikan tak boleh bertangguh walau sehari lagi, kami memasuki Thailand pada 8 Oktober 2016 melalui Bukit Kayu Hitam. Bergerak dari Klang malam sebelumnya pada jam 9 malam, singgah rehat dibeberapa hentian dan tiba di BKH pada jam 6.30am. Selepas bersarapan pagi di Danok, kami meneruskan perjalanan menuju ke terminal feri di Khao Daeng, Songkhla melalui Koh Koyo.

fb_img_1476174223774

Jentera kami Yamaha Y15ZR. Kali ke 3 ke Thailand. Sengaja fully loaded untuk menguji ketahanan rack dan beg buatan Wak (belakang) dan beg Vincita. Ternyata tahan lasak dan waterproof

fb_img_1476174230690

Juga sesuai dan selesa untuk ride 2 up!

Sampai sahaja kami dikaki gunung Khao Daeng ini, kami ternampak sebuah masjid yang bernama Sultan Sulaiman Mosque. Mata kami liar mencari-cari apa sahaja yang kelihatan seperti sebuah kubu, makam atau binaan-binaan lama. Kelihatan beberapa anak tangga yang kami syaki ada hubung kaitnya dengan kubu-kubu lama itu. Kelihatan juganbeberapa tanah perkuburan cina terletak dikaki bukit ini. Kami percaya ianya sebuah tanah perkuburan lama. Jenuh saya mencari info mengenainya tapi tiada disebut dimana-mana internet tahun bilakah ianya dibina.

Saya merasa yakin kesan peninggalan kubu yang saya cari ini dibina oleh Sultan Sulaiman berdasarkan beberapa tulisan di wikipedia yang banyak merujuk kepada buku-buku dan jurnal-jurnal lama yang ditulis oleh pengembara, pedagang dan wakil kerajaan barat pada ketika itu. Kami ada cuba bertanya-tanya pada penduduk kampung disitu, tapi malangnya masalah bahasa menjadi halangan. Perkampungan disitu terselit diantara pantai dan kaki bukit berbatu keras. Berselang seli antara kampung nelayan Islam dan Buddha. Setelah puas tawaf kaki bukit tersebut, kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke Masjid Sultan Sulaiman untuk solat Zuhur. Semasa menghampiri masjid tersebut, kelihatan seorang jemaah sedang berjalan menuju ke masjid. Wak terus memberi salam dan nampaknya beliau boleh berbahasa Melayu sedikit. Sampai di masjid, kami bertanyakan padanya tentang Sultan Sulaiman. Lain kami tanya lain yang beliau jawab. “Faham melayu ke tidak dia ni?” Kataku dalam hati. “Ada Malai kawin sini semalam. Orang nyanyi”. Kami bingung, Wak tanya “Awie?”. “ya, ya, semalam. Tengok sana”. Dia menolak Wak kesebuah bilik berpintu kaca gelap dibawah masjid. Wak cuba mengikuti beliau yang menaiki tangga keatas untuk solat. Tapi beliau tetap suruh Wak pergi ke bilik tersebut.

Wak pun masuk dan keluar semula dengan muka yang agak ‘excited’ dan meminta tablet saya. Dia mengajak saya masuk. Rupanya didalamnya adalah sebuah pelamin. Pelamin ini serupa dengan pelamin Awie yang kecoh dimedia yang telah berkahwin di Songkhla. Tidak terfikir saya kenapa beliau memilih untuk bernikah di Masjid Sultan Sulaiman ini. Kenapa bukan Masjid Songkhla yang besar ala-ala Taj Mahal tu? Setelah selesai solat, jemaah yang lain memperkenalkan kami dengan imam masjid tersebut yang menurut mereka fasih berbahasa Melayu. Saya dan Wak merasa lega. Terus kami aju kan tentang kubu-kubu dan makan Sultan Sulaiman. Tapi nampaknya beliau lebih teruja untuk bercerita mengenai perkahwinan Awie! Aduh…dah kenapa orang disini begitu teruja dengan perkahwinan Awie? Menurut imam tersebut, Awie mendakwa bermimpi untuk bernikah dimasjid Sultan Sulaiman ini. Melalui mimpinya beliau adalah berketurunan Sultan Sulaiman Shah. Imam itu mengakuinya kerana beliau sendiri adalah asal keturunan yang sama. Barulah kami faham kenapa Awie berpakaian seperti orang-orang purba siap bertanjak kuning dihari pernikahannya. Penduduk disitu seolah-olah mengangkat beliau sebagai keturunan terdekat dengan Sultan Sulaiman Shah. Bila kami bandingkan muka Awie, memang ada iras juga dengan potret Sultan Sulaiman! Kebetulan atau fakta? Wallhua’lam.

20161008_133313

Masjid ini terletak disebelah kanan jalan menuju ke terminal feri penumpang dari arah Koh Koyo

20161008_123642

Pelamin yang didakwa dimana majlis pernikahan Awie berlangsung

img-20161011-wa0076

Gambar diambil diinternet.Samakan pelaminnya?

img-20161011-wa0058

Ada mirip Awie tak?

Kami tanyakan lagi pada imam tersebut tentang makam Sultan Sulaiman dan kubu. Menurut beliau kubu sudah tiada, yang ada cuma makamnya sahaja. Pelik! Saya tunjukkan beberapa gambar diinternet. Bukan, itu Ayuthaya katanya. Sedikit hampa, saya meminta beliau berikan arah ke Makam Siltan Sulaiman, sebaliknya beliau mengajak saya dan Wak menaiki pick-up nya untuk beliau bawa kami terus kesana. Kami merasa amat berbesar hati dengan tawaran tersebut. Terletak kira-kira 1km dari masjid, menuju ke pelabuhan kontena disebelah kiri, terdapat sebuah perkuburan berpagar dan berkunci. Ternyata ada penjaganya. Saya tanyakan kenapa begitu, menurut beliau terlalu ramai yang berbuat macam-macam termasuk kerja-kerja syirik dikubur tersebut, termasuklah masyarakat Buddha. Sebaik sampai dimakam terus keseluruhan badan saya menjadi seram sejuk! Menurut imam tersebut, disebelah makan adalah kubur anaknya. Kubur disitu bercampur diantara kubur lama dan baru. Terdapat juga sebuah telaga yang dibina bersama-sama makam tersebut. Di dalam makam terdapat gambar-gambar Sultan yang sama seperti yang saya lihat pertama kalinya di Pink Lady. Secara otomatis saya menyebutnya “sama di Pink Lady!”. Imam yang dengar terus menerangkan pada saya bahawa pemilik asal Pink Lady adalah berketurunan Sultan Sulaiman Shah, tetapi telah menganuti agama Buddha. Tapi entah kenapa, sekarang potret itu telah tiada di lobi hotel Pink Lady. Saya dan Wak menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Al-Marhum.

img-20161011-wa0057

Imam yang berbaik hati membawa kami ke makam

img-20161011-wa0067

Tanpa Imam ini pasti sukar untuk kami mencarinya kerana ia kawasan berpagar dan hanya ditulis didalam bahasa Thai

20161008_130551

Makam Sultan Sulaiman Shah

20161008_130055

Plague yg terdapat di makam

20161008_130110

Gambar yang sama di Pink Lady. Juga terletak dihadapan makam

20161008_130146

Keadaan didalam makam

Saya tanyakan lagi pada imam tersebut, sepatutnya ada kubu. Beliau berkeras mengatakan tiada langsung, telah habis semasa peperangan. Yang ada adalah kubu kerajaan Ayuthaya. Disini saya agak tersentak. Fakta yang manakah yang benar? Dalam perjalanan pulang, imam menunjukkan kami kubu tersebut. Kami katakan pada imam, kami pergi sendiri kerana tidak mahu menganggu masa imam. Sebaik tiba di masjid, kami bertemu dengan 2 orang penunggang motor berkuasa besar dari Pulau Pinang. Kami mengajak mereka sama-sama pergi ke kubu, tapi nampaknya mereka tidak berminat. Tak mengapalah, ada orang memang menunggang motor hanya untuk keseronokan menderum enjin, tidak seperti kami, motor hanyalah tunggangan untuk menjelajah.

Pada masa ini, hati saya mula merundum kerana kubu-kubu itu dikatakan bukan kepunyaan Sultan Sulaiman. Dengan hati yang berat, kami terus menuju ke tempat yang ditunjukkan oleh imam itu tadi. Ianya terletak berhampiran sebuah anak sungai (yang kemudiannya baru saya tahu ianya adalah ‘moat’). Inilah kubu yang saya lihat dalam gambar yang ditunjukkan oleh kawan Abang Burn. Disebalik kubu dan dibelakangnya ada pula rumah penduduk. Dibina hampir sangat dengan tembok tersebut. Saiz tembok panjang dantebal dan saya membayangkan betapa besar dan kukuhnya dinding kubu ini. Beberapa bahagian telah runtuh. Tiba-tiba tuan rumah yang berada betul-berul disebelah kubu tersebut keluar dan bertanya kami dalam bahasa Thai. Saya kata “Malai, no Thai”. Dia cuba berbahasa Inggeris yang tunggang langgang dengan kami. Melihat pada rumahnya saya tahu beliau berbangsa Siam beragama Buddha. Menurut beliau tembok ini adalah dinding kota yang dibina oleh Siam iaitu kerajaan Ayuthaya. Sultan Sulaiman telah menyerangnya berkali-kali. Bila saya kata kota ini milik Sultan, lekas-lekas beliau menafikan. Ini menambahkan lagi kehampaan saya. Sejarah manakah yang sebenarnya diubah?! Tiada langsung papan tanda informasi disitu, baik dalam bahasa Thai maupun bahasa Inggeris. Saya merasa amat hairan kerana, Thailand cukup menjaga lokasi-lokasi sejarah purbanya. Segala infomasi pasti terdapat dikawasan-kawasan terletaknya monumen sejarah. Agak tidak terpelihara kawasan itu. Menurut lelaki itu lagi, masih ada banyak kubu yg kedudukan agak selari dengan tembok ini. Dia sebut “this no.1, 100m from here no.2, 3, 4, 5 until 8…up”. Saya balas, “up mean stairs? I saw stairs, climb that stairs to fort 8?”. Dia mengangguk. Setelah berterima kasih pada beliau, kami terus menuju ke anak tangga yang kami nampak sebelum itu. Ianya terletak berhampiran dengan feri untuk kereta dan motor ke Songkhla. Terdapat sebuah perigi dihadapan tangga tersebut di sebelah kanan dikaki bukit. Tidak jauh dari Masjid Sultan Sulaiman.

20161008_133829

Fort no.1 yg terletak hampir dgn simpang ke feri, sebelum masjid

20161008_134155

Panjang dan tebal. Wak bersama dgn penduduk disitu

img-20161011-wa0051

Pemandangan dari atas Fort no.1, kelihatan dibelakang’moat’ yang masih ada sehingga sekarang

Tidak terdapat sebarang petunjuk pun disitu untuk kita tahu ianya mempunyai sebuah monumen sejarah purba. Sebelum sampai disini, apa nama kubu tersebut pun saya tidak tahu. Maka pada ketika ini, dengan perasaan berbelah bagi, kepala serabut tak cukup tidur, badan penat setelah ride sejauh 600km, tak dapat saya nak bezakan sejarah lisan atau sejarah tertuliskah yang benar? Tangganya agak curam dan sempit. Seronok sebenarnya melihat sesuatu yang tidak banyak diceritakan diinternet. Terasa seperti mencari harta karun. Terbayang-bayang apa yang akan kita temui. Separuh jalan, terdapat satu papan tanda arah yg agak lusuh. Tulisan pun ada takda jer. Tertulis disitu, kekiri, Fort No.8 dan ke kanan Stupa. Ok, kita lihat fort no.8 dulu. Dalam pada tu merungut pada Wak. “Stupa? Why stupa? Kalau kota ini dibina oleh Sultan Sulaiman, macam mana pula ada stupa?”. Laluan agak mendaki tanpa tangga menuju ke fort no.8. Sesampainya disitu terasa agak teruja dan berfikir betapa stratergiknya kedudukan kubu tersebut. Menghadap muara dan Teluk Siam. Memang nampak segala pergerakan di laut, pantai dan kaki bukit. Terdapat sebuah meriam disitu. Tak pasti ianya asal atau replika. Tapi saya syak ianya hanyalah sebuah replika. Seperti site yang tadi, disini juga tiada sebarang bentuk informasi atau papan kenyataan. Setelah puas mengambil gambar dan wak siap ‘berdokumentari’ versi dia, kami meneruskan pendakian mencari stupa. Tapi nampaknya jalan semakin mengecil dan bersemak samun. Tak sangka Wak takut kena ‘ambush’ dan menyuruh saya berpatah balik.

img-20161010-wa0007

Selepas masjid, tidak jauh dari terminal feri anda akan nampak tangga ini disebelah kanan jalan

20161008_135934

Papan tanda lusuh menunjukkan arah ke fort no.8

20161008_135943

Yang ini pula ke arah candi kemenangan… huh!

20161008_140207

Fort 8 yg sangat stratergic kedudukannya

20161008_140045

Masih terpelihara dengan baik dan terdapat hanya sebatang meriam disitu

Hasil dari cakap-cakap imam dan lelaki Buddha yang merupakan penduduk tempatan disini, apakah bermaksud kerajaan Ayuthaya lah yang telah mebina kubu hebat ini dan kalah dibom oleh Sultan Sulaiman? Adakah kekalahan ini yang cuba ditutup oleh kerajaan Thai?

Masih ada rasa tidak puas hati kerana tidak nampak lain-lain kubu seperti yg dikatakan lelaki di runtuhan tembok tadi. Dia kata kedudukannya selari, jadi Wak menggunakan ‘instict’nya yang kuat dan bagus, terus membelok kesebuah simpang diantara masjid dan runtuhan tembok (fort no.1). Dalam 100m, tiba-tiba kami terpandang sebuah reka bentuk rumah kayu yang agak tradisional disebelah kiri jalan. Wak terus membelok masuk. Saya lihat tiada sebarang papan tanda atau lain-lain informasi pada rumah tersebut. Wak terus kebelakang dan kami nampak sebuah tangga yang sama dengan tangga ke fort no8 tadi. Disitu kami lihat ada seorang wanita bertudung sedang berbaring dihammock. Kami tanya bolehkah dia berbahasa Melayu. Dia kata “sikit-sikit boleh melayu”. Rupanya beliau adalah seorang penjaga rumah yang kami nampak tadi. Rumah tersebut adalah sebuah “Information Center” untuk peninggalan kubu-kubu ini. Terus Wak tanya, siapakah yang bina kubu-kubu ini. Sultan Sulaiman Shah katanya. Kubu ini rosak ketika bertempur dengan tentera Siam dari kersjaan Ayuthaya sekitar tahun 1642. Semakin keliru saya! Sudah tentulah kakak penjaga information center itu yang benar faktanya. Saya nampak ada satu papan tanda arah yang tertulis “Moat of Fort of Songkhla” dan beberapa tanda arah fort no. 4, 5, 6, 10. Barulah saya tahu, nama rangkaian kubu-kubu ini adalah Fort of Songkhla. Moat atau parit benteng itu sudah kering tapi masih jelas bentuknya.

img-20161011-wa0028

Archeological Information Center

img-20161011-wa0029

Dibelakang info center ini terdapat papantanda arah fort seterusnya

img-20161011-wa0047

Rombongan anak sekolah. Kelihatan dari sini anak tangga menuju ke fort 4, 5, 6 dan stupa

img-20161011-wa0046

Fort no.4

img-20161011-wa0043

Fort no.4 dari arah lain

img-20161011-wa0031

Fort no.5

img-20161011-wa0041

Fort no 6 dan tertinggi. Separuh nyawa dah masa ni!

img-20161011-wa0039

Pemandangan dari atas fort no.6

img-20161011-wa0032

Stupa 1

img-20161011-wa0033

Stupa 2. Keduanya dibina diatas tapak fort no.10

img-20161011-wa0030

Mungkin fort no.18?

img-20161011-wa0050

Berhampiran kawasan ini terdapat kerja-kerja menggali fort no.12. Tapi kelihatan seperti terbengkalai

Kadang tu saya agak menyesal dengan sikap gelojoh tidak sabar saya bila mahu mencari sesuatu. Kerana sikap inilah saya tidak dapat masuk ke dalam pusat informasi tersebut yang mungkin terkandung pelbagai cerita mengenai sejarah kubu ini. Mungkin juga ada peta letaknya kesemua kubu. Keputusan untuk mendaki tangga dahulu adalah salah. Kerana sebaik sahaja turun semula, pusat informasi tersebut telah ditutup dan kakak itu sudah tidak kelihatan. Apa pun, setelah mengetahui nama kubu itu secara tepat, dapatlah saya membuat carian di google untuk mendapatkan informasi dan data mengenainya. Dapatlah saya rumuskan yang cerita kakak itu adalah lebih tepat. Berbalik pada sifat gelojoh itu juga, saya tidak perasan yg papan tanda itu ada memberi level ketinggian setiap fort. Rupanya fort yang paling atas terletak di ketinggian 525m! Azabnya saya rasa hendak menghabiskan anak-anak tangga yang curam tersebut. Bersama dengan kami, sebuah rombongan sekolah dari Singa Nakhorn kelolaan sebuab syarikat bernama PPET yang melakuka kerja-kerja CSR dengan membawa mereka melawat tapak sejarah ini. Saya tanyakan pada guru mereka, anak-anak sekolah ini dan pekerja PPET, tak seorang pun tahu langsung mengenai kubu ini!

Satu persatu anak tangga saya daki. Jantung bagai nak pecah mengepam. Tapi rasa penat hilang sedikit setiap kali saya nampak kubu-kubu no.4, 5 dan 6. Di kubu paling atas, kita dapat lihat hampir seluruh panorama tasik Songkhla dan Teluk Siam. Setelah diatas dapat saya rasakan yang jalan ini akan bersambung terus ke Stupa dan fort no.8. Saya yang kepenatan, terus duduk di Fort no.6 sambil membayangkan zaman silam dan kegemilangan Singora. Bagaimanalah agaknya rupa askar-askar yang sedang mempertahankan kubu dari serangan musuh. Siapakah sebenarnya yang bertahan dan siapakah sebenarnya yang menyerang. Dalam pada waktu itu, Wak telah meneruskan laluan denai tersebut dan akhirnya sampai ke Stupa yang dibina diatas kubu asal iaitu fort no.10. Setelah itu, kami turun kembali dan mendapati information center tersebut telah pun ditutup. Merayau-rayau disekitar pusat itu, saya dapati ada lagi tanda arah lain iaitu fort no.2, 3, 12. Tapak 2 dan 3, tidak sempat saya jejaki kerana saya percaya ia berada dicelah-celah yard container. Di fort no.12 ada kesan eskavasi yang terbengkalai. Disebelahnya terdapat sebuah plague yang menunjukkan ianya adalah kawasan arkeologi yg sedang dikaji. Fort no.7 pula hampir musnah dipecah oleh penduduk yang membina rumah mereka disitu. Hari semakin senja,  saya dan Wak terpaksa meninggalkan kawasan tersebut. Saya anggap, hanya fort 2 dan 3 yang saya  masih belum lihat. Balik ke hotel, barulah dapat saya cas semula handphone. Dari situ saya mula membuat carian berkenaan Fort of Songkhla. Kenapa pula dinamakan Fort of Songkhla sedangkan kubu ini telah dibina semasa ianya masih bernama Singora? Peta lama juga menyebutnya sebagai Fort of Singora. Rupanya terdapat 18 kubu/fort disekeliling kaki bukit Khao Daeng. Maknanya masih berbaki Fort 2, 3, 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17 untuk saya jejaki. Nampaknya Misi ke2 pencarian harus dilakukan!

images

Salah satu peta lama. Garisan merah jalan purba yang skrg telah menjadi container yard.

p0725096

Satu lagi peta lama yang boleh dirujuk

p0725095

Sila rujuk nombor pada peta dengan petunjuk ini

Semalaman saya memikirkan hasil penjelajahan kami hari itu. Saya bandingkan apa yang dikatakan oleh penduduk tempatan berbanding apa yang terdapat di Wikipedia. Saya bandingkan juga keadaan tinggalan-tinggalan kubu tersebut yang terbiar/tak terawat, usaha mempromosi jauh berbeza dengan kebiasaan kerajaan Thai yang sangat bagus dlm memelihara monumen dan tapak arkeologi mereka. Kenapakah sejarah ini kelihatan seperti ‘dianak tirikan’ dan bagaikan tidak penting? Apakah yang cuba ditutup? Apakah yang cuba disembunyikan? Penduduk tempatan seperti di’brainwashed’ dengan menganggap kubu ini adalah tinggalan kerajaan Ayuthaya dan Sultan Sulaiman lah yang menyerang kubu tersebut. Tiada peninggalan hebat dari Sultan Sulaiman melainkan makam beliau.Di plague makam beliau juga cuma mengatakan dia yang memajukan Singora, tiada langsung disebut mengenai kubu hebat binaan beliau ini. Stupa diatas bukit hanya dibina pada tahun 1830 sebagai tanda kemenangan Siam melawan serangan Kerajaan Kedah. Stupa itu berjaya mengelirukan orang yang tidak tahu sejarah sebenar dan menganggap kubu itu dibina oleh kerajaan Siam Ayuthaya.

Bagi yang tertanya-tanya, apa yang sebenarnya tertulis didalam Wikipedia dan kenapa saya lebih mempercayai nilai ceritanya berbanding cerita lisan penduduk ialah, sumbernya banyak dibuat melalui buku-buku, jornul, manuskrip yang ditulis pada ketika itu oleh pedagang, mubaligh dan wakil-wakil kerajaan barat yang berurusan dengan kerajaan Singora pada ketika itu.

Secara ringkasnya menurut Wikipedia yang tertulis didalam bahasa Inggeris kota ini telah beberapa kali diserang oleh kerajaan Pattani yang diperintah oleh seorang permaisuri (mungkin ada kaitan dengan kerajaan Langkasuka).Menurut Wikipedia Sultan Sulaiman Shah merupakan anak kepada Datoh Mogul, bangsa Parsi yang berasal dari Tanah Jawa. Beliau telah dilantik sebagai gabenor Songkhla. Tidak dinyatakan apa keturunan bondanya dan apakah beliau dilahirkan di Singora (nama asal Songkhla). Bapanya memajukan Singora dan berjaya menjadikannya sebuah entreport. Pedagang dari British, Perancis, Belanda dan China datang berdagang di pelabuhan ini. Songkhla pada ketika itu membayar ufti berbentuk pokok emas kepada kerajaan Ayuthaya. Beliau tidak menganggap mereka berada dibawah penguasaan kerajaan Ayuthaya, tapi sebaliknya mengiktiraf sahaja kerajaan tersebut. Selepas beliau meninggal dunia, anaknya Sulaiman mengambil alih pada tahun 1619 atau 1620 dibawah perlantikan dari Raja Songtham, Raja Kerajaan Ayuthaya pada ketika itu. Singora semakin maju dan pernah diserang lagi oleh kerajaan Pattani. Sultan telah meminta bantuan dari Ayuthaya tetapi tidak dilayan. Mungkin kerana dendam inilah Sultan enggan membayar ufti dan mula mahu merdeka sepenuhnya dari pengaruh kerajaan Ayuthaya. Dengan itu, beliau mengangkat dirinya sebagai sultan, Raja Singora pada tahun 1642. Beliau telah membina kubu-kubu ini kerana beliau pasti, raja Siam akan murka dan menyerang Singora. Sebanyak 3 serangan telah dilakukan. Selama hampir 3 dekad tidak satu pun berjaya menembusi kubu ini.

Pada tahun 1668, beliau mangkat dan diganti oleh anaknya Mustapha. Kerajaan Kedah juga telah beberapa kali membantu Singora menghadapi serangan dari kerajaan Pattani. Kerajaan Kedah terkenal dengan kepakaran membuat meriam dan teknik berperang. Akhirnya pada tahun 1679, Raja Siam menghantar kapal perang terhebatnya beserta bala tentera yang ramai menyerang Singora. Setelah dikepong selama 6 bulan, akhirnya Singora tewas, bandar dan kubu habis musnah. Setelah kehancuran ini dilakukan tiada lagi pedagang yang mahu berdagang di Singora dan telah beralih ke Bangkok. Wakil kerajaan Perancis ada menulis kononnya Sultan telah berjaya ditangkap apabila salah seorang tentera Siam telah menyelinap masuk dan menangkap Sultan hidup-hidup. Tapi ada penafian keatas cerita ini. Ada yang lebih percaya bahawa Sultan mangkat ketika berperang. Kuburnya terletak bersebelahan kubur Sultan Sulaiman. Apakah sebenarnya barat memainkan peranan melaga-lagakan kerajaan Singora dengan Authaya bagi menjatuhkan kerajaan Islam yang hebat? Keturunan Sultan Sulaiman termasuklah Raja Rama iii di mana ibunya adalah Puteri Sri Sulai. Puteri tersebut adalah anak kepada Sultan Sulaiman. Anak-anak beliau yang lain telah diberi pengampunan dan dilantik sebagai gabenor Phattalung dan Caiya. Lain-lain keturunan beliau termasuklah bekas Perdana Menteri Thailand ke 22, bekas jeneral tentera laut dan keluarga penenun sutera di sebuah perkampungan Islam di Surat Thani iaitu kampung Phumriang. Rasanya kampung Phumriang ini bakal menjadi misi menjejak kami seterusnya. Meriam milik Sultan Sulaiman yang mempunyai cap mohornya beserta beberapa tulisan arab diukir dan disalut dengan Perak dan juga nama pengukirnya iaitu Tun Juma’at Abu Mandus of Singora. Tiada data langsung mengenai sang pengukir ini. Meriam ini telah dirampas dan bertukar tangan beberapa kali sehinggalah akhirnya dipersembahkan sebagai hadiah kemenangan British kepada Queen Victoria. Meriam ini sekarang berada di Royal Hospital Chalsea, London. Banyak sebenarnya meriam-meriam buatan Singora dan Kerajaan Kedah telah dirampas dan dihantar ke British untuk dihadiahkan kepada Queen. Ini menunjukkan orang Melayu Nusantara sudah berupaya menempa besi membuat senjata mereka sendiri sejak tahun 1600’an lagi atau mungkin jauh lebih awal dari tamadun barat.

Apakah lama kelamaan sejarah kesultanan ini akan berkubur dan dilupakan seperti kubu-kubu ini? Walaupun mungkin ada cubaan untuk menutup sejarah ini, tapi mereka tidak mampu memadam sejarah-sejarah yang tertulis dan tersimpan di luar negara itu. Pemikiran rakyatnya memang boleh diubah/pesong, tapi kita sebagai orang yang cintakan sejarah harus terus membongkar dan merekod sejarah ini agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang, orang Melayu nusantara khasnya. Atau apakah kesultanan yang berusia tidak sampai 100 tahun ini (1605 – 1680) tidak dianggap penting dalam sejarah Siam. Barat dari dahulu cuba memadam tamadun-tamadun Melayu/Islam/Jawi dgn membayangkan kita hanyalah bangsa yg duduk dipondok rumah atap rumbia ditepi sungai dan berburu menggunakan tombak.

Begitu jugalah sejarah kesultanan dinegara kita sendiri. Sering saya tertanya-tanya kenapa institusi raja sendiri tidak memelihara istana dan tinggalan sejarah kita sendiri? Apakah yang mahu disorokkan, dinafikan? Sejarah sememangnya ditulis oleh mereka yang menang. Tinggal lagi kita mahu menerimanya bulat-bulat atau menjejaki dan melihat sendiri kesan-kesan yang tinggal. Berfikir jauh dalam menilai isi-isinya.

Advertisements

11 responses to “Kembara bermotor mencari tinggalan sejarah Kesultanan Singora, Sultan Sulaiman Shah

    • Terima kasih. Sebenarnya banyak benda2 menarik selain dr patung duyung dan naga di Songkhla. Antaranya batu besar di Kao Seng. Versi cerita berbeza bagi masyarakat Islam dan Buddha. Akan datanfg saya cuba rungkaikan pula kisah gabenor satun tengku baharudin asal kedah yg cuba dipadamkan juga sejarahnya oleh pemerintah thai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s